{"id":37955,"date":"2026-06-07T09:25:35","date_gmt":"2026-06-07T01:25:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37955"},"modified":"2026-06-07T09:25:36","modified_gmt":"2026-06-07T01:25:36","slug":"upsi-bantu-atlet-sofbol-terengganu-lanjutkan-pengajian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/07\/upsi-bantu-atlet-sofbol-terengganu-lanjutkan-pengajian\/","title":{"rendered":"UPSI bantu atlet sofbol Terengganu lanjutkan pengajian"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>JERTEH, 6 Jun 2026\u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membantu seorang atlet sofbol Terengganu yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma menerusi penyaluran bantuan kewangan menjelang pendaftaran kemasukan bagi Sesi Akademik 2026\/2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin berkata bantuan itu diberikan kepada Siti Nor Ba\u2019iyah Abd. Karim, 18, yang ditawarkan mengikuti program Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan di universiti berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata UPSI menerusi Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) telah meluluskan Skim Bantuan Khas Kemasukan Semester Satu berjumlah RM1,500 bagi membantu menampung kos persediaan kemasukan pelajar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejayaan Siti Nor Ba\u2019iyah melanjutkan pengajian ke UPSI walaupun berdepan cabaran kehidupan membuktikan bahawa semangat, kesungguhan dan sokongan keluarga mampu mengatasi pelbagai kekangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu ada pelajar yang terpaksa menangguhkan atau mengorbankan impian mereka untuk melanjutkan pengajian hanya kerana faktor kewangan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian selepas mengetuai program ziarah kebajikan ke kediaman Siti Nor Ba\u2019iyah di Kampung Hutan Nangka di sini bagi meninjau keadaan keluarga pelajar berkenaan serta menyampaikan bantuan awal menjelang hari pendaftaran pada 9 Jun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Siti Nor Ba\u2019iyah merupakan atlet sofbol yang pernah mewakili Terengganu dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dari 2021 hingga 2024 dan kini bersedia meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Anak ketujuh daripada 10 beradik itu menjadi harapan keluarga selepas bapanya, Abd. Karim Engah, 68, tidak lagi mampu bekerja atas faktor kesihatan, manakala ibunya, Rohana Mat, merupakan suri rumah sepenuh masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Norkhalid berkata UPSI sentiasa komited memastikan kebajikan mahasiswa khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan golongan B40 terus terbela agar mereka dapat memulakan pengajian dalam keadaan lebih selesa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI akan terus memperkasakan pelbagai inisiatif kebajikan termasuk bantuan zakat, endowmen, sumbangan korporat serta jaringan komuniti bagi memastikan kesejahteraan mahasiswa sentiasa terpelihara sepanjang tempoh pengajian,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Siti Nor Ba\u2019iyah dijadualkan mendaftar di kampus UPSI, Tanjong Malim, Perak pada 9 Jun ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Bazli Razak JERTEH, 6 Jun 2026\u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membantu seorang atlet sofbol Terengganu yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma menerusi penyaluran bantuan kewangan menjelang pendaftaran kemasukan bagi Sesi Akademik 2026\/2027. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin berkata bantuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":37956,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[223,118,123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37955"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37955"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37955\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37957,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37955\/revisions\/37957"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37956"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37955"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37955"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37955"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}