{"id":37866,"date":"2026-06-04T08:49:42","date_gmt":"2026-06-04T00:49:42","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37866"},"modified":"2026-06-04T08:49:43","modified_gmt":"2026-06-04T00:49:43","slug":"warisan-bertemu-perpaduan-segulai-sejalai-semarakkan-budaya-borneo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/04\/warisan-bertemu-perpaduan-segulai-sejalai-semarakkan-budaya-borneo\/","title":{"rendered":"Warisan Bertemu Perpaduan: Segulai Sejalai Semarakkan Budaya Borneo"},"content":{"rendered":"\n<p><sub>Oleh: Nur Qamarina<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 20 Mei 2026<\/strong> \u2013 Suasana penuh warna-warni budaya Borneo jelas terasa menerusi penganjuran program <em>Borneo Native Day: <\/em>Segulai Sejalai anjuran Exco Uniti dan Diversiti, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 25\/26, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini berjaya menghimpunkan mahasiswa dari pelbagai etnik dan kaum dalam satu platform yang mengetengahkan keunikan warisan serta kepelbagaian budaya masyarakat Borneo. Penganjuran program ini turut menjadi medium dalam memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga Tanjong Malim.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan Tarian Kreasi Etnik telah dilaksanakan bagi mengetengahkan kreativiti peserta dalam menggabungkan elemen tradisional dan moden. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada kumpulan Dayung Timengen, Citra Arjana, Uniti dan Sempulang Gana yang mempersembahkan tarian berkonsepkan kepelbagaian budaya etnik borneo. Penganjuran tersebut berjaya menyerlahkan bakat seni dan kreativiti dalam kalangan peserta.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-3-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37867\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-3-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-3-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-3-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-3-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-3-2048x1152.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-3-600x338.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sesi ngirumboi turut dijadikan sebagai salah satu pengisian program bagi memeriahkan suasana serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa. Aktiviti tersebut menjadi medium pengenalan kepada elemen budaya dan adat masyarakat Borneo kepada para pengunjung yang hadir.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis penutup program telah disempurnakan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Tarian Kreasi Etnik yang telah diadili oleh panel juri jemputan iaitu Encik Muhammad Alif Bin Azizi dan Encik Ramles Radin Anak Suradi. Kumpulan Citra Arjana telah dinobatkan sebagai juara dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150.00, diikuti kumpulan Uniti sebagai naib juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM100.00, manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Dayung Timengen yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50.00. Tempat keempat pula disandang oleh kumpulan Sempulang Gana.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-5-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37868\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-5-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-5-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-5-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-5-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-5-2048x1152.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-5-600x338.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada Persatuan Bahasa Iban, Persatuan Perintis Bahasa Etnik serta Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah. Kolaborasi ini berjaya memperkayakan lagi pengisian program menerusi pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik serta sarat dengan nilai tradisi masyarakat Borneo.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis penutupan diserikan dengan persembahan kebudayaan yang menampilkan keunikan seni masyarakat Borneo, termasuk Bidayuh Dayung Timengen, Ratu Lepa, Ngajat, Sumazau serta Tarian Kreatif Murut. Setiap persembahan yang dipentaskan bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan keindahan seni, identiti serta keunikan budaya setiap etnik di Sabah dan Sarawak yang kaya dengan warisan tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"684\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-7-1024x684.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37869\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-7-1024x684.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-7-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-7-768x513.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-7-1536x1026.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-7-2048x1368.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-7-600x401.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Pentas <em>Borneo Native Day<\/em> terus bergemerlapan dengan persembahan nyanyian daripada artis jemputan Aylord Joy, Phoebe Chloe dan Dabra Sia. Persembahan yang mantap dan penuh energi berjaya menghangatkan suasana serta menambahkan lagi kemeriahan program yang berlangsung sepanjang malam.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Borneo Native Day: <\/em>Segulai Sejalai berjaya mencapai objektif penganjurannya dalam memperkenalkan kepelbagaian budaya Borneo di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa pelbagai kaum. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform pemeliharaan warisan budaya serta medium penyatuan masyarakat kampus.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"684\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-12-1024x684.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37870\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-12-1024x684.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-12-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-12-768x513.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-12-1536x1026.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-12-2048x1368.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Gambar-12-600x401.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program ini turut menjadi ruang buat mahasiswa Borneo mengubati kerinduan terhadap suasana sambutan Pesta Gawai dan Kaamatan yang cukup dekat dengan jiwa masyarakat Sabah dan Sarawak. Kemeriahan yang tercipta jelas membuktikan bahawa warisan budaya bukan sahaja perlu dipelihara, malah harus terus diraikan oleh generasi muda sebagai lambang identiti dan kebanggaan bersama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Qamarina Tanjong Malim, 20 Mei 2026 \u2013 Suasana penuh warna-warni budaya Borneo jelas terasa menerusi penganjuran program Borneo Native Day: Segulai Sejalai anjuran Exco Uniti dan Diversiti, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 25\/26, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini berjaya menghimpunkan mahasiswa dari pelbagai etnik dan kaum dalam satu platform yang mengetengahkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":37867,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,202,71,29,223,207],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37866"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37866"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37866\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37871,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37866\/revisions\/37871"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37866"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37866"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37866"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}