{"id":38478,"date":"2026-06-11T12:28:52","date_gmt":"2026-06-11T04:28:52","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=38478"},"modified":"2026-06-11T12:28:54","modified_gmt":"2026-06-11T04:28:54","slug":"sambutan-minggu-perpaduan-peringkat-upsi-mengukuhkan-semangat-perpaduan-dalam-kalangan-mahasiswa-berbilang-etnik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/11\/sambutan-minggu-perpaduan-peringkat-upsi-mengukuhkan-semangat-perpaduan-dalam-kalangan-mahasiswa-berbilang-etnik\/","title":{"rendered":"SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT UPSI MENGUKUHKAN SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN MAHASISWA BERBILANG ETNIK"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Chong Yoke Ming, Nur Qasdyna Zafirah Md Rohim &amp; Dr. Mohd Syariefudin Abdullah<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 7 Jun 2026 <\/strong>&#8211; Biro Perpaduan dan Integrasi Nasional (BPIN) Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan UPSI dari 1 hingga 7 Jun 2026, yang bertujuan untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa UPSI, serta meningkatkan kesedaran warga UPSI tentang pentingnya perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan Minggu Perpaduan ini telah bermula pada 1 Jun dengan Pertandingan E-Poster Perpaduan yang diterajui oleh saudari Logebarrenee a\/p Velumurugan, yang tamat pada 5 Jun. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan sebanyak 67 orang mahasiswa UPSI berbilang etnik dalam menghasilkan poster bertemakan perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"491\" height=\"327\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-42.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38480\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-42.png 491w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-42-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 491px) 100vw, 491px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penyampaian Hadiah kepada Johan Pertandingan e-Poster Perpaduan<br>Semasa Majlis Perasmian Penutupan Minggu Perpaduan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"591\" height=\"333\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-38.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38481\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-38.png 591w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-38-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 591px) 100vw, 591px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Tangkap Layar E-Forum Perpaduan: Peranan Pancasila dan Rukun Negara Ke Arah Pembentukan<br>Negara Harmoni pada 2 Jun 2026<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"433\" height=\"435\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38482\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29.png 433w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29-300x300.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29-150x150.png 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29-100x100.png 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29-24x24.png 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29-48x48.png 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-29-96x96.png 96w\" sizes=\"(max-width: 433px) 100vw, 433px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Poster Hebahan Kuiz Perpaduan Rukun Negara 2.0: Perpaduan Demi Kemakmuran<br>Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 5 Jun 2026 secara dalam talian<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pada 2 Jun 2026 pula, telah berjalannya E-Forum Perpaduan: Peranan Pancasila dan Rukun Negara ke Arah Pembentukan Negara Harmoni Peringkat Antarabangsa yang dikendalikan oleh saudari Siti Nur Afiqah binti Mohd Fauzi, yang dihadiri oleh lebih 800 orang mahasiswa, termasuklah dari Universitas Negeri Padang dan Universitas Negeri Semarang, Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>E-Forum ini telah menampilkan dua orang ahli panel yang cukup berpengalaman dalam bidang perpaduan, iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail, Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia, dan Prof. Madya Dr. Afriva Khaidir, Dekan Fakultas Ilmu Sosial, Universitas Negeri Padang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan Minggu Perpaduan UPSI diteruskan dengan Kuiz Perpaduan Rukun Negara: Perpaduan Demi Kemakmuran Peringkat Kebangsaan pada 5 Jun 2026. Diterajui oleh saudari Ernawati binti Mourice, program ini telah mendapat sokongan daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang terbuka untuk murid sekolah dan pelajar universiti ini telah memperoleh sekitar 900 penyertaan dari seluruh pelosok negara, termasuklah sekitar 600 penyertaan yang terdiri daripada murid aliran Perdana Sekolah Menengah dan pelajar Pusat Tingkatan 6.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan Minggu Perpaduan UPSI telah berakhir dengan acara kemuncak, iaitu Executive Talk Bersama Ketua Pengarah JPNIN dan Majlis Perasmian Penutupan, yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, En. Zulkifli bin Hashim.<\/p>\n\n\n\n<p>Program hari terakhir ini yang diuruskan secara bersama oleh saudari Nur Qasdyna Zafirah dan saudara Chong Yoke Ming ini telah mendapat sambutan menggalakkan, dengan penyertaan sekitar 400 orang mahasiswa di Dewan Kuliah Pusat 3, Kampus Sultan Azlan Shah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenyertaan begitu ramai mahasiswa dalam Sambutan Minggu Perpaduan UPSI merupakan satu kejayaan buat Biro Perpaduan dan Integrasi Nasional (BPIN) SRN UPSI. Walaupun terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaannya, tetapi dengan usaha dan tekad ahli biro, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang.\u201d kata saudari Siti Nursuhaila, Ketua Biro Perpaduan dan Integrasi Nasional SRN UPSI apabila ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetinggi-tinggi penghargaan juga buat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), serta rakan-rakan kolaborasi, khususnya Persatuan Pengajian Malaysia, Kelab Pendidikan Demokrasi, Kelab Mahasiswa Madani, Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah, Persatuan Anak-Anak Negeri Terengganu dan Persatuan Mahasiswa Sejarah atas sokongan dan kerjasama dalam pelaksanaan program ini\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Chong Yoke Ming, Nur Qasdyna Zafirah Md Rohim &amp; Dr. Mohd Syariefudin Abdullah Tanjong Malim, 7 Jun 2026 &#8211; Biro Perpaduan dan Integrasi Nasional (BPIN) Sekretariat Rukun Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (SRN UPSI) telah menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan UPSI dari 1 hingga 7 Jun 2026, yang bertujuan untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":38479,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38478"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38478"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38478\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38483,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38478\/revisions\/38483"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38479"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}