{"id":39687,"date":"2026-07-22T11:12:58","date_gmt":"2026-07-22T03:12:58","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39687"},"modified":"2026-07-22T11:12:59","modified_gmt":"2026-07-22T03:12:59","slug":"kakitangan-upsi-sertai-sesi-libat-urus-dan-pemeteraian-perjanjian-penajaan-kementerian-pendidikan-tinggi-tahun-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/22\/kakitangan-upsi-sertai-sesi-libat-urus-dan-pemeteraian-perjanjian-penajaan-kementerian-pendidikan-tinggi-tahun-2026\/","title":{"rendered":"Kakitangan UPSI Sertai Sesi Libat Urus dan Pemeteraian Perjanjian Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2026"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>PUTRAJAYA, 20 Julai 2026 \u2013<\/strong> Unit Cuti Belajar, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai Sesi Libat Urus dan Pemeteraian Perjanjian Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Za\u2019ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut menghimpunkan seramai 191 penerima tajaan daripada seluruh Universiti Awam (UA) yang berjaya memperoleh penajaan di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), Program Sub Kepakaran (SK) dan Program Pasca Kedoktoran (Post Doktoral) bagi tahun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan UPSI dalam program ini bertujuan melaksanakan proses pemeteraian perjanjian penajaan bersama KPT serta memberi sokongan kepada kakitangan universiti yang akan melanjutkan pengajian di bawah tajaan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, sesi ini turut memberi penerangan terperinci mengenai syarat-syarat penajaan, hak dan tanggungjawab penerima, serta komitmen yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pengajian.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-2-1.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-39690\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-2-1.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-2-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-2-1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-2-1-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Delegasi UPSI bergambar kenangan di Dewan Za&#8217;ba selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Pemeteraian Perjanjian Penajaan KPT bagi penerima tajaan SLAB, SLAI dan Pasca Kedoktoran bagi tahun 2026.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-3-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-39691\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-3-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-3-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-3-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-3-600x450.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/GAMBAR-3.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Turut diadakan ialah Sesi Perkongsian Ilmu: <em>How to Complete a PHD Within 3 Years? Graduate on Time<\/em> (GOT) yang disampaikan oleh YBhg. Prof.\u00a0Emeritus Dato\u2019 Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkongsian tersebut, beliau menekankan kepentingan perancangan pengajian yang sistematik, disiplin dalam pengurusan masa, serta komitmen yang tinggi bagi memastikan pelajar berjaya menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut berkongsi pelbagai tip dan amalan terbaik untuk mencapai Graduate on Time (GOT) serta menyuntik semangat dan motivasi kepada para penerima tajaan yang bakal menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Kementerian Pendidikan Tinggi dengan institusi pengajian tinggi awam dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan akademik negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Penajaan yang disediakan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam melahirkan lebih ramai tenaga akademik berkelayakan tinggi yang mampu menyumbang kepada kecemerlangan pengajaran, penyelidikan, inovasi dan pembangunan pendidikan tinggi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atas komitmen berterusan dalam menyediakan peluang penajaan kepada warga akademik. Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada semua kakitangan UPSI yang berjaya menerima penajaan Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) bagi pengajian dalam negara serta Program Pasca Kedoktoran bagi penempatan luar negara untuk tahun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga semua penerima tajaan diberikan kemudahan sepanjang pengajian, berjaya menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan (Graduate on Time \u2013 GOT), serta kembali berkhidmat dengan membawa ilmu, kepakaran dan pengalaman baharu bagi memperkukuh kecemerlangan Universiti Pendidikan Sultan Idris serta menyumbang kepada pembangunan sistem pendidikan tinggi negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA, 20 Julai 2026 \u2013 Unit Cuti Belajar, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai Sesi Libat Urus dan Pemeteraian Perjanjian Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Za\u2019ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Program tersebut menghimpunkan seramai 191 penerima tajaan daripada seluruh Universiti Awam (UA) yang berjaya memperoleh penajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39688,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[136],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39687"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39687"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39687\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39692,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39687\/revisions\/39692"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39688"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39687"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39687"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39687"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}