{"id":39597,"date":"2026-07-17T11:13:52","date_gmt":"2026-07-17T03:13:52","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39597"},"modified":"2026-07-17T11:13:54","modified_gmt":"2026-07-17T03:13:54","slug":"aurora-pusat-kokurikulum-upsi-hampiri-pensijilan-iso-211012014-perkukuh-budaya-keselamatan-pendidikan-luar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/17\/aurora-pusat-kokurikulum-upsi-hampiri-pensijilan-iso-211012014-perkukuh-budaya-keselamatan-pendidikan-luar\/","title":{"rendered":"AURORA, PUSAT KOKURIKULUM UPSI HAMPIRI PENSIJILAN ISO 21101:2014, PERKUKUH BUDAYA KESELAMATAN PENDIDIKAN LUAR"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Aiman Hariz<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 15 Julai 2026<\/strong> \u2013 Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus melakar satu lagi pencapaian penting apabila <em>Adventure Leadership &amp; Outdoor Recreation Academy<\/em> (AURORA) telah menjalani Pra Penilaian oleh <em>National Institute of Occupational Safety and Health<\/em> (NIOSH) sebagai persediaan ke arah memperoleh Pensijilan ISO 21101:2014: <em>Adventure Tourism Safety Management Systems.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Pra penilaian yang berlangsung pada 14 hingga 15 Julai 2026 di UPSI Bilik Mesyuarat, Pusat Kokurikulum UPSI merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Kokurikulum UPSI dalam memperkukuh sistem pengurusan keselamatan bagi aktiviti pendidikan luar, rekreasi dan pelancongan mengikut piawaian antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini adalah susulan kepada Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) antara UPSI dan NIOSH yang telah berlangsung pada 16 Jun 2026, sekali gus menandakan permulaan kerjasama strategik dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan yang lebih sistematik dan mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>NIOSH turut menanggung kos latihan pensijilan dan pembangunan kompetensi bernilai hampir RM80,000.00. Sokongan tersebut merangkumi latihan, bimbingan teknikal, pembangunan dokumentasi serta persediaan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan mengikut keperluan ISO 21101:2014.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensijilan ISO 21101:2014 merupakan standard antarabangsa yang memfokuskan kepada pengurusan keselamatan dalam aktiviti rekreasi, pendidikan luar dan pelancongan. Pensijilan ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan, rakan strategik dan pihak berkepentingan terhadap kualiti pengurusan program yang dijalankan oleh AURORA, di samping memperkukuh reputasi UPSI sebagai institusi pendidikan tinggi yang mengutamakan keselamatan dalam pelaksanaan aktiviti luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pusat Kokurikulum UPSI optimis dalam memastikan usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem pendidikan luar yang lebih profesional, selamat dan bertaraf antarabangsa. Selain meningkatkan kredibiliti AURORA, pensijilan ini juga dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama bersama agensi kerajaan, industri serta institusi pendidikan dalam dan luar negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Aiman Hariz TANJONG MALIM, 15 Julai 2026 \u2013 Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus melakar satu lagi pencapaian penting apabila Adventure Leadership &amp; Outdoor Recreation Academy (AURORA) telah menjalani Pra Penilaian oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) sebagai persediaan ke arah memperoleh Pensijilan ISO 21101:2014: Adventure Tourism Safety Management [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39598,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39597"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39597"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39597\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39599,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39597\/revisions\/39599"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39598"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39597"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39597"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39597"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}