{"id":39206,"date":"2026-07-02T15:06:33","date_gmt":"2026-07-02T07:06:33","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39206"},"modified":"2026-07-02T15:06:34","modified_gmt":"2026-07-02T07:06:34","slug":"satu-titik-seribu-makna-program-derma-darah-semai-nilai-prihatin-dalam-kalangan-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/02\/satu-titik-seribu-makna-program-derma-darah-semai-nilai-prihatin-dalam-kalangan-mahasiswa\/","title":{"rendered":"Satu Titik, Seribu Makna: Program Derma Darah Semai Nilai Prihatin dalam Kalangan Mahasiswa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nur Athirah Hasnan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 17 Mei 2026<\/strong>&#8211; Program Derma Darah <em>\u201cSatu Titik, Seribu Makna\u201d<\/em> yang telah dianjurkan oleh Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama pihak Hospital Slim River (Unit Tabung Darah). Program ini telah diadakan di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Blok 9 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa serta warga kampus.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendermaan darah serta menggalakkan budaya kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa. Selain membantu menambah bekalan darah di hospital program ini turut menjadi platform untuk memupuk nilai kemanusiaan, empati dan tanggungjawab sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Seawal jam 9.00 pagi, para peserta mula hadir bagi menjalani proses pendaftaran dan saringan kesihatan yang dikendalikan oleh petugas daripada Hospital Slim River. Peserta yang melepasi saringan kemudiannya dibenarkan untuk meneruskan proses pendermaan darah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"214\" height=\"381\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39208\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-5.png 214w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-5-169x300.png 169w\" sizes=\"(max-width: 214px) 100vw, 214px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"214\" height=\"381\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39209\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-5.png 214w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-5-169x300.png 169w\" sizes=\"(max-width: 214px) 100vw, 214px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"214\" height=\"381\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39210\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-3.png 214w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-3-169x300.png 169w\" sizes=\"(max-width: 214px) 100vw, 214px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program ini telah berjaya menarik penyertaan <strong>s<\/strong>eramai 46 orang peserta sekali gus membuktikan bahawa semangat prihatin dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial semakin subur dalam kalangan mahasiswa. Kehadiran peserta yang memberangsangkan ini menunjukkan kesediaan mereka untuk menyumbang kepada masyarakat melalui amalan pendermaan darah yang mampu menyelamatkan nyawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pihak penganjur, program ini bukan sahaja bertujuan membantu golongan yang memerlukan transfusi darah malah memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyumbang kepada masyarakat melalui satu amalan yang mudah tetapi membawa impak yang besar. Setiap beg darah yang didermakan berpotensi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan atau menghidap penyakit kronik tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan, satu sesi penyampaian cenderamata telah diadakan oleh pihak Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada wakil Hospital Slim River. Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Hospital Slim River atas kesudian bekerjasama serta memberikan khidmat profesional sepanjang program berlangsung. Selain itu, para penderma darah turut menerima Sijil Pendermaan Darah dan Buku Rekod Pendermaan Darah sebagai penghargaan atas sumbangan mereka. Pemberian ini diharap dapat menjadi galakan kepada para peserta untuk terus menyertai aktiviti pendermaan darah pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"270\" height=\"400\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39211\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-2.png 270w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-2-203x300.png 203w\" sizes=\"(max-width: 270px) 100vw, 270px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"422\" height=\"235\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/6-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39212\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/6-2.png 422w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/6-2-300x167.png 300w\" sizes=\"(max-width: 422px) 100vw, 422px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program diakhiri dengan sesi fotografi melibatkan pihak penganjur, wakil Hospital Slim River serta para peserta sebagai kenangan dan simbol kejayaan penganjuran program tersebut. Suasana yang penuh semangat kerjasama dan keprihatinan jelas terpancar sepanjang sesi berlangsung. Sepanjang program berlangsung, suasana yang penuh semangat dan keprihatinan jelas dapat dilihat dalam kalangan peserta. Ramai penderma kali pertama turut mengambil peluang untuk menyertai program ini selepas diberikan penerangan mengenai manfaat dan keselamatan proses pendermaan darah.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran Program Derma Darah <em>\u201cSatu Titik, Seribu Makna\u201d<\/em> membuktikan bahawa mahasiswa bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut memainkan peranan penting dalam aktiviti kemasyarakatan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyemarakkan semangat kesukarelawanan dan memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dengan komuniti setempat. Sesungguhnya, setiap titisan darah yang didermakan membawa harapan baharu kepada mereka yang memerlukan. Benarlah, satu titik darah mampu membawa seribu makna kepada kehidupan seseorang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Athirah Hasnan Tanjong Malim, 17 Mei 2026&#8211; Program Derma Darah \u201cSatu Titik, Seribu Makna\u201d yang telah dianjurkan oleh Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama pihak Hospital Slim River (Unit Tabung Darah). Program ini telah diadakan di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Blok 9 dan mendapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39207,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[283],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39206"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39206"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39206\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39213,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39206\/revisions\/39213"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39207"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39206"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39206"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39206"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}