{"id":37936,"date":"2026-06-05T12:15:45","date_gmt":"2026-06-05T04:15:45","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37936"},"modified":"2026-06-05T12:15:47","modified_gmt":"2026-06-05T04:15:47","slug":"penyertaan-memberangsangkan-pelajar-antarabangsa-di-global-students-unity-bowling-championship-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/05\/penyertaan-memberangsangkan-pelajar-antarabangsa-di-global-students-unity-bowling-championship-2026\/","title":{"rendered":"PENYERTAAN MEMBERANGSANGKAN PELAJAR ANTARABANGSA DI GLOBAL STUDENTS UNITY BOWLING CHAMPIONSHIP 2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Muhammad Haziq Syarifuddin Suhazli<strong>&nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 25 MEI 2026 \u2013<\/strong> Seramai lebih 40 peserta dari 20 buah negara telah menyertai <em>Global Students Unity Bowling Championship<\/em> 2026 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) bertempat di UPSI Sport Bowl, KSAS, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Kejohanan yang berlangsung sempena MESRA IVP 4.0 ini telah menghimpunkan seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tempatan, pelajar antarabangsa serta warga UPSI. Penganjuran kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan persahabatan antara peserta pelbagai negara, memupuk semangat perpaduan global serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar UPSI serta pelajar antarabangsa yang sedang melanjutkan pengajian di universiti awam di Malaysia. Mereka mewakili pelbagai negara seperti Indonesia, Thailand, China, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, India, Bangladesh, Nigeria, Yemen, Sudan dan beberapa negara lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejohanan ini menggunakan format individu sebanyak dua set permainan yang dibahagikan kepada Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan. Para peserta menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan dengan persaingan yang sengit dan penuh semangat kesukanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penasihat program, Encik Anizan Md Noor berkata aktiviti sukan tenpin boling menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan hubungan antara peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang budaya dan negara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"984\" height=\"522\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.13.45\u202fPM.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37937\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.13.45\u202fPM.png 984w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.13.45\u202fPM-300x159.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.13.45\u202fPM-768x407.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.13.45\u202fPM-600x318.png 600w\" sizes=\"(max-width: 984px) 100vw, 984px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSukan merupakan medium yang dapat menyatukan masyarakat tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan kewarganegaraan. Program seperti ini memberi peluang kepada peserta untuk membina jaringan persahabatan antarabangsa serta memperkukuhkan semangat perpaduan global,\u201d ujar beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pemenang bagi Kategori Lelaki, Iqmal Adha bin Azman dari Malaysia muncul sebagai johan selepas mencatatkan 257 jatuhan pin. Tempat kedua dimenangi oleh Dylan Jimati Gegeyo dari Papua New Guinea dengan 255 jatuhan pin, manakala tempat ketiga menjadi milik Shaismailov Shokhrukh dari Kazakhstan yang merekodkan 242 jatuhan pin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, bagi Kategori Perempuan, Puan Suliza binti Ajohan dari Malaysia berjaya merangkul gelaran juara dengan jumlah 214 jatuhan pin. Tempat kedua dimenangi oleh Elisa Diethart dari Austria dengan 203 jatuhan pin, manakala Manaka Sakai dari Jepun menduduki tempat ketiga selepas mencatatkan 179 jatuhan pin.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"984\" height=\"736\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.09\u202fPM.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37938\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.09\u202fPM.png 984w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.09\u202fPM-300x224.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.09\u202fPM-768x574.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.09\u202fPM-600x449.png 600w\" sizes=\"(max-width: 984px) 100vw, 984px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Selain menjadi platform pertandingan, kejohanan ini turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman budaya masing-masing. Penglibatan peserta daripada pelbagai negara berjaya mewujudkan suasana harmoni dan mesra yang mencerminkan semangat perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pihak pengurusan universiti bersama wakil penganjur. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang itu berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta dan warga universiti. Kejayaan penganjuran ini membuktikan komitmen UKLK dalam memperkasakan aktiviti sukan serta menyemarakkan integrasi antara penganjur dan peserta antarabangsa\u00a0 di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"984\" height=\"648\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.27\u202fPM.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37939\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.27\u202fPM.png 984w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.27\u202fPM-300x198.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.27\u202fPM-768x506.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-05-at-12.14.27\u202fPM-600x395.png 600w\" sizes=\"(max-width: 984px) 100vw, 984px\" \/><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Muhammad Haziq Syarifuddin Suhazli&nbsp; TANJONG MALIM, 25 MEI 2026 \u2013 Seramai lebih 40 peserta dari 20 buah negara telah menyertai Global Students Unity Bowling Championship 2026 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) bertempat di UPSI Sport Bowl, KSAS, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kejohanan yang berlangsung sempena MESRA IVP 4.0 ini telah menghimpunkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":37939,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,71,29,223,164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37936"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37936"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37940,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37936\/revisions\/37940"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37939"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}