{"id":39476,"date":"2026-07-15T12:31:12","date_gmt":"2026-07-15T04:31:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39476"},"modified":"2026-07-15T12:31:15","modified_gmt":"2026-07-15T04:31:15","slug":"mahasiswa-pendidikan-biologi-dan-sains-upsi-pamer-inovasi-penyelidikan-pendidikan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/15\/mahasiswa-pendidikan-biologi-dan-sains-upsi-pamer-inovasi-penyelidikan-pendidikan-2\/","title":{"rendered":"MAHASISWA PENDIDIKAN BIOLOGI DAN SAINS UPSI PAMER INOVASI PENYELIDIKAN PENDIDIKAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Prof. Dr. Rosmilah Misnan &amp; Dr. Raja Farhana Raja Khairuddin<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 24 Jun \u2013 Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menganjurkan Seminar Projek Tahun Akhir yang menghimpunkan hasil penyelidikan dan inovasi pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Pendidikan Biologi dan Program Sarjana Muda Pendidikan Sains.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang diselaraskan oleh Prof. Dr. Rosmilah Misnan dan Dr. Raja Farhana Raja Khairuddin itu telah menampilkan 62 projek penyelidikan pendidikan yang terdiri daripada 29 projek Program Sarjana Muda Pendidikan Biologi dan 33 projek Program Sarjana Muda Pendidikan Sains dipersembahkan melalui sesi pameran dan pembentangan ilmiah.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"902\" height=\"412\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-31.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39478\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-31.png 902w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-31-300x137.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-31-768x351.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-31-600x274.png 600w\" sizes=\"(max-width: 902px) 100vw, 902px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dr. Noraine bersama enam pemenang Anugerah Pembentang Terbaik, penyelia dan penyelaras program.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Seminar tersebut berjaya menarik pengunjung yang terdiri daripada warga UPSI, pensyarah, serta mahasiswa daripada pelbagai fakulti. Sambutan yang memberangsangkan ini mencerminkan minat yang tinggi terhadap budaya penyelidikan, inovasi dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek yang dipamerkan menyaksikan kepelbagaian inovasi dalam pendidikan Biologi, Kimia, Fizik dan Sains. Ia merangkumi penerokaan teknologi moden seperti aplikasi kecerdasan buatan (AI), modul pembelajaran digital, permainan pendidikan, dan bahan bantu mengajar interaktif yang mampu melonjakkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang STEM.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"883\" height=\"377\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-29.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39479\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-29.png 883w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-29-300x128.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-29-768x328.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-29-600x256.png 600w\" sizes=\"(max-width: 883px) 100vw, 883px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pembentang terbaik Kategori Projek Pembangunan: Muhammad Hassan Basri bersama produk BioLingo \u00a0(kiri), Haziqah Ayuni dengan produk Meiospark Card Game (tengah), dan Nur Atiqah dengan produk Zooming Meiosis\u00a0 (kanan).<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Selain menjadi platform kepada pelajar membentangkan hasil penyelidikan kepada panel penilai, seminar ini turut memberi peluang kepada pelajar memperkukuh kemahiran komunikasi saintifik, pemikiran kritis dan profesionalisme mereka. Pelajar juga berpeluang &nbsp;menerima maklum balas daripada pakar akademik bagi menambah baik hasil penyelidikan yang berpotensi untuk diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan Fakulti Sains dan Matematik, Prof. Dr. Faizal Nizam Lee Abdullah, berkata seminar tersebut membuktikan komitmen fakulti dalam melahirkan graduan yang berupaya menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi serta inovasi yang memberi impak kepada dunia pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Seminar ini bukan sekadar platform penilaian akademik, malah menjadi medan untuk mahasiswa mempamerkan idea kreatif, inovasi serta kebolehan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Saya berharap budaya penyelidikan ini akan terus diperkasakan selaras dengan aspirasi UPSI dalam melahirkan pendidik yang berkualiti dan berdaya saing.&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"881\" height=\"416\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-23.