{"id":39530,"date":"2026-07-16T11:09:05","date_gmt":"2026-07-16T03:09:05","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39530"},"modified":"2026-07-16T11:09:06","modified_gmt":"2026-07-16T03:09:06","slug":"upsi-lonjak-nama-di-persada-global-menerusi-program-pendidikan-lestari-erasmus-kesatuan-eropah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/16\/upsi-lonjak-nama-di-persada-global-menerusi-program-pendidikan-lestari-erasmus-kesatuan-eropah\/","title":{"rendered":"UPSI lonjak nama di persada global menerusi Program Pendidikan Lestari Erasmus+ Kesatuan Eropah"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjong Malim, \u00a022 \u2013 23 Jun 2026 &#8211;<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukannya di persada antarabangsa menerusi penyertaan dalam Program COIL <em>Global Teachers for a Sustainable Future<\/em> (GTSF). Inisiatif berprestij di bawah agenda Erasmus+ ini dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai sebahagian daripada konsortium antarabangsa, GTSF memacu visi baharu yang progresif dalam pendidikan guru dengan menerapkan elemen kelestarian, kewarganegaraan global, dan kolaborasi digital sebagai teras utama bilik darjah. Penglibatan strategik ini jelas membuktikan komitmen global UPSI untuk melahirkan bakal pendidik pendidik masa depan yang bukan sahaja celik digital, malah peka terhadap dinamika alam sekitar global.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Bahbibi Rahmatullah, bersama dua orang ahli yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Aslina Saad (Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi &#8211; FKMT) dan Dr. Yuhanis Mohd Bakri (Fakulti Sains dan Matematik &#8211; FSM), yang juga merangkap Timbalan Pengarah di Pusat Pembangunan Akademik (PPA) UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Komitmen dan gandingan kepakaran merentas fakulti ini menjadi tunjang utama kepada kelancaran pengurusan, bimbingan, serta jaringan antarabangsa sepanjang program berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"567\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/activity--1024x567.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-39532\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/activity--1024x567.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/activity--300x166.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/activity--768x425.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/activity--600x332.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/activity-.jpeg 1422w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sebahagian aktiviti <em>GTSF Student Program<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"750\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/meeting-and-discussion.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-39533\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/meeting-and-discussion.jpeg 1000w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/meeting-and-discussion-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/meeting-and-discussion-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/meeting-and-discussion-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Semasa perbincangan kumpulan kerja bersama rakan konsortium antarabangsa dari Eropah dan Asia di Sepanyol.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program ini distrukturkan secara komprehensif selama 8 minggu, mengintegrasikan aktiviti segerak (<em>synchronous<\/em>) dan tidak segerak (<em>asynchronous<\/em>), merangkumi empat sesi langsung (live sessions) serta 30 jam akademik. Dari segi pengiktirafan antarabangsa, pelajar yang berjaya menamatkan program ini dianugerahkan 1.5 kredit ECTS (<em>European Credit Transfer and Accumulation System<\/em>). <\/p>\n\n\n\n<p>Peserta dari UPSI turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila seramai 20 orang pelajar berjaya memperoleh pensijilan COIL, manakala 7 orang pensyarah diiktiraf secara rasmi sebagai <em>Trainer &amp; Facilitator<\/em> atas bimbingan dan pemudahcaraan komited yang diberikan sepanjang program. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai kemuncak kolaborasi fizikal antarabangsa, program ini diakhiri dengan penyertaan 3 ahli penyelidik dari UPSI Malaysia dalam Mesyuarat Transnasional GTSF (<em>Erasmus+ Transnational GTSF Meeting<\/em>) pada 22 hingga 23 Jun 2026 di CEU Cardenal Herrera, Valencia, Sepanyol, yang melibatkan sesi perkongsian institusi, perbincangan projek, serta perancangan strategik bersama rakan kongsi global. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai impak program tersebut, Hilya dan Syafiq senada menyatakan bahawa program GTSF ini memberikan peluang keemasan kepada para pelajar untuk menjalinkan kerjasama strategik, berkongsi pandangan, serta mendalami konsep pembangunan lestari secara menyeluruh. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman bermakna ini bukan sahaja berjaya menyuntik pemikiran kritis dan kesedaran untuk bertindak dengan lebih bertanggungjawab, malah membuktikan bahawa impak serta perubahan yang besar kepada dunia sering kali bermula daripada tindakan-tindakan kecil yang konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, menurut pandangan pendidik daripada Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Pn. Intan Farahana, program GTSF ini memberikan faedah yang amat besar melalui pendedahan interaksi global secara dalam talian. Pendekatan ini secara tidak langsung membuka ruang yang luas bagi para pelajar untuk meneroka peluang berkomunikasi secara aktif dengan rakan sekampus dari luar negara. Tambah beliau lagi, sebagai seorang pendidik, program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal beliau dalam mengendalikan platform digital Moodle dan berinteraksi dengan pelajar antarabangsa, malah memberikan pengalaman berharga dalam memahami serta menghormati kepelbagaian budaya serta perspektif unik negara-negara lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Program GTSF menggabungkan Trek Pelajar (aktiviti kendiri dan penilaian) serta Trek Trainer\/Fasilitator (kuliah langsung dan bimbingan) secara serentak. Dilaksanakan bersama 7 rakan kongsi global termasuklah CEU Cardenal Herrera University (Sepanyol), Taras Shevchenko National University of Kyiv (Ukraine), Technische Universit\u00e4t Braunschweig (Jerman), Transilvania University of Brasov (Romania), dan Ibn Haldun University (Turki), struktur ini memastikan pembelajaran kendiri pelajar sentiasa diperkukuh dengan bimbingan langsung daripada pakar antarabangsa. Delegasi penyelidik UPSI telah menghadiri Mesyuarat Transnasional Kedua GTSF di <em>Transilvania University of Brasov<\/em> (UNITBV), Romania pada 19 hingga 21 Februari 2025 yang memfokuskan kepada bengkel latihan pensyarah (<em>training of trainers<\/em>) dan penyelarasan platform digital Moodle. Seterusnya, kesinambungan komitmen ini diteruskan melalui siri mesyuarat intensif di CEU Cardenal Herrera, Valencia, Sepanyol pada 22 hingga 23 Jun 2026 yang merangkumi perbincangan kolaborasi, perkongsian institusi, serta semakan kemajuan dan perancangan strategik penutup program bersama rakan global.Kemajuan (<em>Progress Review<\/em>), serta Perancangan Strategik.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhan, penyertaan UPSI dalam program GTSF (Erasmus+) ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dan holistik. Kejayaan 30 pelajar memperoleh persijilan COIL serta impak kehadiran fizikal 3 ahli penyelidik ke Mesyuarat Transnasional di Sepanyol membuktikan kapasiti tinggi warga UPSI di peringkat global. Gandingan kepimpinan Prof. Dr. Bahbibi Rahmatullah bersama ahli dari FKMT, FSM, dan PPA telah berjaya membawa nama instusi ke kemuncak jaringan antarabangsa. Pengalaman merentas sempadan ini diharapkan dapat melahirkan generasi pendidik masa depan yang bertindak sebagai agen perubahan global yang mapan.<br><br><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim, \u00a022 \u2013 23 Jun 2026 &#8211; Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukannya di persada antarabangsa menerusi penyertaan dalam Program COIL Global Teachers for a Sustainable Future (GTSF). Inisiatif berprestij di bawah agenda Erasmus+ ini dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah. Sebagai sebahagian daripada konsortium antarabangsa, GTSF memacu visi baharu yang progresif dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39531,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[204,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39530"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39530"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39534,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39530\/revisions\/39534"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}