{"id":38428,"date":"2026-06-11T12:04:36","date_gmt":"2026-06-11T04:04:36","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=38428"},"modified":"2026-06-11T12:04:38","modified_gmt":"2026-06-11T04:04:38","slug":"bicara-kerjaya-guru-menjadi-platform-mahasiswa-upsi-memahami-realiti-dunia-pendidikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/11\/bicara-kerjaya-guru-menjadi-platform-mahasiswa-upsi-memahami-realiti-dunia-pendidikan\/","title":{"rendered":"Bicara Kerjaya Guru menjadi Platform Mahasiswa UPSI Memahami Realiti Dunia Pendidikan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail dan Alya Mashita Nureddin<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 13 Mei 2026 \u2013 Persatuan Geografi Sidang 2025\/2026, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan Program Bicara Kerjaya Guru: Panduan Lengkap Profesion Keguruan secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Program ini melibatkan penyertaan kira-kira 200 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang berminat untuk mendapatkan pendedahan berkaitan dunia pendidikan dan profesion keguruan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dikendalikan oleh barisan Exco Akademik dan Kerjaya Persatuan Geografi ini diadakan bagi membantu mahasiswa memahami realiti sebenar kerjaya seorang guru serta persediaan yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Selain memberi pengetahuan berkaitan tugas dan tanggungjawab pendidik, program ini juga memberi gambaran mengenai cabaran serta keperluan kemahiran profesional yang perlu dimiliki oleh bakal guru pada masa kini. Program ini turut dikendalikan oleh moderator jemputan iaitu Putri Erra Elyana binti Sharizall, Yang Dipertua Persatuan Geografi Sidang 2025\/2026, Universiti Pendidikan Sultan Idris.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua orang panel jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan telah dijemput iaitu Puan Hajah Noor Hayati binti Embong dan Encik Mohd Hishamudin bin Che Omar. Hajah Noor Hayati binti Embong (K.M.N) merupakan bekas Pengetua Cemerlang SMK Saujana Utama dan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia yang memulakan kerjaya perguruan pada tahun 1992. Beliau berpengalaman memegang pelbagai jawatan penting dalam bidang pendidikan serta pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Sepanjang perkhidmatan, beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Tokoh Pendidik UPSI 2017, Anugerah Khas Kepimpinan Hari Guru Kebangsaan 2022 dan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada tahun 2024 sebelum bersara pada 8 Julai 2025.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><br><\/strong>Manakala, Encik Mohd Hishamudin bin Che Omar merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam bidang pembangunan bakat murid terutamanya dalam sukan dan kokurikulum. Beliau aktif dalam membimbing pelajar mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik malah dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan kepimpinan. Pengalaman beliau dalam bidang pendidikan memberi inspirasi kepada mahasiswa untuk memahami peranan sebenar guru sebagai pembentuk generasi masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi perkongsian pertama, Hajah Noor Hayati binti Embong berkongsi pengalaman beliau berkaitan pengurusan sekolah, kepimpinan serta tanggungjawab guru dalam memastikan proses pendidikan berjalan dengan berkesan. Beliau turut menekankan bahawa profesion perguruan memerlukan komitmen tinggi, disiplin dan kesediaan untuk terus belajar selaras dengan perubahan dunia pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi seterusnya diteruskan oleh Mohd Hishamudin bin Che Omar yang membincangkan peranan guru dalam pembangunan bakat murid khususnya dalam bidang sukan dan kokurikulum. Beliau menjelaskan bahawa guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, malah bertanggungjawab membentuk sahsiah, bakat dan potensi pelajar secara menyeluruh. Perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan keseimbangan antara akademik dan aktiviti luar bilik darjah dalam melahirkan pelajar yang holistik.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"868\" height=\"391\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-37.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38430\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-37.png 868w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-37-300x135.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-37-768x346.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-37-600x270.png 600w\" sizes=\"(max-width: 868px) 100vw, 868px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"852\" height=\"393\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-33.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38431\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-33.png 852w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-33-300x138.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-33-768x354.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-33-600x277.png 600w\" sizes=\"(max-width: 852px) 100vw, 852px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"429\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-26.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38432\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-26.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-26-300x132.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-26-768x337.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-26-600x263.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan AJK pelaksanaan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, para peserta turut diberi peluang untuk mengajukan soalan berkaitan pengalaman sebenar dalam profesion keguruan, cabaran semasa di sekolah serta persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani latihan praktikum dan memasuki alam pekerjaan. Program ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri mahasiswa serta memberi motivasi kepada mereka untuk lebih bersedia dari segi mental, emosi dan kemahiran profesional sebagai bakal pendidik. Penganjuran program ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui usaha melahirkan bakal guru yang berilmu dan kompeten, SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi serta SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat melalui kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan pihak pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Program Bicara Kerjaya Guru: Panduan Lengkap Profesion Keguruan berjaya mencapai matlamatnya dalam memberikan pendedahan dan panduan awal kepada mahasiswa berkaitan profesion perguruan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu melahirkan graduan UPSI yang lebih bersedia, berdaya saing dan mampu menjadi pendidik yang cemerlang pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail dan Alya Mashita Nureddin Tanjong Malim, 13 Mei 2026 \u2013 Persatuan Geografi Sidang 2025\/2026, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan Program Bicara Kerjaya Guru: Panduan Lengkap Profesion Keguruan secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Program ini melibatkan penyertaan kira-kira 200 orang mahasiswa dan mahasiswi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":38429,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38428"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38428"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38428\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38433,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38428\/revisions\/38433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38429"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38428"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38428"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38428"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}