{"id":39780,"date":"2026-07-29T11:27:25","date_gmt":"2026-07-29T03:27:25","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39780"},"modified":"2026-07-29T11:27:28","modified_gmt":"2026-07-29T03:27:28","slug":"projek-wakaf-i-furqan-jadi-tumpuan-kunjungan-hormat-ppwz-upnm-ke-wezas-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/29\/projek-wakaf-i-furqan-jadi-tumpuan-kunjungan-hormat-ppwz-upnm-ke-wezas-upsi\/","title":{"rendered":"PROJEK WAKAF I-FURQAN JADI TUMPUAN KUNJUNGAN HORMAT PPWZ UPNM KE WEZAS UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjung Malim, 24 Julai 2026<\/strong> \u2013 Projek Wakaf Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (i-Furqan), projek wakaf pendidikan pertama UPSI, menjadi fokus utama sesi kunjungan hormat delegasi Pusat Pengurusan Wakaf dan Zakat (PPWZ), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi yang diketuai oleh Encik Ahmad Sani bin Ismail, Penolong Pendaftar Kanan PPWZ UPNM itu disambut oleh Pengarah WEZAS, Profesor Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd. Latif. Kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan strategik berkaitan tadbir urus wakaf UPSI yang merangkumi aspek dasar, strategi kutipan dana, pematuhan perundangan, pengurusan dana serta pelaksanaan projek wakaf.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi tersebut, WEZAS memperincikan pendekatan yang dilaksanakan dalam pembangunan Projek Wakaf i-Furqan, meliputi perancangan kutipan dana wakaf, pembentukan jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi dan penyumbang, pembangunan kerangka tadbir urus serta pelaksanaan pembangunan fizikal projek yang kini sedang giat berjalan.<\/p>\n\n\n\n<p>WEZAS turut membentangkan tatacara pengurusan dana wakaf UPSI susulan kelulusan pengecualian cukai yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"597\" height=\"400\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-57.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39782\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-57.png 597w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/2-57-300x201.png 300w\" sizes=\"(max-width: 597px) 100vw, 597px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Profesor Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd. Latif, Pengarah WEZAS, Kunjungan ini bukan sekadar mengeratkan hubungan antara institusi, malah menjadi platform strategik untuk memperkukuh tadbir urus wakaf melalui pendekatan yang lebih inovatif. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;WEZAS komited untuk terus memperluas kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak bagi memperkasa pembangunan wakaf pendidikan serta memberi manfaat berterusan kepada institusi serta masyarakat.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan ini diharapkan menjadi landasan kepada kerjasama strategik yang berterusan antara WEZAS UPSI dan PPWZ UPNM dalam memperkukuh ekosistem wakaf pendidikan melalui perkongsian kepakaran, pemerkasaan tadbir urus serta pelaksanaan inisiatif yang memberi nilai tambah kepada institusi dan manfaat berpanjangan kepada masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjung Malim, 24 Julai 2026 \u2013 Projek Wakaf Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (i-Furqan), projek wakaf pendidikan pertama UPSI, menjadi fokus utama sesi kunjungan hormat delegasi Pusat Pengurusan Wakaf dan Zakat (PPWZ), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), UPSI. Delegasi yang diketuai oleh Encik Ahmad Sani [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39781,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39780"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39780"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39780\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39783,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39780\/revisions\/39783"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39781"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39780"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39780"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39780"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}