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39480\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-23.png 881w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-23-300x142.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-23-768x363.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-23-600x283.png 600w\" sizes=\"(max-width: 881px) 100vw, 881px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pembentang terbaik Kategori Projek Empirikal: Wendy Wong Ai Ni dengan inovasi pembelajaran berasaskan projek STEM (kiri), Nur Nazirah dengan kajian Science Anxiety (tengah), dan Siti Nurmahirah dengan kajian Keberkesanan Inovasi Permainan Sains Jigsaw Puzzle (kanan).<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Jabatan Biologi, Dr. Noraine Salleh Hudin, menyifatkan seminar berkenaan sebagai kemuncak kepada usaha dan komitmen pelajar sepanjang menjalankan Projek Tahun Akhir.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Seminar ini mencerminkan kesungguhan pelajar, komitmen para penyelia serta sokongan jabatan dalam melahirkan bakal pendidik yang berupaya mengaplikasikan penyelidikan dan inovasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar, penyelia dan jawatankuasa yang telah menjayakan seminar ini.&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak seminar menyaksikan Anugerah Pembentang Terbaik disampaikan kepada enam projek yang dinilai cemerlang oleh panel penilai. Bagi Kategori Projek Pembangunan, aplikasi BioLingo oleh Muhammad Hassan Basri Bin Azman di bawah penyeliaan Prof Madya Dr. Syakirah Samsudin telah memenangi tempat pertama, diikuti Meiospark Card Game oleh Haziqah Ayuni Binti Abdul Radzif (Dr. Adibah Abu Bakar) serta inovasi bahan pembelajaran digital Zooming Meiosis oleh Nur Atiqah Binti Saniman (Prof Madya Dr. Som Cit Si Nang) di tempat ketiga. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kategori Projek Empirikal, tiga projek yang telah menerima pengiktirafan adalah Keberkesanan Inovasi Pembelajaran Berasaskan Projek (PJBL) STEM oleh Wendy Wong Ai Ni di bawah penyeliaan Dr. Wan Nurul Huda Wan Abdul Kadir di tempat pertama, kajian berkaitan Science Anxiety oleh Nur Nazirah Binti Muhammad Ibrahim (Dr. Nur Izwani Mohd Shapri) di tempat kedua dan Keberkesanan Inovasi Permainan Sains Jigsaw Puzzle (SJP) oleh Siti Nurmahirah Binti Asnain (Dr. Wan Haslinda Wan Ahmad) di tempat ketiga. Pengiktirafan ini mencerminkan kualiti penyelidikan, kreativiti dan inovasi yang dihasilkan oleh mahasiswa UPSI hasil bimbingan rapi para penyelia.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"899\" height=\"570\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39481\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-13.png 899w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-13-300x190.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-13-768x487.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/5-13-600x380.png 600w\" sizes=\"(max-width: 899px) 100vw, 899px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Suasana pameran dan sebahagian pameran yang mengetengahkan pelbagai penyelidikan dan inovasi.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Kejayaan penganjuran seminar ini membuktikan komitmen Jabatan Biologi dan Fakulti Sains dan Matematik UPSI dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan hasil penyelidikan pelajar, malah memperkukuh kerjasama antara pensyarah dan mahasiswa dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti serta berimpak dalam bidang pendidikan. Diharapkan seminar ini akan terus menjadi acara tahunan yang menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi, sekali gus melahirkan graduan yang kompeten, kreatif dan bersedia menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Prof. Dr. Rosmilah Misnan &amp; Dr. Raja Farhana Raja Khairuddin TANJONG MALIM, 24 Jun \u2013 Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menganjurkan Seminar Projek Tahun Akhir yang menghimpunkan hasil penyelidikan dan inovasi pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Pendidikan Biologi dan Program Sarjana Muda Pendidikan Sains. Program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39477,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39476"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39476"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39476\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39482,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39476\/revisions\/39482"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39477"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39476"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39476"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39476"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}