{"id":39114,"date":"2026-06-30T08:45:40","date_gmt":"2026-06-30T00:45:40","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39114"},"modified":"2026-06-30T08:45:42","modified_gmt":"2026-06-30T00:45:42","slug":"buku-braille-pertama-keusahawanan-di-malaysia-buka-laluan-orang-buta-menjadi-usahawan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/30\/buku-braille-pertama-keusahawanan-di-malaysia-buka-laluan-orang-buta-menjadi-usahawan\/","title":{"rendered":"BUKU BRAILLE PERTAMA KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA BUKA LALUAN ORANG BUTA MENJADI USAHAWAN"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Dr. Mohamad Rohieszan Ramdan<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, \u2013 Kekurangan bahan rujukan keusahawanan dalam format Braille bukan lagi penghalang kepada komuniti orang buta untuk menceburi dunia perniagaan apabila buku keusahawanan Braille pertama di Malaysia, <em>Memperkasa Asas Berniaga (MAB)<\/em>, berjaya diterbitkan hasil penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Penerbitan buku yang mengandungi tiga jilid dalam tulisan Braille itu merupakan satu langkah signifikan dalam memperkasakan golongan kurang upaya penglihatan agar mampu membina perniagaan sendiri, sekali gus menyokong agenda keusahawanan inklusif negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua penyelidik, Dr. Mohamad Rohieszan Ramdan, berkata idea menghasilkan buku tersebut tercetus selepas projek perundingan bersama Malaysian Association for the Blind (MAB) pada tahun 2024 mendapati usahawan orang buta berdepan kekurangan bahan pembelajaran dan panduan perniagaan yang mudah diakses.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Ramai individu buta mempunyai semangat tinggi untuk berniaga, namun mereka tidak mempunyai bahan rujukan yang sesuai. Keperluan inilah yang mendorong kami menghasilkan buku keusahawanan dalam format Braille supaya ilmu perniagaan dapat diakses secara sama rata,&#8221;<\/em> katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, penerbitan buku itu direalisasikan menerusi Geran Fundamental Research Grant Scheme \u2013 Exploratory Concept (FRGS-EC) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM30,000, sekali gus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan penyelidikan, jalinan kerjasama strategik serta penerbitan buku sepanjang tempoh tiga tahun.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"375\" height=\"281\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-106.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39116\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-106.png 375w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/1-106-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 375px) 100vw, 375px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">aktiviti perundingan bersama bakal usahawan dalam kalangan orang buta di MAB<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"375\" height=\"281\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-98.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39117\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-98.png 375w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-98-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 375px) 100vw, 375px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">aktiviti perundingan bersama bakal usahawan dalam kalangan orang buta di MAB<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"381\" height=\"468\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-71.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39118\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-71.png 381w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-71-244x300.png 244w\" sizes=\"(max-width: 381px) 100vw, 381px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">buku penerbitan yang dihasilkan bersama Dr. Mohamad Rohieszan Ramdan dan mentor Prof. Madya Datin Dr. Nor Liza Abdullah<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Diterbitkan oleh Penerbit UPSI pada tahun 2025, buku <em>Memperkasa Asas Berniaga (MAB) dalam Kalangan Usahawan Kurang Upaya Penglihatan<\/em> menghimpunkan pelbagai panduan praktikal termasuk pembinaan keyakinan diri, pengurusan kewangan, strategi pemasaran digital, penggunaan aplikasi WhatsApp Business dan TikTok serta langkah-langkah memulakan perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih membanggakan, penerbitan itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Malaysian Association for the Blind (MAB), MARDI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta institusi pengajian tinggi, menjadikannya antara contoh terbaik kolaborasi akademia dan komuniti dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain menjadi bahan rujukan, buku tersebut dijangka membuka peluang lebih luas kepada individu buta untuk berdikari melalui keusahawanan, sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek penyelidikan itu turut mendapat bimbingan mentor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Dr. Nor Liza Abdullah, dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dibentangkan pada QS Reimagine Education Awards &amp; Conference 2024 di London dalam kategori Access, Diversity &amp; Inclusion.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti bahawa penyelidikan universiti mampu diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar yang memberi manfaat kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;UPSI komited memperkasakan penyelidikan berimpak tinggi yang bukan sahaja menghasilkan inovasi, malah mampu meningkatkan kesejahteraan komuniti, khususnya golongan rentan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan yang memberi nilai tambah kepada negara,&#8221;<\/em> katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Penerbitan buku Memperkasa Asas Berniaga (MAB) bukan sekadar mencipta sejarah sebagai buku keusahawanan Braille pertama di Malaysia, malah membuka lembaran baharu kepada usaha memperluaskan akses pendidikan keusahawanan tanpa mengira batas fizikal. Ia membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukanlah penghalang untuk melihat masa depan yang lebih cerah melalui dunia perniagaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Dr. Mohamad Rohieszan Ramdan TANJONG MALIM, \u2013 Kekurangan bahan rujukan keusahawanan dalam format Braille bukan lagi penghalang kepada komuniti orang buta untuk menceburi dunia perniagaan apabila buku keusahawanan Braille pertama di Malaysia, Memperkasa Asas Berniaga (MAB), berjaya diterbitkan hasil penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penerbitan buku yang mengandungi tiga jilid dalam tulisan Braille [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39115,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[79],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39114"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39114"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39114\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39119,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39114\/revisions\/39119"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39115"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39114"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39114"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39114"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}