{"id":37941,"date":"2026-06-06T20:15:58","date_gmt":"2026-06-06T12:15:58","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37941"},"modified":"2026-06-06T20:16:00","modified_gmt":"2026-06-06T12:16:00","slug":"adab-dan-etika-sebagai-teras-pembentukan-jiwa-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/06\/adab-dan-etika-sebagai-teras-pembentukan-jiwa-upsi\/","title":{"rendered":"Adab dan Etika sebagai Teras Pembentukan JIWA UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p><sub>Oleh: Ajeeb Ishak<\/sub><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 13 Mei &nbsp;&#8211; <\/strong>Pembinaan JIWA UPSI dalam kalangan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan nadi penting dalam usaha melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari aspek intelektual, malah unggul dari segi sahsiah. Dalam kerangka ini, adab dan etika bukan sekadar pelengkap kepada ilmu, bahkan menjadi asas yang membentuk keperibadian, identiti dan jati diri mahasiswa secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Seiring dengan aspirasi BITARA, Simposium Adab dan Etika: Pemacu JIWA UPSI telah dianjurkan oleh EXCO Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh, sidang 2025\/2026 pada 13 Mei 2026 secara dalam talian melalui platform Google Meet dan Facebook Live. Seramai lebih 500 peserta daripada Malaysia dan Brunei Darussalam yang turut hadir memeriahkan program ini. Program ini bukan sekadar wacana ilmiah biasa, sebaliknya merupakan satu inisiatif kolaborasi antarabangsa bersama Brunei Darussalam.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"577\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.02\u202fPM-1024x577.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37942\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.02\u202fPM-1024x577.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.02\u202fPM-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.02\u202fPM-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.02\u202fPM-1536x865.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.02\u202fPM-2048x1153.png 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.02\u202fPM-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Penganjuran simposium ini memperlihatkan bahawa pembinaan adab dan etika merupakan suatu nilai yang menjadi kebiasaan dan keutamaan dalam sesebuah universiti bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang. Berteraskan konsep pembinaan JIWA UPSI yang menyeluruh dengan meliputi Jiwa Ketakwaan, Jiwa Keinsanan, Jiwa Kekeluargaan, Jiwa Kecemerlangan dan Jiwa Pendidik, program ini menghubungkan nilai-nilai tersebut dengan aspirasi BITARA dalam membentuk warga universiti yang seimbang antara kecemerlangan intelek dan kekuatan moral. Hal ini menunjukkan bahawa keunggulan mahasiswa tidak dapat dipisahkan daripada kekuatan nilai adab yang mendasari setiap tindakan dan pemikiran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Simposium ini turut menampilkan barisan ahli panel yang berwibawa dalam membincangkan isu adab dan etika dalam konteks pendidikan dan kehidupan mahasiswa. Antaranya ialah Dr. Abu Zarrin bin Selamat, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI yang mewakili perspektif institusi. Beliau menekankan bahawa adab berfungsi sebagai tunjang yang memastikan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan secara beretika dan bertanggungjawab, sekaligus membentuk mahasiswa yang berintegriti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"661\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.36\u202fPM-1024x661.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37943\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.36\u202fPM-1024x661.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.36\u202fPM-300x194.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.36\u202fPM-768x496.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.36\u202fPM-1536x992.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.36\u202fPM-2048x1322.png 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Screenshot-2026-06-06-at-8.07.36\u202fPM-600x387.png 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Selain itu, penglibatan panel antarabangsa dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, iaitu Adib Zainul Zaky selaku wakil Majlis Perwakilan Pelajar, telah memperkayakan dimensi perbincangan. Walaupun universiti-universiti di rantau Nusantara berkongsi latar sejarah, budaya dan bahasa yang hampir serupa, perbezaan konteks sosial dan pengalaman institusi telah mewujudkan variasi dalam amalan adab dan etika mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks ini, simposium berperanan sebagai platform ilmiah yang menghubungkan perbezaan tersebut melalui dialog terbuka dan pertukaran pandangan. Perbincangan yang berlangsung bukan sahaja menekankan nilai sejagat seperti hormat, amanah, kesantunan dan kemanusiaan, malah mengaitkannya dengan realiti semasa mahasiswa yang berdepan cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui penglibatan aktif peserta, mahasiswa turut diberi ruang untuk memberikan refleksi dan pandangan mereka sendiri melalui simposium ini terhadap konsep adab dan etika. Hal ini menunjukkan bahawa pembinaan JIWA UPSI tidak bersifat sehala, sebaliknya melibatkan kesedaran dan penghayatan dalaman mahasiswa sebagai agen perubahan dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/WhatsApp-Image-2026-06-06-at-12.37.07-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37944\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/WhatsApp-Image-2026-06-06-at-12.37.07-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/WhatsApp-Image-2026-06-06-at-12.37.07-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/WhatsApp-Image-2026-06-06-at-12.37.07-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/WhatsApp-Image-2026-06-06-at-12.37.07-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/WhatsApp-Image-2026-06-06-at-12.37.07.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Simposium Adab dan Etika: Pemacu JIWA UPSI memperlihatkan hubungan yang jelas antara penghayatan adab dan pembentukan jiwa mahasiswa yang holistik. Program ini bukan sahaja menyumbang kepada pengukuhan nilai dalam kalangan warga universiti, malah menjadi satu usaha penting dalam melahirkan generasi berilmu, beradab dan berjiwa besar. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan agar nilai JIWA UPSI terus subur, sekaligus menyumbang kepada pembinaan masyarakat dan tamadun yang seimbang serta berdaya tahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ajeeb Ishak Tanjong Malim, 13 Mei &nbsp;&#8211; Pembinaan JIWA UPSI dalam kalangan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan nadi penting dalam usaha melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari aspek intelektual, malah unggul dari segi sahsiah. Dalam kerangka ini, adab dan etika bukan sekadar pelengkap kepada ilmu, bahkan menjadi asas yang membentuk keperibadian, identiti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":37944,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,202,71,29,223,190,210],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37941"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37941"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37941\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37945,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37941\/revisions\/37945"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37944"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}