{"id":39424,"date":"2026-07-13T11:45:53","date_gmt":"2026-07-13T03:45:53","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39424"},"modified":"2026-07-13T11:45:55","modified_gmt":"2026-07-13T03:45:55","slug":"matriks-pembelajaran-tahun-empat-instrumen-penambahbaikan-pendidikan-bukan-alasan-ibu-bapa-berlumba-menghantar-anak-ke-tuisyen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/13\/matriks-pembelajaran-tahun-empat-instrumen-penambahbaikan-pendidikan-bukan-alasan-ibu-bapa-berlumba-menghantar-anak-ke-tuisyen\/","title":{"rendered":"Matriks Pembelajaran Tahun Empat: Instrumen Penambahbaikan Pendidikan, Bukan Alasan Ibu Bapa Berlumba Menghantar Anak ke Tuisyen"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Dr. Azli Ariffin<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 9 Julai \u2013<\/strong> Pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun Empat yang bakal melibatkan kira-kira 400,000 murid di seluruh negara mulai Oktober ini dilihat sebagai satu langkah strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkukuhkan kualiti pendidikan negara, bukannya sebagai peperiksaan yang perlu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Kanan Kurikulum, Jabatan Pengajian Pendidikan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Azli Ariffin, berkata ibu bapa tidak perlu terlalu kalut atau terburu-buru menghantar anak ke kelas tuisyen semata-mata untuk menghadapi matriks tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, tujuan utama pelaksanaan matriks ini adalah sebagai instrumen diagnostik bagi mengenal pasti tahap penguasaan sebenar murid terhadap kemahiran asas membaca, menulis dan mengira serta kompetensi pembelajaran yang diperlukan mengikut tahap persekolahan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Matriks ini bukan bertujuan memberi tekanan kepada murid atau membandingkan pencapaian mereka, sebaliknya menyediakan data yang lebih tepat mengenai tahap penguasaan murid. Data tersebut membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap murid sebelum merancang intervensi yang lebih sistematik, berfokus dan bersesuaian dengan keperluan individu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata dapatan matriks itu juga menjadi cerminan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Guru dapat menilai semula pendekatan pengajaran yang digunakan dan seterusnya membuat penambahbaikan berdasarkan bukti serta data yang diperoleh. Ini merupakan amalan pendidikan berasaskan data yang semakin menjadi keperluan dalam sistem pendidikan moden,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr. Azli, manfaat matriks tersebut bukan sahaja kepada guru dan pihak sekolah, malah Kementerian Pendidikan Malaysia juga boleh menggunakan data yang dikumpulkan untuk membuat analisis secara menyeluruh terhadap keberkesanan dasar, kurikulum, latihan guru serta keperluan sokongan pembelajaran di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apabila data diperoleh secara sistematik di peringkat kebangsaan, kementerian mempunyai asas yang lebih kukuh untuk merancang penambahbaikan dasar pendidikan, memperkasakan kurikulum serta memastikan setiap murid menerima intervensi yang bersesuaian tanpa mengira lokasi atau latar belakang mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pelaksanaan matriks ini juga selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026\u20132035 yang memberi penekanan kepada peningkatan kemenjadian murid, kesejahteraan pendidikan, pengukuhan kualiti pengajaran serta penggunaan data dalam membuat keputusan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Fokus utama pendidikan negara hari ini bukan lagi semata-mata mengejar keputusan peperiksaan, tetapi memastikan setiap murid berkembang mengikut potensi masing-masing melalui intervensi awal yang berkesan. Data yang diperoleh daripada matriks ini mampu membantu merealisasikan matlamat tersebut,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Dr.-Azli-Ariffin-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-39426\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Dr.-Azli-Ariffin-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Dr.-Azli-Ariffin-225x300.jpeg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Dr.-Azli-Ariffin-600x800.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/Dr.-Azli-Ariffin.jpeg 810w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dr. Azli Ariffin<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa melihat pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun Empat sebagai satu usaha meningkatkan mutu pendidikan negara dan bukannya sebagai alasan untuk menambah beban pembelajaran anak-anak melalui kelas tuisyen.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa yang lebih penting ialah kerjasama erat antara ibu bapa, guru, sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memanfaatkan data yang diperoleh bagi memastikan tiada murid tercicir, sekali gus melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan sejahtera selaras dengan aspirasi pendidikan negara,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita perlu mengubah paradigma masyarakat bahawa setiap bentuk penilaian memerlukan tuisyen. Hakikatnya, sistem pendidikan yang berkualiti ialah apabila data penilaian digunakan untuk menambah baik pengajaran guru, memperkukuh pembelajaran murid dan membantu kementerian merancang dasar pendidikan yang lebih berkesan. Apabila semua pihak memanfaatkan data ini dengan sebaiknya, kita bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik, malah membentuk kemenjadian murid yang holistik, sejahtera dan berdaya saing sebagaimana dihasratkan dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026\u20132035,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Dr. Azli Ariffin Tanjong Malim, 9 Julai \u2013 Pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun Empat yang bakal melibatkan kira-kira 400,000 murid di seluruh negara mulai Oktober ini dilihat sebagai satu langkah strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkukuhkan kualiti pendidikan negara, bukannya sebagai peperiksaan yang perlu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Pensyarah Kanan Kurikulum, Jabatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39425,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39424"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39424"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39424\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39427,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39424\/revisions\/39427"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39425"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39424"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39424"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39424"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}