{"id":39878,"date":"2026-08-03T15:25:43","date_gmt":"2026-08-03T07:25:43","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39878"},"modified":"2026-08-03T15:25:46","modified_gmt":"2026-08-03T07:25:46","slug":"lawatan-pendidikan-ncdrc-upsi-perkasa-pembelajaran-autentik-dan-kelestarian-dalam-kalangan-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/08\/03\/lawatan-pendidikan-ncdrc-upsi-perkasa-pembelajaran-autentik-dan-kelestarian-dalam-kalangan-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"Lawatan Pendidikan NCDRC UPSI Perkasa Pembelajaran Autentik dan Kelestarian dalam Kalangan Kanak-kanak"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Noor Sharizad Rohaizad dan Rozita Md Rosly<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 31 Julai<\/strong> \u2013 Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh komitmennya dalam menyediakan pengalaman pembelajaran berkualiti apabila menganjurkan Program Lawatan Pendidikan Tahunan TASKA dan TADIKA NCDRC 2026 yang berlangsung sepanjang 23 &#8211; 30 Julai 2026. Program ini melibatkan penyertaan seramai 274 orang kanak-kanak bersama 325 pengiring termasuk para pendidik dan ibu bapa, menjadikannya antara program pembelajaran luar bilik darjah terbesar yang dilaksanakan oleh institusi tersebut pada tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Berlandaskan pendekatan pembelajaran melangkaui bilik darjah <em>(learning beyond the classroom),<\/em> program ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dunia sebenar melalui pengalaman autentik yang mampu merangsang sifat ingin tahu, membina pengetahuan baharu serta menghubungkan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan situasi kehidupan sebenar. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menekankan pembelajaran melalui bermain, penerokaan dan pengalaman bermakna.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"256\" height=\"339\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39880\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2.png 256w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-227x300.png 227w\" sizes=\"(max-width: 256px) 100vw, 256px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">\u00a0<br>Gambar 2: Gambar<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"304\" height=\"406\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39881\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/4.png 304w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/4-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 304px) 100vw, 304px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kanak-kanak menaiki kuda padi.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"362\" height=\"483\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39882\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5.png 362w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5-225x300.png 225w\" sizes=\"(max-width: 362px) 100vw, 362px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kanak-kanak menyiapkan tugasan melalui aplikasi bersama ibu.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, kanak-kanak mengunjungi beberapa lokasi pembelajaran yang dipilih berdasarkan objektif perkembangan mengikut umur dan tahap keupayaan masing-masing. Antara destinasi yang terlibat ialah G2G Animal Garden, Serdang, Ryverra Chocolate Story, Chocolate Museum Malaysia serta Kiddytopia, IOI City Mall Putrajaya. Setiap lokasi menawarkan pengalaman pembelajaran yang berbeza dan saling melengkapi dalam aspek perkembangan fizikal, sosial, emosi, bahasa, kognitif dan kreativiti kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun memulakan penerokaan mereka di G2G Animal Garden, sebuah pusat pembelajaran yang menggabungkan pengalaman interaktif bersama haiwan. Melalui aktiviti Ranger Family Challenge, kanak-kanak bergerak dari satu stesen ke satu stesen bagi mengenali pelbagai spesies haiwan seperti arnab, kambing, burung merak dan kura-kura. Selain itu, setiap kanak-kanak juga berpeluang menunggang kuda padi secara bergilir-gilir. Mereka bukan sekadar melihat haiwan dari jauh, malah diberi peluang membuat pemerhatian secara dekat, berinteraksi dengan haiwan yang jinak serta menjawab pelbagai soalan berkaitan habitat, makanan, ciri-ciri fizikal dan kepentingan setiap haiwan kepada manusia serta alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"529\" height=\"397\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39883\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/3.png 529w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/3-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 529px) 100vw, 529px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar kumpulan ketika di G2G: Animal Garden, Serdang.