{"id":39165,"date":"2026-07-01T15:28:12","date_gmt":"2026-07-01T07:28:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39165"},"modified":"2026-07-01T15:28:14","modified_gmt":"2026-07-01T07:28:14","slug":"program-iksas-foodshare-kindness-shared-daily-perkukuh-kebajikan-mahasiswa-sabah-di-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/01\/program-iksas-foodshare-kindness-shared-daily-perkukuh-kebajikan-mahasiswa-sabah-di-upsi\/","title":{"rendered":"PROGRAM IKSAS FOODSHARE: KINDNESS SHARED DAILY PERKUKUH KEBAJIKAN MAHASISWA SABAH DI UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Arosce Morisin<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 24 Jun<\/strong> \u2013 Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Kebajikan dan Sosial telah menganjurkan program \u201cIKSAS <em>FoodShare: Kindness Shared Daily\u201d<\/em> sebagai usaha menjaga kebajikan mahasiswa Sabah di UPSI, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta memastikan mereka mendapat akses makanan yang mencukupi.<\/p>\n\n\n\n<p>Program kebajikan ini menyediakan makanan yang siap dimasak kepada mahasiswa UPSI, khususnya anak-anak Sabah yang berhadapan dengan cabaran kos sara hidup semasa. Inisiatif ini juga mencerminkan keprihatinan IKSAS terhadap kebajikan dan kesejahteraan ahli persatuan serta mahasiswa Sabah secara keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program telah berlangsung pada 24 Jun 2026 (Rabu) bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di dua lokasi iaitu Kafe Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Kampus Sultan Azlan Shah&nbsp; (KSAS) Dan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS).<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang mahasiswa Sabah di UPSI yang memerlukan khususnya mahasiswa yang terdiri daripada golongan B40. Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ramai mahasiswa Sabah menunjukkan minat untuk mendapatkan manfaat daripada program yang dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pengarah program saudari, Siti Nurfahtiha binti Alzan, berkata program ini bertujuan untuk membantu mahasiswa yang memerlukan di samping memupuk nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan warga kampus. \u201cProgram seperti ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian mahasiswa, malah mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti mahasiswa Sabah di UPSI,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, menurut salah seorang peserta program iaitu saudara Muhammad Ikhwan Abdul Kasim berkata \u201c saya berharap agar program kebajikan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana memberi manfaat besar kepada mahasiswa dan selaras dengan matlamat IKSAS untuk menjaga kebajikan pelajar Sabah di UPSI\u201d. Menurutnya lagi, pemberian makanan yang telah sedia dimasak merupakan satu kelainan berbanding program bantuan makanan sebelum ini yang lebih tertumpu kepada makanan mentah dan barangan keperluan asas, manakala kali ini berbeza sedikit kerana peserta menerima makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program IKSAS <em>FoodShare:Kindness Shared Daily<\/em> membuktikan komitmen IKSAS dalam menjaga kebajikan mahasiswa Sabah serta menyemarakkan budaya prihatin dan saling berkongsi rezeki dalam kalangan warga universiti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"710\" height=\"472\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39167\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-1.png 710w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-1-300x199.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-1-600x399.png 600w\" sizes=\"(max-width: 710px) 100vw, 710px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program ini berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan apabila menerima pelbagai maklum balas positif daripada para penerima manfaat. Rata-rata peserta menyatakan penghargaan terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak penganjur dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian mahasiswa. Malah, terdapat cadangan agar program seumpama ini dijadikan aktiviti berkala bagi memastikan lebih ramai mahasiswa berpeluang menerima bantuan yang disediakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur pula, berharap agar inisiatif ini dapat menjadi platform yang berterusan dalam menjaga kebajikan mahasiswa Sabah di UPSI. Selain membantu memenuhi keperluan asas pelajar, program ini turut diharapkan dapat memupuk nilai keprihatinan, memperkukuhkan semangat kekeluargaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa yang berada jauh dari kampung halaman selari dengan slogan \u201c<em>We Care, We Share<\/em>\u201d yang menjadi simbol semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam membantu mereka yang memerlukan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Arosce Morisin TANJONG MALIM, 24 Jun \u2013 Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Kebajikan dan Sosial telah menganjurkan program \u201cIKSAS FoodShare: Kindness Shared Daily\u201d sebagai usaha menjaga kebajikan mahasiswa Sabah di UPSI, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta memastikan mereka mendapat akses [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39166,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[169],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39165"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39165"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39165\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39168,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39165\/revisions\/39168"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39166"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39165"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39165"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39165"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}