{"id":38975,"date":"2026-06-26T16:27:39","date_gmt":"2026-06-26T08:27:39","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=38975"},"modified":"2026-06-26T16:27:41","modified_gmt":"2026-06-26T08:27:41","slug":"program-upsi-barber-battle-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/26\/program-upsi-barber-battle-2026\/","title":{"rendered":"PROGRAM UPSI BARBER BATTLE 2026"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nur Amalin Izzah Zaharruddin<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 21 Jun 2026 &#8211; Persatuan Mahasiswa Teknologi Kejuruteraan (PERMATEK), Fakulti Teknikal &amp;\u00a0 Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya\u00a0 menganjurkan Program UPSI Barber Battle di Dewan SITC, UPSI. Program yang\u00a0 berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini merupakan inisiatif Exco\u00a0 Ekonomi dan Keusahawanan PERMATEK sidang 2025\/2026 dan kalobarasi bersama\u00a0 Barberbus bagi memupuk keyakinan diri, disiplin serta meningkatkan daya saing yang\u00a0 sihat dalam kalangan peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti program dimulakan dengan taklimat tentang syarat dan peraturan\u00a0 pertandingan potong rambut kepada para peserta. Pertandingan barber kemudiannya\u00a0 dijalankan mengikut kategori yang telah ditetapkan dengan penyertaan 12 peserta\u00a0 daripada pelbagai latar belakang. Para peserta menunjukkan kemahiran, kreativiti dan\u00a0 komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Setiap peserta\u00a0 mempamerkan teknik guntingan, kemasan serta gaya potongan yang kemas dan\u00a0 menarik mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini turut menyerlahkan bakat\u00a0 peserta dalam menghasilkan potongan rambut yang berkualiti serta memenuhi\u00a0 kehendak pelanggan dan penilaian juri.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"383\" height=\"454\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-84.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38977\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-84.png 383w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-84-253x300.png 253w\" sizes=\"(max-width: 383px) 100vw, 383px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"335\" height=\"420\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/5-41.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38978\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/5-41.png 335w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/5-41-239x300.png 239w\" sizes=\"(max-width: 335px) 100vw, 335px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Poster pendaftaran dan maklumat program<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Aktiviti program diakhiri dengan ketibaan Penasihat PERMATEK yang turut\u00a0 memeriahkan majlis penutupan program. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan\u00a0 daripada pengacara majlis, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak, diikuti\u00a0 dengan bacaan doa. Seterusnya, Penasihat PERMATEK menyampaikan ucapan\u00a0 yang menekankan kepentingan mengasah kemahiran, kreativiti dan sikap profesional\u00a0 dalam bidang barbering sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan pada masa\u00a0 hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada para juri&nbsp; sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen mereka sepanjang&nbsp; pertandingan berlangsung. Seterusnya, hadiah disampaikan kepada para pemenang&nbsp; pertandingan barber mengikut kategori yang telah ditetapkan. Program diakhiri&nbsp; dengan sesi fotografi bersama para peserta, juri, urus setia dan tetamu jemputan&nbsp; sebagai kenang-kenangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Program Pertandingan Barber 2026 telah berjaya mencapai\u00a0 objektif yang ditetapkan serta menjadi platform yang berkesan dalam mencungkil\u00a0 bakat, meningkatkan kemahiran dan memupuk kreativiti peserta dalam bidang\u00a0 dandanan rambut. Selain itu, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim,\u00a0 meningkatkan keyakinan diri peserta serta memberi pendedahan kepada mereka\u00a0 mengenai standard dan etika profesional dalam industri barbering.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, Program Pertandingan Barber 2026 telah berjaya mencapai objektif&nbsp; yang ditetapkan dengan menggabungkan elemen kemahiran, kreativiti dan&nbsp; pembangunan bakat dalam satu platform yang bermanfaat. Pertandingan yang&nbsp; dianjurkan bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan dan&nbsp; meningkatkan kemahiran dalam bidang dandanan rambut, malah turut menjadi&nbsp; medium untuk menggalakkan perkongsian ilmu serta pengalaman antara peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini juga berjaya mewujudkan suasana yang positif dan kompetitif melalui\u00a0 persaingan yang sihat, sekali gus meningkatkan keyakinan diri serta semangat\u00a0 profesionalisme dalam kalangan peserta. Selain itu, penglibatan para juri, urus setia\u00a0 dan tetamu jemputan telah menyumbang kepada kelancaran program serta\u00a0 mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pihak yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"885\" height=\"497\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-78.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38979\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-78.png 885w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-78-300x168.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-78-768x431.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-78-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 885px) 100vw, 885px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Juri menilai hasil guntingan peserta<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"814\" height=\"458\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-58.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-38980\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-58.png 814w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-58-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-58-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-58-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 814px) 100vw, 814px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi fotografi bersama pemenang<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Oleh itu, program seumpama ini wajar diteruskan pada masa hadapan bagi\u00a0 mencungkil lebih ramai bakat baharu, meningkatkan kemahiran peserta serta\u00a0 memberi pendedahan yang lebih luas terhadap peluang dan perkembangan dalam\u00a0 industri barbering. Program ini juga berpotensi menjadi platform yang berkesan dalam\u00a0 melahirkan individu yang berkemahiran, kreatif dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Amalin Izzah Zaharruddin Tanjong Malim, 21 Jun 2026 &#8211; Persatuan Mahasiswa Teknologi Kejuruteraan (PERMATEK), Fakulti Teknikal &amp;\u00a0 Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya\u00a0 menganjurkan Program UPSI Barber Battle di Dewan SITC, UPSI. Program yang\u00a0 berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini merupakan inisiatif Exco\u00a0 Ekonomi dan Keusahawanan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":38976,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38975"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38975"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38975\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38981,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38975\/revisions\/38981"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38976"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}