{"id":39553,"date":"2026-07-16T11:51:37","date_gmt":"2026-07-16T03:51:37","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39553"},"modified":"2026-07-16T11:51:39","modified_gmt":"2026-07-16T03:51:39","slug":"program-tvet-art-memperkasa-tvet-menerusi-steam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/16\/program-tvet-art-memperkasa-tvet-menerusi-steam\/","title":{"rendered":"PROGRAM TVET-ART: MEMPERKASA TVET MENERUSI STEAM"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Ts. Dr. Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim- <\/strong>Pembangunan bakat dan potensi generasi muda melalui penerapan kreativiti, pemikiran kritis serta kemahiran teknikal merupakan antara strategi penting dalam melahirkan modal insan holistik yang memenuhi tuntutan kemahiran abad ke-21. <\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini dapat diperkukuh melalui integrasi elemen STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). STEAM bukan sekadar menambahkan unsur seni dalam STEM, sebaliknya mengetengahkan anjakan pedagogi ke arah pembelajaran yang integratif, merentas disiplin dan berasaskan aplikasi dunia sebenar. Pendekatan ini diterjemahkan melalui Program TVET-ART anjuran Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV).<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"518\" height=\"304\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-37.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39555\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-37.png 518w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-37-300x176.png 300w\" sizes=\"(max-width: 518px) 100vw, 518px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Peserta mempelajari cara menggunakan TinkerCad dan mencipta litar sendiri menerusi aktiviti <em>Breadboard-Circuit Project<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"385\" height=\"289\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-35.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39556\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-35.png 385w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/3-35-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 385px) 100vw, 385px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Peserta didedahkan kemahiran pengekodan dan pengaturcaraan asas dengan mengunakan Micro:bit menerusi aktiviti <em>MicroExplorer Project<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"445\" height=\"333\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-29.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39557\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-29.png 445w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/4-29-300x224.png 300w\" sizes=\"(max-width: 445px) 100vw, 445px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Peserta menghasilkan karya lukisan sendiri dan membina litar elektronik menerusi aktiviti <em>ArtGlow Circuit Project<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program TVET-ART dilaksanakan dalam dua sesi, masing-masing selama tiga hari, iaitu pada 22 hingga 24 Disember 2025 dan 5 hingga 7 Januari 2026. Program ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan 50 orang peserta berusia antara 7 hingga 15 tahun. Pelaksanaannya dikendalikan oleh dua orang pensyarah dan seorang penolong jurutera, iaitu Ts. Dr. Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin, Ts. Dr. Fardila Mohd Zaihidee dan Encik Mohd Soleh Huddin Hashim, serta dibantu oleh tujuh orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan, FTV. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertempat di Bengkel Elektronik, Fakulti Teknikal dan Vokasional, program ini merupakan antara inisiatif yang menyokong aspirasi pendidikan negara melalui aktiviti praktikal untuk mengasah kreativiti, pemikiran kritis, literasi teknologi dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan generasi muda depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, peserta mengikuti pelbagai aktiviti praktikal yang menggabungkan elemen seni, teknologi dan asas kejuruteraan, antaranya <em>ArtGlow Circuit Project<\/em>, <em>MicroExplorer Project<\/em> dan <em>Breadboard-Circuit Project<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti ini dirancang untuk menyemai minat generasi muda terhadap bidang STEAM dan TVET. Selain membantu peserta memahami konsep secara praktikal melalui aktiviti amali, program ini turut memupuk pemikiran kritis, kreativiti dan penguasaan kemahiran abad ke-21.<\/p>\n\n\n\n<p>Program TVET-ART menyokong aspirasi pendidikan abad ke-21 serta memperkukuh peranan universiti sebagai pusat pembelajaran komuniti dan pemangkin bakat STEAM dan TVET. Program ini membuktikan bahawa TVET boleh diperkenalkan menerusi aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif. Program seumpama ini wajar diteruskan untuk memupuk minat generasi muda terhadap TVET.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ts. Dr. Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin Tanjong Malim- Pembangunan bakat dan potensi generasi muda melalui penerapan kreativiti, pemikiran kritis serta kemahiran teknikal merupakan antara strategi penting dalam melahirkan modal insan holistik yang memenuhi tuntutan kemahiran abad ke-21. Usaha ini dapat diperkukuh melalui integrasi elemen STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dalam Pendidikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39554,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39553"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39553"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39553\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39558,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39553\/revisions\/39558"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39554"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39553"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39553"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39553"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}