{"id":37669,"date":"2026-05-25T12:21:35","date_gmt":"2026-05-25T04:21:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37669"},"modified":"2026-05-25T12:21:36","modified_gmt":"2026-05-25T04:21:36","slug":"sulam-memperkukuh-jaringan-mahasiswa-dan-komuniti-melalui-pengalaman-khidmat-masyarakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/25\/sulam-memperkukuh-jaringan-mahasiswa-dan-komuniti-melalui-pengalaman-khidmat-masyarakat\/","title":{"rendered":"SULAM MEMPERKUKUH JARINGAN MAHASISWA DAN KOMUNITI MELALUI PENGALAMAN KHIDMAT MASYARAKAT"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh: Nurfarisha Amalia binti Mohd Zaki<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>TANJUNG MALIM, 17 MEI 2026 (AHAD) &#8211; Semangat kesukarelawanan dan kebersamaan terus mekar apabila seramai sembilan orang mahasiswa di bawah Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama 20 orang komuniti setempat menjayakan program gotong-royong di Masjid Al Ikhwan, Taman Bernam. Program yang dijalankan menerusi aktiviti SULAM HGM3033 subjek Geografi Penduduk ini membawa objektif utama membantu persiapan ibadah qurban dan gotong-royong rumah cendawan bagi manfaat komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak awal pagi, mahasiswa bersama ahli komuniti berganding bahu membersihkan kawasan masjid dan menyediakan pelbagai alatan yang akan digunakan sempena Hari Raya Aidiladha. Kerjasama yang terjalin jelas memperlihatkan semangat ukhuwah dan nilai bantu-membantu yang menjadi tunjang masyarakat Madani. Aktiviti ini bukan sahaja memudahkan urusan komuniti, malah memberi pengalaman bermakna kepada mahasiswa untuk turun padang mendekati masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain persiapan qurban, mahasiswa turut terlibat dalam aktiviti pengumpulan dan pembungkusan cendawan sebelum dijual kepada komuniti sekitar. Aktiviti rumah cendawan tersebut membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami kepentingan ekonomi komuniti dan usaha kecil yang mampu menjana pendapatan masyarakat. Suasana gotong-royong yang penuh mesra dan ceria menjadikan program ini lebih bermakna apabila mahasiswa dan komuniti saling bertukar pengalaman serta mengeratkan hubungan silaturahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini membuktikan bahawa mahasiswa bukan sahaja berperanan dalam bidang akademik, malah mampu menjadi agen perubahan sosial yang dekat dengan masyarakat. Program SULAM <em>(Service Learning Malaysia &#8211; University for Society)<\/em> adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi yang menggabungkan pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti. Program ini membolehkan mahasiswa mengaplikasikan ilmu dalam kelas untuk menyelesaikan masalah masyarakat setempat. Setiap projek dinilai dan diberikan jam kredit akad. Jelaslah bahawa usaha kecil yang dilakukan secara bersama mampu memberikan impak besar kepada kesejahteraan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"968\" height=\"575\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-70.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37671\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-70.png 968w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-70-300x178.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-70-768x456.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-70-600x356.png 600w\" sizes=\"(max-width: 968px) 100vw, 968px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengumpulan dan Pembungkusan Cendawan Sebelum Dijual Kepada Komuniti<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"485\" height=\"418\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-64.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37672\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-64.png 485w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-64-300x259.png 300w\" sizes=\"(max-width: 485px) 100vw, 485px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gotong-royong Persiapan Alatan bagi Hari Raya Qurban<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"470\" height=\"418\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/4-55.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37673\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/4-55.png 470w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/4-55-300x267.png 300w\" sizes=\"(max-width: 470px) 100vw, 470px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gotong-royong Persiapan Alatan bagi Hari Raya Qurban<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Di akhir program, para mahasiswa dan komuniti turut meluangkan masa menikmati jamuan ringan sambil berbual mesra mengenai pengalaman sepanjang aktiviti berlangsung. Walaupun program ini dijalankan dalam tempoh yang singkat, impak yang terhasil sangat bermakna dalam memperkukuh hubungan antara mahasiswa dan masyarakat setempat. Semangat kerjasama yang dipamerkan membuktikan bahawa budaya gotong-royong masih relevan dan mampu menjadi medium terbaik untuk menyatukan masyarakat demi melahirkan komuniti yang harmoni, prihatin dan saling membantu antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nurfarisha Amalia binti Mohd Zaki TANJUNG MALIM, 17 MEI 2026 (AHAD) &#8211; Semangat kesukarelawanan dan kebersamaan terus mekar apabila seramai sembilan orang mahasiswa di bawah Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama 20 orang komuniti setempat menjayakan program gotong-royong di Masjid Al Ikhwan, Taman Bernam. Program yang dijalankan menerusi aktiviti SULAM HGM3033 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":37670,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37669"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37669"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37669\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37674,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37669\/revisions\/37674"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37669"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37669"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37669"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}