{"id":38865,"date":"2026-06-23T15:23:40","date_gmt":"2026-06-23T07:23:40","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=38865"},"modified":"2026-06-23T15:23:42","modified_gmt":"2026-06-23T07:23:42","slug":"masterchef-iksas-upsi-serlah-kreativiti-kulinari-dan-bakat-keusahawanan-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/23\/masterchef-iksas-upsi-serlah-kreativiti-kulinari-dan-bakat-keusahawanan-mahasiswa\/","title":{"rendered":"MasterChef IKSAS UPSI: Serlah Kreativiti Kulinari dan Bakat Keusahawanan Mahasiswa"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh: Arosce Morisin<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 13 Jun<\/strong> \u2013 Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Ekonomi dan Keusahawanan berjaya menganjurkan program \u201cMasterChef IKSAS: Battle of Taste\u201d, baru-baru ini.Program yang berlangsung dengan meriah ini bertujuan mencungkil kreativiti mahasiswa dalam bidang kulinari, selain memupuk semangat inovasi dan keusahawanan dalam penyediaan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan ini telah menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai bidang pengajian untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan hidangan berasaskan bahan utama yang diperoleh secara rawak melalui cabutan <em>mystery box<\/em>.Selain menjadi platform untuk mengetengahkan kemahiran memasak, program ini turut membuka ruang kepada para peserta untuk meneroka potensi perniagaan dalam bidang masakan dengan memberi penekanan kepada aspek kreativiti dan inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Seawal jam 7.50 pagi, para peserta mula hadir bagi sesi pendaftaran dan persiapan. Program diteruskan dengan taklimat yang merangkumi penerangan mengenai syarat pertandingan, kriteria penjurian serta cabutan bahan utama. Elemen kejutan daripada <em>mystery box<\/em> ini ternyata menjadikan cabaran lebih sengit kerana setiap kumpulan perlu menghasilkan hidangan yang kreatif dan berkualiti dalam tempoh masa yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi memasak yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit menyaksikan setiap peserta bertungkus-lumus menyediakan hidangan terbaik. Sepanjang sesi tersebut, para juri turut memantau proses penyediaan makanan bagi menilai kemahiran peserta dalam mengendalikan bahan, menguruskan masa serta memastikan hidangan yang dihasilkan memenuhi standard pertandingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selesai sesi memasak, setiap kumpulan mempersembahkan hasil nukilan mereka kepada panel juri. Penilaian pertandingan telah dikendalikan secara profesional oleh beberapa orang juri yang diketuai oleh Encik Mohd. Syahir bin Shahudin, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dari Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI. Selaku juri utama, beliau menilai setiap hidangan berdasarkan aspek rasa, kreativiti, teknik penyediaan serta persembahan makanan bagi memastikan proses penjurian adalah telus dan menepati kriteria pihak penganjur.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/81b7afbc-c0a6-4aac-bacf-5ab9371de97a.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-38866\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/81b7afbc-c0a6-4aac-bacf-5ab9371de97a.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/81b7afbc-c0a6-4aac-bacf-5ab9371de97a-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/81b7afbc-c0a6-4aac-bacf-5ab9371de97a-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/81b7afbc-c0a6-4aac-bacf-5ab9371de97a-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Encik Mohd. Syahir bin Shahudin Ketua Juri  \u201cMasterChef IKSAS: Battle of Taste\u201d<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Majlis penutupan yang bermula pada jam 2.00 petang dimeriahkan dengan ucapan daripada Pengarah Program, Saudari Nursyazhawatul Izzai binti Haipin, diikuti ucapan daripada Yang Dipertua IKSAS Sidang 2025\/2026, Saudara Wagner Nafley Daniel, dan seterusnya ucapan perasmian penutupan oleh Profesor Madya Dr. Julita@Norjietta binti Taisin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan merasmikan majlis, Profesor Madya Dr. Julita menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut. Beliau turut berharap agar lebih banyak program berteraskan pembangunan bakat mahasiswa dapat dilaksanakan pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis kemudiannya diserikan dengan gimik perasmian, sesi penyampaian cenderahati kepada perasmi serta tetamu jemputan, dan diakhiri dengan pengumuman pemenang. Hadiah disampaikan kepada para pemenang bagi kategori saguhati, tempat pertama hingga ketiga, serta anugerah khas Chef Terbaik dalam suasana dewan yang cukup gamat dengan sorakan sokongan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/9ddadc7b-9d23-4709-8531-379a781ad672-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-38867\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/9ddadc7b-9d23-4709-8531-379a781ad672-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/9ddadc7b-9d23-4709-8531-379a781ad672-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/9ddadc7b-9d23-4709-8531-379a781ad672-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/9ddadc7b-9d23-4709-8531-379a781ad672-600x337.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/9ddadc7b-9d23-4709-8531-379a781ad672.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program \u201cMasterChef IKSAS: Battle of Taste\u201d ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan pengalaman bermakna, memupuk semangat kerjasama, daya saing yang sihat, serta menyuburkan minat keusahawanan makanan dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa hadapan bagi melahirkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Arosce Morisin TANJONG MALIM, 13 Jun \u2013 Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Ekonomi dan Keusahawanan berjaya menganjurkan program \u201cMasterChef IKSAS: Battle of Taste\u201d, baru-baru ini.Program yang berlangsung dengan meriah ini bertujuan mencungkil kreativiti mahasiswa dalam bidang kulinari, selain memupuk semangat inovasi dan keusahawanan dalam penyediaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":38868,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[169],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38865"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38865"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38869,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38865\/revisions\/38869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}