{"id":38810,"date":"2026-06-23T09:16:51","date_gmt":"2026-06-23T01:16:51","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=38810"},"modified":"2026-06-23T09:16:52","modified_gmt":"2026-06-23T01:16:52","slug":"minggu-orientasi-pelajar-diploma-pengajian-turath-islami-ambilan-2026-2027-fsk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/23\/minggu-orientasi-pelajar-diploma-pengajian-turath-islami-ambilan-2026-2027-fsk\/","title":{"rendered":"MINGGU ORIENTASI PELAJAR DIPLOMA PENGAJIAN TURATH ISLAMI AMBILAN 2026\/2027 FSK"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Sofea Hani Mohamad rafi<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 15, 16 dan 18 Jun 2026 \u2013 Sempena Minggu Orientasi Fakulti, Persatuan Turath Islami (PTI) dengan kerjasama Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dan Institut Penyelidikan dan Pendidikan Tahfiz &amp; Turath Islami (i-FURQAN) telah menganjurkan beberapa siri program akademik dan khidmat komuniti yang melibatkan mahasiswa baharu Diploma Pengajian Turath Islami sesi ambilan 2026\/2027. Program ini telah dilaksanakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), serta di Kampung Ketoyong, Tanjong Malim, Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk semangat ukhuwah, kerjasama, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan mahasiswa baharu selaras dengan nilai-nilai Islam yang menjadi teras pengajian Diploma Pengajian Turath Islami. Di samping itu, program ini turut berperanan dalam membentuk pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta bersedia menghadapi cabaran sepanjang tempoh pengajian di universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini melibatkan penyertaan seramai 79 orang mahasiswa baharu yang telah mendaftar bagi sesi ambilan 2026\/2027. Pelbagai slot pengisian telah disusun bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar, antaranya Slot Realiti Kehidupan Kampus, Slot Eksplorasi Ilmu Pustaka Budiman, Slot Kenali Program Kita, Slot Dear Future Self, Slot Bicara Pemimpin, Slot Aspirasi Bicara Fakulti dan Slot Jelajah Dunia Kerjaya. Kesemua slot ini dirancang untuk membantu mahasiswa memahami persekitaran universiti, mengenali struktur program pengajian serta merancang hala tuju akademik dan kerjaya mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang pelaksanaan program, aspek disiplin, penglibatan aktif dan pembangunan sahsiah mahasiswa baharu turut diberi penekanan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Sebagai sebahagian daripada usaha memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial, para pelajar telah menyertai aktiviti gotong-royong di Kampung Ketoyong yang melibatkan kerja-kerja pembersihan dan menceriakan kawasan kampung serta Surau Kampung Ketoyong.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"364\" height=\"491\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-77.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38812\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-77.png 364w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-77-222x300.png 222w\" sizes=\"(max-width: 364px) 100vw, 364px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"458\" height=\"304\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-71.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38813\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-71.png 458w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-71-300x199.png 300w\" sizes=\"(max-width: 458px) 100vw, 458px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"516\" height=\"291\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-64.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38814\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-64.png 516w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-64-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 516px) 100vw, 516px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Aktiviti gotong-royong tersebut mendapat sambutan dan sokongan yang baik daripada penduduk setempat kerana dilaksanakan secara bersama di kawasan komuniti. Selain meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan pemeliharaan kebersihan dan kelestarian persekitaran, aktiviti ini turut menjadi medium untuk memupuk semangat kerja berpasukan, meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga universiti dengan masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, penganjuran Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu Diploma Pengajian Turath Islami sesi ambilan 2026\/2027 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kejayaan program ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat antara pihak penganjur dalam menyediakan platform yang kondusif bagi membantu mahasiswa baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti. Diharapkan pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang program ini dapat menjadi asas yang kukuh dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berdisiplin, berakhlak mulia serta cemerlang dalam bidang Pengajian Turath Islami.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Sofea Hani Mohamad rafi Tanjong Malim, 15, 16 dan 18 Jun 2026 \u2013 Sempena Minggu Orientasi Fakulti, Persatuan Turath Islami (PTI) dengan kerjasama Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dan Institut Penyelidikan dan Pendidikan Tahfiz &amp; Turath Islami (i-FURQAN) telah menganjurkan beberapa siri program akademik dan khidmat komuniti yang melibatkan mahasiswa baharu Diploma Pengajian Turath [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":38811,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38810"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38810"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38815,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38810\/revisions\/38815"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38811"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}