{"id":37572,"date":"2026-05-22T11:17:02","date_gmt":"2026-05-22T03:17:02","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37572"},"modified":"2026-05-22T11:17:04","modified_gmt":"2026-05-22T03:17:04","slug":"mesra-ivp-4-0-platform-mahasiswa-antarabangsa-bina-impak-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/22\/mesra-ivp-4-0-platform-mahasiswa-antarabangsa-bina-impak-komuniti\/","title":{"rendered":"MESRA IVP 4.0: Platform Mahasiswa Antarabangsa Bina Impak Komuniti"},"content":{"rendered":"\n<p><sub>Oleh: Nur Batrisyia Mohd Nizam<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p>Tanjung Malim, 21 Mei 2026 \u2013 Program MESRA International Volunteering Programme (IVP) 4.0 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 21-25 Mei 2026 merupakan platform mahasiswa antarabangsa bina impak komuniti menerusi perkongsian akademik dan khidmat masyarakat kepada pelajar Kolej Komuniti Kerian, Kampung Batu 3, Kampung Parit Jawa Sungai Bogak, Kampung PT Hussain dan Taman Serai Jaya, Bagan Serai, Perak.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-program-MESRA-International-Volunteering-Programme-4-bergambar-Kenangan-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37573\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-program-MESRA-International-Volunteering-Programme-4-bergambar-Kenangan-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-program-MESRA-International-Volunteering-Programme-4-bergambar-Kenangan-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-program-MESRA-International-Volunteering-Programme-4-bergambar-Kenangan-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-program-MESRA-International-Volunteering-Programme-4-bergambar-Kenangan-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-program-MESRA-International-Volunteering-Programme-4-bergambar-Kenangan-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-program-MESRA-International-Volunteering-Programme-4-bergambar-Kenangan-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program ini menghimpunkan penyertaan meluas melibatkan mahasiswa daripada 20 negara yang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia, termasuk Multimedia University, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaysia Perlis, selain melibatkan delegasi khas dari Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin, Banten, Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran MESRA IVP 4.0 berperanan sebagai platform pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kesukarelawanan berstruktur yang menyokong agenda pengantarabangsaan institusi pendidikan tinggi, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara universiti serantau dan global melalui pendekatan libat urus mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Hina-Pathan-pelajar-UPSI-daripada-Pakistan-memberi-pandangan-berkaitan-kepimpinan-pelajar-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37574\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Hina-Pathan-pelajar-UPSI-daripada-Pakistan-memberi-pandangan-berkaitan-kepimpinan-pelajar-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Hina-Pathan-pelajar-UPSI-daripada-Pakistan-memberi-pandangan-berkaitan-kepimpinan-pelajar-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Hina-Pathan-pelajar-UPSI-daripada-Pakistan-memberi-pandangan-berkaitan-kepimpinan-pelajar-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Hina-Pathan-pelajar-UPSI-daripada-Pakistan-memberi-pandangan-berkaitan-kepimpinan-pelajar-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Hina-Pathan-pelajar-UPSI-daripada-Pakistan-memberi-pandangan-berkaitan-kepimpinan-pelajar-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Hina-Pathan-pelajar-UPSI-daripada-Pakistan-memberi-pandangan-berkaitan-kepimpinan-pelajar-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin, menegaskan bahawa penglibatan mahasiswa dalam program kesukarelawanan memainkan peranan signifikan dalam pembentukan modal insan yang holistik dan seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram kesukarelawanan ini bukan sahaja memperkukuh keprihatinan sosial dalam kalangan mahasiswa, malah membentuk individu yang berdisiplin, berempati serta mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menambah bahawa penganjuran program berimpak tinggi ini membuka ruang kepada peluasan jaringan global melalui interaksi rentas budaya dan perkongsian pengalaman antarabangsa yang lebih bermakna.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Idriss-pelajar-UTP-daripada-Kenya-memberi-pandangan-berkaitan-budaya-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37575\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Idriss-pelajar-UTP-daripada-Kenya-memberi-pandangan-berkaitan-budaya-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Idriss-pelajar-UTP-daripada-Kenya-memberi-pandangan-berkaitan-budaya-225x300.jpeg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Idriss-pelajar-UTP-daripada-Kenya-memberi-pandangan-berkaitan-budaya-1152x1536.jpeg 1152w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Idriss-pelajar-UTP-daripada-Kenya-memberi-pandangan-berkaitan-budaya-1536x2048.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Idriss-pelajar-UTP-daripada-Kenya-memberi-pandangan-berkaitan-budaya-600x800.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Idriss-pelajar-UTP-daripada-Kenya-memberi-pandangan-berkaitan-budaya.jpeg 1920w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui penyertaan dalam program ini, mahasiswa berpeluang menyumbang secara langsung kepada komuniti sambil membina hubungan kerjasama dan jaringan persahabatan di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkasa keupayaan mereka sebagai graduan berdaya saing global,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua UKLK UPSI, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob, pula menegaskan bahawa program ini memberi penekanan terhadap pembelajaran berasaskan pengalaman lapangan yang bersifat autentik dan berorientasikan realiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk memahami dinamika pengurusan komuniti serta mengaplikasikan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan dalam situasi sebenar yang lebih mencabar, kompleks serta melibatkan kepelbagaian budaya dan latar sosial,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Veviola binti Jolious @ Thomas, pula menyifatkan kepelbagaian peserta sebagai pemangkin kepada pembentukan mahasiswa yang lebih inklusif, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenglibatan mahasiswa daripada pelbagai negara seperti Jepun, Austria, Kazakhstan, India, Yemen dan Mesir ini membuktikan bahawa kesukarelawanan mampu menyatukan semangat kemanusiaan tanpa sempadan, di samping melahirkan mahasiswa yang lebih cakna terhadap isu global serta peka terhadap realiti masyarakat antarabangsa,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-pertukaran-kepimpinan-mahasiswa-dan-budaya-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37576\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-pertukaran-kepimpinan-mahasiswa-dan-budaya-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-pertukaran-kepimpinan-mahasiswa-dan-budaya-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-pertukaran-kepimpinan-mahasiswa-dan-budaya-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-pertukaran-kepimpinan-mahasiswa-dan-budaya-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-pertukaran-kepimpinan-mahasiswa-dan-budaya-2048x1152.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-pertukaran-kepimpinan-mahasiswa-dan-budaya-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program kemudiannya akan diteruskan dengan pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan dan komuniti di Bagan Serai, Perak, yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti setempat melalui pendekatan intervensi sosial, pemindahan ilmu serta penglibatan langsung mahasiswa dalam menyokong kesejahteraan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian program turut menekankan pengukuhan kemahiran insaniah seperti komunikasi efektif, kepimpinan, kerja berpasukan dan empati sosial melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Batrisyia Mohd Nizam Tanjung Malim, 21 Mei 2026 \u2013 Program MESRA International Volunteering Programme (IVP) 4.0 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 21-25 Mei 2026 merupakan platform mahasiswa antarabangsa bina impak komuniti menerusi perkongsian akademik dan khidmat masyarakat kepada pelajar Kolej Komuniti Kerian, Kampung Batu 3, Kampung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":37573,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,29,164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37572"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37572"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37572\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37577,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37572\/revisions\/37577"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37573"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37572"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37572"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37572"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}