{"id":39139,"date":"2026-06-30T15:04:53","date_gmt":"2026-06-30T07:04:53","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39139"},"modified":"2026-06-30T15:04:55","modified_gmt":"2026-06-30T07:04:55","slug":"bengkel-physics-fun-learning-5-0-menyemai-minat-fizik-melalui-pembelajaran-berasaskan-pengalaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/06\/30\/bengkel-physics-fun-learning-5-0-menyemai-minat-fizik-melalui-pembelajaran-berasaskan-pengalaman\/","title":{"rendered":"BENGKEL PHYSICS FUN LEARNING 5.0 MENYEMAI MINAT FIZIK MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Dr. Rosazley Ramly, Dr. Siti Nursaila Alias, Dr. Anis Nazihah Mat Daud, Dr. Anis Diyana Halim, Dr. Husnul Fuad Zein dan En. Wan Zul Adli Wan Mokhtar<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 27 Jun 2026 \u2013 Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menganjurkan programPhysics Fun Learning 5.0 bertempat di Blok 4, Fakulti Sains dan Matematik. Program ini bertujuan memupuk minat pelajar terhadap bidang Fizik melalui aktiviti eksperimen yang interaktif dan menyeronokkan. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu telah melibatkan 34 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan makan pagi sebelum para peserta diberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Sepanjang bengkel, para peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan berpeluang mengikuti tujuh stesen eksperimen yang merangkumi pelbagai topik Fizik.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara aktiviti yang dijalankan ialah eksperimen Gerakan Jatuh Bebas bagi topik Daya dan Gerakan, Inferens Gelombang Air bagi topik Gelombang, Pembentukan Imej oleh Kanta dan Pembentukan Imej oleh Cermin Sfera bagi topik Cahaya dan Optik. Selain itu, peserta turut menjalankan eksperimen Tekanan Cecair, Prinsip Archimedes, serta Aruhan Elektromagnet yang memberi pendedahan kepada konsep-konsep Fizik secara <em>hands-on<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"897\" height=\"641\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-101.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39141\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-101.png 897w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-101-300x214.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-101-768x549.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/2-101-600x429.png 600w\" sizes=\"(max-width: 897px) 100vw, 897px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"897\" height=\"520\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-94.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39142\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-94.png 897w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-94-300x174.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-94-768x445.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/3-94-600x348.png 600w\" sizes=\"(max-width: 897px) 100vw, 897px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"902\" height=\"556\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-73.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39143\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-73.png 902w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-73-300x185.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-73-768x473.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/4-73-600x370.png 600w\" sizes=\"(max-width: 902px) 100vw, 902px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, para peserta dapat menghubungkan teori yang dipelajari di bilik darjah dengan situasi sebenar melalui pemerhatian, pengukuran dan analisis eksperimen. Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman konsep, malah menggalakkan pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Program diteruskan dengan sesi refleksi yang memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman serta pengetahuan baharu yang diperoleh sepanjang bengkel. Maklum balas yang diterima menunjukkan para peserta amat teruja dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran Physics Fun Learning 5.0 mencerminkan komitmen UPSI dalam memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya bidang Fizik serta menjalinkan hubungan strategik dengan sekolah-sekolah bagi melahirkan generasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan kesedaran dan minat pelajar terhadap sains serta teknologi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Dr. Rosazley Ramly, Dr. Siti Nursaila Alias, Dr. Anis Nazihah Mat Daud, Dr. Anis Diyana Halim, Dr. Husnul Fuad Zein dan En. Wan Zul Adli Wan Mokhtar Tanjong Malim, 27 Jun 2026 \u2013 Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menganjurkan programPhysics Fun Learning 5.0 bertempat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39140,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39139"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39139"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39144,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39139\/revisions\/39144"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39140"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}