{"id":37926,"date":"2026-06-05T11:56:30","date_gmt":"2026-06-05T03:56:30","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37926"},"modified":"2026-06-05T11:56:31","modified_gmt":"2026-06-05T03:56:31","slug":"mission-wildlife-care-programme-pupuk-kesedaran-pemuliharaan-hidupan-liar-dalam-kalangan-mahasiswa-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/05\/mission-wildlife-care-programme-pupuk-kesedaran-pemuliharaan-hidupan-liar-dalam-kalangan-mahasiswa-upsi\/","title":{"rendered":"MISSION : WILDLIFE CARE PROGRAMME PUPUK KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR DALAM KALANGAN MAHASISWA UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p><sub>Oleh: Nur Syuhada Zahar Nordin, Nurul Shafinaz binti Azri<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p><strong>SUNGKAI, 17 Mei 2026 \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan satu program Mission : Wildlife Care Programme bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai, Perak dengan penglibatan seramai 30 peserta terdiri daripada mahasiswa UPSI, felo dan pentadbir UKLK. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan hidupan liar dan kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar melalui aktiviti sukarelawan dan pendidikan konservasi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"968\" height=\"512\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.16\u202fAM.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37927\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.16\u202fAM.png 968w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.16\u202fAM-300x159.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.16\u202fAM-768x406.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.16\u202fAM-600x317.png 600w\" sizes=\"(max-width: 968px) 100vw, 968px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengetua UKLK, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob yang turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran program berbentuk konservasi dan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa. Turut hadir ialah Ketua Pusat Konservasi Hidupan Liar, Encik Mohamad Taufik bin Ismail yang memberikan kerjasama sepanjang pelaksanaan program berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Seawal pagi, para peserta berkumpul di UPSI sebelum bertolak ke Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai. Setibanya di lokasi program, peserta diberikan taklimat ringkas berkaitan keselamatan, pengurusan kawasan konservasi serta penerangan mengenai fungsi pusat pemuliharaan hidupan liar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti konservasi dan khidmat komuniti di kawasan pusat konservasi. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar pusat konservasi serta pembersihan kawasan penempatan tenggiling bagi memastikan habitat haiwan berada dalam keadaan bersih dan selamat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"608\" height=\"346\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.33\u202fAM.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37928\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.33\u202fAM.png 608w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.33\u202fAM-300x171.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.33\u202fAM-600x341.png 600w\" sizes=\"(max-width: 608px) 100vw, 608px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Selain itu, peserta turut diberikan peluang memberi makanan kepada haiwan seperti seladang dan rusa di bawah pemantauan pihak pengurusan pusat konservasi. Aktiviti tersebut memberikan pengalaman praktikal kepada peserta berkaitan kaedah penjagaan haiwan serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan kebajikan hidupan liar.<\/p>\n\n\n\n<p>Peserta juga dibawa melawat kawasan konservasi burung dan diberi penerangan berkaitan spesies-spesies burung yang dipelihara di pusat tersebut. Sesi perkongsian ilmu oleh pihak Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai turut memberi pendedahan mengenai usaha pemuliharaan biodiversiti serta cabaran dalam melindungi spesies haiwan yang semakin terancam.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini berjaya memberi impak positif kepada peserta apabila mereka dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan konservasi, biodiversiti dan pemuliharaan alam sekitar secara lebih dekat dan praktikal. Di samping itu, aktiviti berkumpulan yang dijalankan turut membantu mengukuhkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"458\" height=\"276\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.49\u202fAM.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37929\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.49\u202fAM.png 458w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-11.51.49\u202fAM-300x181.png 300w\" sizes=\"(max-width: 458px) 100vw, 458px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program diteruskan dengan lawatan ke ruang pameran spesimen hidupan liar yang menempatkan haiwan-haiwan yang telah diawet bagi tujuan pendidikan dan pemeliharaan khazanah fauna negara. Antara spesies yang dipamerkan termasuk kijang, burung serta beberapa haiwan lain yang pernah ditemui di habitat hutan tempatan. Melalui sesi tersebut, para peserta berpeluang melihat dengan lebih dekat struktur fizikal dan keunikan setiap spesies sambil mendengar penerangan daripada pegawai bertugas berkaitan habitat, ciri-ciri serta kepentingan pemuliharaan hidupan liar. Pendedahan tersebut secara tidak langsung menambah pengetahuan mahasiswa tentang kepelbagaian spesies fauna serta usaha konservasi yang dijalankan bagi memastikan khazanah alam semula jadi negara terus terpelihara.<p dir=\"ltr\" style=\"line-height:1.38;text-align: justify;margin-top:12pt;margin-bottom:12pt;\" id=\"docs-internal-guid-1ff263d5-7fff-1fe8-8f77-c4e8c301edd0\"><span style=\"font-size:11pt;font-family:Arial,sans-serif;color:#000000;background-color:transparent;font-weight:400;font-style:normal;font-variant:normal;text-decoration:none;vertical-align:baseline;white-space:pre;white-space:pre-wrap;\">Program diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Prof. Madya Ts Dr. Che Ghani Che Kob. Dalam ucapan penutupnya, beliau menyatakan bahawa program seperti ini sangat baik dalam membentuk mahasiswa yang lebih prihatin terhadap isu alam sekitar dan kebajikan haiwan. Beliau turut berharap agar lebih banyak program konservasi dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi mahasiswa yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.<\/span><\/p><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada mahasiswa, malah membuka ruang untuk kita memahami kepentingan memelihara khazanah alam demi kesejahteraan generasi akan datang,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Salah seorang peserta program, Shelina Anak Romanus, berkata pengalaman menyertai <em>Mission : Wildlife Care Programme <\/em>sangat bermakna kerana beliau dapat melihat sendiri cara penjagaan haiwan dijalankan serta memahami cabaran dalam usaha pemuliharaan hidupan liar. Menurut beliau, aktiviti memberi makan haiwan dan membersihkan habitat tenggiling merupakan pengalaman baharu yang memberikan kesedaran tentang pentingnya menjaga keseimbangan ekosistem dan kelestarian alam sekitar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Syuhada Zahar Nordin, Nurul Shafinaz binti Azri SUNGKAI, 17 Mei 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan satu program Mission : Wildlife Care Programme bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai, Perak dengan penglibatan seramai 30 peserta terdiri daripada mahasiswa UPSI, felo dan pentadbir UKLK. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":37927,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,71,29,223,164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37926"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37926"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37926\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37930,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37926\/revisions\/37930"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37927"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37926"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37926"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37926"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}