{"id":37853,"date":"2026-05-26T16:57:58","date_gmt":"2026-05-26T08:57:58","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37853"},"modified":"2026-05-26T16:58:02","modified_gmt":"2026-05-26T08:58:02","slug":"program-jejawi26-martabatkan-tulisan-jawi-dalam-kalangan-mahasiswa-upsi-dan-um","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/26\/program-jejawi26-martabatkan-tulisan-jawi-dalam-kalangan-mahasiswa-upsi-dan-um\/","title":{"rendered":"Program JEJAWI\u201926 Martabatkan Tulisan Jawi dalam Kalangan Mahasiswa UPSI dan UM"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh: Nur Farah Dayana Ilyanie binti Mohd Fazali<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUALA LUMPUR, 13 Mei<\/strong> \u2014 Persatuan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (PERBAYU UPSI) dengan kerjasama Kelab Bahasa Melayu Profesional Universiti Malaya (KBMPRO UM) telah menganjurkan program JEJAWI\u201926: Jelajah Syarahan Jawi Mengarang Masa Hadapan pada hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang ini bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Platform ilmiah ini berjaya menghimpunkan mahasiswa daripada kedua-dua buah universiti dalam usaha memperkasakan semula tulisan Jawi dalam mendepani arus kemodenan yang mencabar warisan tradisional.<\/p>\n\n\n\n<p>Bertemakan \u201cJawi Mengarang Masa Hadapan\u201d, program ini beraspirasi untuk mengangkat semula martabat tulisan Jawi sebagai khazanah bangsa yang tidak lapuk ditelan zaman. Selain memupuk rasa cinta terhadap warisan bahasa Melayu, program ini turut memberi fokus kepada pembangunan kemahiran komunikasi mahasiswa, memperkukuh identiti budaya, melahirkan generasi celik warisan, serta membuka ruang untuk melihat potensi tulisan Jawi dalam dunia pendidikan, penulisan, penerbitan, dan pembangunan intelektual.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pengisian utama program ialah sesi syarahan khas yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syukri Rosli, pengasas dan pengarah Akademi Jawi Malaysia (AJM) yang telah menerajui institusi tersebut sejak Mei 2011. Dalam syarahan beliau, para peserta didedahkan kepada sejarah perkembangan tulisan Jawi, kepentingannya dalam pembinaan tamadun Melayu-Islam, serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memartabatkannya pada era digital.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"617\" height=\"823\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Pengasas-dan-Pengarah-AJM-2-edited.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37859\" style=\"width:835px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Pengasas-dan-Pengarah-AJM-2-edited.jpg 617w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Pengasas-dan-Pengarah-AJM-2-edited-225x300.jpg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Pengasas-dan-Pengarah-AJM-2-edited-600x800.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 617px) 100vw, 617px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Syarahan oleh Encik Muhammad Syukri Rosli, pengasas dan pengarah AJM<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sesi tersebut diteruskan dengan aktiviti soal jawab secara interaktif. Mahasiswa mengambil peluang mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan kaedah pembelajaran Jawi, aplikasi tulisan Jawi dalam bidang profesional, serta strategi memperluaskan penggunaannya dalam masyarakat moden. Kehadiran para pensyarah daripada Akademi Pengajian Melayu turut menambah nilai akademik dalam perbincangan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi menghargai jalinan kerjasama strategik ini, majlis diserikan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pihak AJM serta sesi pertukaran cenderahati antara pihak UM dan UPSI, sebelum diakhiri dengan sesi fotografi bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain syarahan, program ini turut menampilkan aktiviti sampingan seperti jualan buku oleh pihak AJM yang memberi peluang kepada mahasiswa mendapatkan bahan bacaan berkaitan tulisan Jawi, bahasa, dan manuskrip Melayu. Aktiviti bacaan manuskrip pula memberi pendedahan praktikal kepada peserta tentang keunikan teks lama serta kaedah memahami tulisan Jawi klasik.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1018\" height=\"679\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-membaca-manuskrip-Melayu.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37861\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-membaca-manuskrip-Melayu.jpg 1018w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-membaca-manuskrip-Melayu-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-membaca-manuskrip-Melayu-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Peserta-membaca-manuskrip-Melayu-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1018px) 100vw, 1018px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Peserta membaca manuskrip melayu<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Program JEJAWI\u201926 turut diserikan dengan slot lawatan kampus yang memberi pengalaman bermakna khususnya kepada ahli jawatankuasa PERBAYU UPSI. Para peserta dibawa menjelajah sekitar kampus UM bagi mengenali sejarah, landskap akademik, dan identiti universiti tertua negara itu, sekali gus merasai suasana pembelajaran serta budaya kampus di UM.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan tersebut turut membawa peserta singgah di Dewan Tunku Canselor UM untuk sesi fotografi sebagai simbolik penghargaan terhadap jalinan ukhuwah yang terbina. Slot santai ini bukan sekadar lawatan biasa, malah berjaya mengeratkan hubungan serta memperkukuh semangat kolaborasi antara mahasiswa kedua-dua institusi dalam usaha memartabatkan bahasa, budaya, dan warisan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-Fotografi-DTC-UM-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37862\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-Fotografi-DTC-UM-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-Fotografi-DTC-UM-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-Fotografi-DTC-UM-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-Fotografi-DTC-UM-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/Sesi-Fotografi-DTC-UM.jpg 1228w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi fotografi di hadapan Dewan Tunku Canselor UM<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, JEJAWI\u201926 berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan memberi impak positif kepada para peserta. Program ini bukan sahaja menanam rasa cinta yang mendalam terhadap tulisan Jawi dan meningkatkan kesedaran memelihara warisan, malah berjaya mengukuhkan jaringan kerjasama antara PERBAYU UPSI dan KBMPRO UM. Syarahan ini membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan sekadar tinggalan sejarah, tetapi mampu menjadi medium ilmu dan identiti yang kekal relevan untuk masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Farah Dayana Ilyanie binti Mohd Fazali KUALA LUMPUR, 13 Mei \u2014 Persatuan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (PERBAYU UPSI) dengan kerjasama Kelab Bahasa Melayu Profesional Universiti Malaya (KBMPRO UM) telah menganjurkan program JEJAWI\u201926: Jelajah Syarahan Jawi Mengarang Masa Hadapan pada hari ini. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":37863,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140,300],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37853"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37853"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37853\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37864,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37853\/revisions\/37864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37853"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37853"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37853"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}