{"id":38880,"date":"2026-06-23T16:24:06","date_gmt":"2026-06-23T08:24:06","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=38880"},"modified":"2026-06-23T16:24:08","modified_gmt":"2026-06-23T08:24:08","slug":"kepentingan-menerapkan-seni-dan-inovasi-dalam-memajukan-produk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/23\/kepentingan-menerapkan-seni-dan-inovasi-dalam-memajukan-produk\/","title":{"rendered":"KEPENTINGAN MENERAPKAN SENI DAN INOVASI DALAM MEMAJUKAN PRODUK"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Shah Rizzal Mohamad Ali &amp; Najahul Umam Burhan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kota Kinabalu <\/strong>\u2013 Dua kumpulan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diwakili oleh Najahul Umam dan Shah Rizzal (Rehab Rimba) serta Hafiz Akesah dan Nik Mohamad Alis (UlamNation) telah berjaya menamatkan <em>Bootcamp<\/em> SeniVasi, sebuah program intensif berimpak tinggi anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program yang berlangsung dari 14 hingga 16 Jun 2026 di Kota Kinabalu, Sabah ini memfokuskan kepada pembentukan minda usahawan kreatif melalui gabungan elemen seni dan inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tempoh tiga hari program ini, para peserta telah didedahkan kepada pengisian komprehensif, bermula dengan pembentukan <em>Creative Entrepreneurship Mindset<\/em> oleh Chester Pang iaitu pengarah dan penerbit filem Malaysia serta pengasas Can Bah Production di Sabah, yang memfokuskan pembangunan industri filem tempatan dan penghasilan kandungan kreatif. Melalui pendedahan awal ini, mahasiswa dilatih untuk berfikir seperti seorang pencipta karya yang berupaya melihat peluang perniagaan secara kreatif melalui lensa seni.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menerangkan strategi memajukan dan mengukuhkan sesebuah produk menerusi pendekatan<em> Cultural Opportunity Identification.<\/em> Pendekatan ini mendidik usahawan muda mengenal pasti potensi yang berasaskan khazanah budaya serta warisan seni tempatan, seterusnya mengangkat elemen tersebut sebagai identiti unik produk. Dalam pasaran kompetitif masa kini, elemen seni tradisi yang disuntik ke dalam reka bentuk produk mampu memberikan nilai estetika eksklusif serta impak visual yang tersendiri serta memperkukuh penjenamaan sesuatu produk.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi menterjemahkan idea tersebut ke dalam bentuk yang lebih praktikal, sesi diteruskan dengan perkongsian daripada Encik Irwin Mohamad Daud Ker, pengasas serta tenaga pengajar dalam bidang pemasaran digital yang aktif membangunkan ekosistem keusahawanan serta komuniti digital di Malaysia menerusi Level Up Academy. Beliau menerangkan kaedah <em>Design Thinking for Creative Innovation<\/em> yang boleh diaplikasikan bagi memastikan produk yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna melalui penyelesaian yang kreatif dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"472\" height=\"354\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-84.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38882\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-84.png 472w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-84-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 472px) 100vw, 472px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"377\" height=\"502\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-72.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38883\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-72.png 377w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-72-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 377px) 100vw, 377px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"360\" height=\"479\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-53.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38884\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-53.png 360w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-53-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 360px) 100vw, 360px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini seterusnya memperkukuh proses <em>Creative Product Development<\/em>, iaitu fasa yang menggabungkan elemen seni tradisi dengan inovasi teknologi mampan bagi menghasilkan produk yang bukan sahaja bernilai tinggi, malah mampu berevolusi menjadi rekaan <em>premium<\/em> yang relevan dengan kehendak serta perkembangan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Penerapan seni dan inovasi sebegini bukan sahaja memperkukuh fungsi fizikal produk, malah mewujudkan hubungan emosi yang lebih bermakna antara jenama dan pengguna. Melalui gabungan elemen kreatif tersebut, nilai komersial sesebuah produk dapat dipertingkatkan, sekali gus membuka peluang untuk menembusi pasaran domestik mahupun global.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan wakil UPSI dalam <em>bootcamp<\/em> ini secara tidak langsung memberi pendedahan serta membuka ruang kepada pembentukan mahasiswa yang berfikiran kreatif dan inovatif. Diharapkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dan dikongsikan, seterusnya menyumbang kepada pemerkasaan budaya keusahawanan kreatif yang lebih dinamik dalam kalangan warga universiti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Shah Rizzal Mohamad Ali &amp; Najahul Umam Burhan Kota Kinabalu \u2013 Dua kumpulan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diwakili oleh Najahul Umam dan Shah Rizzal (Rehab Rimba) serta Hafiz Akesah dan Nik Mohamad Alis (UlamNation) telah berjaya menamatkan Bootcamp SeniVasi, sebuah program intensif berimpak tinggi anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":38881,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[107,194],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38880"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38880"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38880\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38885,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38880\/revisions\/38885"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38881"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38880"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38880"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38880"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}