{"id":39028,"date":"2026-06-29T08:55:32","date_gmt":"2026-06-29T00:55:32","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39028"},"modified":"2026-06-29T08:55:34","modified_gmt":"2026-06-29T00:55:34","slug":"empowering-polymer-planet-mahasiswa-upsi-bawa-teknologi-bahan-ke-komuniti-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/29\/empowering-polymer-planet-mahasiswa-upsi-bawa-teknologi-bahan-ke-komuniti-sekolah\/","title":{"rendered":"EMPOWERING POLYMER PLANET: MAHASISWA UPSI BAWA TEKNOLOGI BAHAN KE KOMUNITI SEKOLAH"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>BATANG KALI, 25 Jun<\/strong> \u2013 Seramai 120 orang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Batang Kali berpeluang meneroka dunia teknologi bahan menerusi Program SULAM <em>Empowering Polymer Planet<\/em> yang dilaksanakan oleh mahasiswa kursus VRT3013 Teknologi Bahan, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Program berasaskan <em>Service Learning Malaysia \u2013 University for Society<\/em> (SULAM) ini memberi peluang kepada mahasiswa UPSI untuk memindahkan ilmu berkaitan bahan polimer kepada komuniti sekolah melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan aktiviti hands-on.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi pelbagai aktiviti interaktif, murid didedahkan kepada konsep polimer, penggunaan resin dan penghasilan produk kreatif menggunakan bahan hiasan serta bahan semula jadi. Aktiviti tersebut bukan sahaja membantu murid memahami aplikasi teknologi bahan dalam kehidupan seharian, malah merangsang kreativiti, inovasi dan semangat kerja berpasukan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"518\" height=\"389\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-88.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39030\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-88.png 518w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-88-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 518px) 100vw, 518px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Mahasiswa UPSI membimbing murid SK Batang Kali dalam aktiviti penghasilan produk berasaskan polimer secara hands-on.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"502\" height=\"377\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-81.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39031\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-81.png 502w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-81-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 502px) 100vw, 502px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Murid menunjukkan kreativiti dalam menghasilkan produk menggunakan bahan resin dan bahan hiasan.<\/em><br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"575\" height=\"431\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-61.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39032\" style=\"width:273px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-61.png 575w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-61-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 575px) 100vw, 575px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Pihak UPSI dan SK Batang Kali bergambar selepas majlis penutupan dan penyampaian penghargaan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pensyarah kursus VRT3013 Teknologi Bahan, Dr. Abdul Muqsith Ahmad berkata pelaksanaan SULAM membolehkan mahasiswa menghubungkan teori yang dipelajari di bilik kuliah dengan keperluan sebenar masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kursus Teknologi Bahan tidak hanya menekankan aspek teori dan sifat bahan, malah memberi pendedahan kepada aplikasi sebenar bahan dalam kehidupan dan industri.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut mendapat sokongan Ts. Dr. Siti Faizzatul Aqmal binti Mohamad Mohsin yang sentiasa menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti pemindahan ilmu dan pengukuhan hubungan universiti dengan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Azamuddin bin Azahari berkata pengalaman mengendalikan program bersama murid sekolah memberi nilai tambah yang besar kepada mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini mengajar kami bagaimana untuk menyampaikan ilmu teknologi bahan dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Kami bukan sahaja mempelajari ilmu di universiti, malah belajar tentang kepimpinan, komunikasi dan tanggungjawab sosial,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Pengarah Program, Rachel Res Anak Robert menyifatkan penglibatan secara langsung bersama murid sekolah sebagai pengalaman yang sangat bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelihat keterujaan murid-murid ketika menghasilkan produk mereka sendiri memberikan kepuasan kepada kami sebagai fasilitator. Pengalaman ini menjadikan pembelajaran di universiti lebih bermakna kerana kami dapat menyumbang kepada masyarakat,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Guru Besar SK Batang Kali, Puan Siti Hadijah Ibrahim pula menyambut baik pelaksanaan program tersebut dan berharap kerjasama antara UPSI dan sekolah dapat diteruskan pada masa akan datang. Menurut beliau, pendekatan pembelajaran secara amali dan kreatif yang dibawa oleh mahasiswa UPSI berjaya menarik minat murid terhadap sains dan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram seperti ini memberikan pengalaman baharu kepada murid-murid dan membuka ruang kepada mereka untuk mengenali bidang sains, teknologi dan pendidikan tinggi dengan lebih dekat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, murid-murid menunjukkan penglibatan yang sangat aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan membolehkan konsep polimer diterjemahkan kepada aktiviti yang mudah difahami oleh murid sekolah rendah.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) melalui penerapan kreativiti, inovasi dan penggunaan bahan secara lestari.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, <em>Empowering Polymer Planet<\/em> membuktikan bahawa kursus VRT3013 Teknologi Bahan bukan sekadar dipelajari di dalam bilik kuliah, malah mampu diterjemahkan kepada masyarakat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui inisiatif seperti ini, UPSI terus memperkukuhkan peranannya sebagai universiti yang melahirkan graduan berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya memberikan impak kepada masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BATANG KALI, 25 Jun \u2013 Seramai 120 orang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Batang Kali berpeluang meneroka dunia teknologi bahan menerusi Program SULAM Empowering Polymer Planet yang dilaksanakan oleh mahasiswa kursus VRT3013 Teknologi Bahan, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program berasaskan Service Learning Malaysia \u2013 University for Society (SULAM) ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39029,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[151,172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39028"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39028"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39028\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39033,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39028\/revisions\/39033"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39029"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39028"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39028"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39028"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}