{"id":39787,"date":"2026-07-29T11:30:29","date_gmt":"2026-07-29T03:30:29","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39787"},"modified":"2026-07-29T11:30:31","modified_gmt":"2026-07-29T03:30:31","slug":"wezas-upsi-santuni-waris-salur-khairat-kematian-lebih-rm11000-kepada-keluarga-arwah-norhayati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/07\/29\/wezas-upsi-santuni-waris-salur-khairat-kematian-lebih-rm11000-kepada-keluarga-arwah-norhayati\/","title":{"rendered":"WEZAS UPSI santuni waris, salur khairat kematian lebih RM11,000 kepada keluarga arwah Norhayati"},"content":{"rendered":"\n<p>TANGKAK, 24 Julai \u2013 Prihatin terhadap kebajikan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pusat Zakat, Endowmen, Wakaf, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI hari ini menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM11,270 kepada waris Allahyarhamah Norhayati binti Nasir di kediaman keluarganya di Tangkak, Johor.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh wakil WEZAS, Abd. Ghani Mansor bersama Ustaz Ahmad Sadadi Hafidz sebagai tanda keprihatinan universiti terhadap keluarga yang ditimpa musibah, di samping menzahirkan sokongan moral kepada waris Allahyarhamah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ziarah tersebut berlangsung di kediaman bapa Allahyarhamah, Nasir Saad, yang meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas keprihatinan UPSI melalui WEZAS.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Beliau seorang yang ceria, lebih-lebih lagi apabila berkumpul bersama keluarga. Sebagai anak sulung, arwah sangat mesra dengan adik-beradiknya. Saya mengucapkan terima kasih kepada UPSI kerana sudi hadir menziarahi kami dan menyampaikan sumbangan khairat ini,&#8221; katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut keluarga, Allahyarhamah merupakan anak sulung daripada lima beradik yang tabah mengharungi pelbagai ujian kesihatan sejak hampir dua dekad lalu. Beliau disahkan menghidap penyakit diabetes pada tahun 2006 sebelum mengalami kegagalan buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan dialisis bermula pada tahun 2014.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan kesihatannya semakin merosot apabila kaki kiri terpaksa dipotong pada penghujung tahun 2024, diikuti kaki kanan pada Mei lalu akibat komplikasi penyakit. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mei 2026 di Hospital Kuala Lumpur pada usia 46 tahun. Allahyarhamah Norhayati binti Nasir telah berkhidmat di UPSI selama 21 tahun sejak tahun 2004.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, WEZAS UPSI berkata penyampaian khairat kematian bukan sekadar bantuan kewangan, malah merupakan manifestasi nilai ihsan dan kebersamaan yang sentiasa menjadi teras universiti dalam menyantuni warga serta keluarga mereka ketika berdepan ujian kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui inisiatif kebajikan yang dilaksanakan secara berterusan, WEZAS komited memastikan kebajikan warga UPSI terus dipelihara, sekali gus memperkukuh budaya saling membantu dan menyemai semangat kasih sayang dalam komuniti universiti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANGKAK, 24 Julai \u2013 Prihatin terhadap kebajikan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pusat Zakat, Endowmen, Wakaf, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI hari ini menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM11,270 kepada waris Allahyarhamah Norhayati binti Nasir di kediaman keluarganya di Tangkak, Johor.&nbsp; Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh wakil WEZAS, Abd. Ghani Mansor bersama Ustaz Ahmad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39788,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39787"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39787"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39787\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39789,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39787\/revisions\/39789"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39788"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39787"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39787"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39787"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}