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"527\" height=\"395\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39884\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/6.png 527w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/6-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 527px) 100vw, 527px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Gambar kumpulan di Muzium Coklat sebelum pulang.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Lebih menarik, aktiviti ini disampaikan dalam bentuk cabaran interaktif yang menggalakkan kanak-kanak berfikir, berbincang dan membuat keputusan bersama rakan serta ibu bapa. Penggunaan teknologi seperti penggunaan kod QR bagi mengakses kuiz yang disediakan oleh para pendidik &nbsp;menjadikan pengalaman pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan. Kanak-kanak perlu melengkapkan setiap misi, mengambil gambar di lokasi yang ditetapkan, menjawab soalan yang disediakan dan akhirnya menerima sijil penyertaan sebagai penghargaan atas kejayaan mereka menyempurnakan cabaran tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut mengintegrasikan elemen kelestarian melalui penerapan nilai kasih sayang terhadap haiwan, penghargaan terhadap biodiversiti, kepentingan memelihara habitat semula jadi serta kesedaran bahawa manusia dan alam sekitar saling memerlukan antara satu sama lain. Pendedahan awal seperti ini diharap dapat membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar sejak usia muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas menyempurnakan aktiviti di G2G Animal Garden, kanak-kanak meneruskan lawatan ke Ryverra Chocolate Story dan Chocolate Museum Malaysia. Di sini mereka diperkenalkan kepada perjalanan penghasilan coklat bermula daripada penanaman pokok koko, proses penuaian buah, pengasingan biji koko, proses penapaian, pengeringan dan pemanggangan sebelum menjadi produk coklat yang dinikmati oleh masyarakat di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pengalaman ini, kanak-kanak dapat melihat sendiri bagaimana hasil pertanian diproses menggunakan teknologi sebelum dipasarkan kepada pengguna. Mereka turut mempelajari bahawa industri coklat bukan sahaja melibatkan aspek pertanian, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pengalaman ini membantu kanak-kanak menghubungkan pembelajaran Sains Awal, Matematik, Teknologi serta Pendidikan Kelestarian dalam konteks kehidupan sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kumpulan TASKA yang terdiri daripada bayi serta kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, pengalaman pembelajaran disesuaikan dengan tahap perkembangan mereka melalui lawatan ke Kiddytopia, IOI City Mall Putrajaya. Pusat permainan edukatif ini menyediakan pelbagai ruang permainan yang membantu merangsang perkembangan motor kasar, koordinasi pergerakan, keseimbangan, kemahiran sosial dan keyakinan diri dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang berada di Kiddytopia, kanak-kanak diberi peluang meneroka pelbagai permainan imaginatif, memanjat, melompat, berlari dan berinteraksi dengan rakan-rakan baharu. Aktiviti ini bukan sahaja membantu perkembangan fizikal, malah menggalakkan komunikasi, kerjasama dan pembentukan kemahiran sosial sejak peringkat awal kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pihak penganjur, setiap aktiviti yang dirancang sepanjang lawatan bukan sekadar bertujuan memberi hiburan kepada kanak-kanak, sebaliknya dirangka secara sistematik berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Pendidik memainkan peranan sebagai fasilitator yang membimbing kanak-kanak membuat pemerhatian, mengemukakan soalan, berkongsi idea dan menghubungkaitkan pengalaman yang diperoleh dengan pembelajaran di dalam kelas.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai penganjuran program tersebut, Timbalan Pengarah NCDRC, Dr. Nadia Shahira binti Amiruddin berkata, lawatan pendidikan merupakan antara pendekatan terbaik untuk memberi pengalaman pembelajaran yang autentik kepada kanak-kanak kerana mereka berpeluang belajar secara langsung melalui pemerhatian, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka persekitaran sebenar, berinteraksi dengan haiwan serta memahami proses penghasilan coklat secara langsung. Bagi kanak-kanak TASKA yang terdiri daripada bayi hingga berumur dua tahun pula, mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti di taman permainan dalaman (indoor playground) yang direka khas untuk merangsang perkembangan fizikal melalui aktiviti memanjat, melompat, mengimbangi badan dan koordinasi pergerakan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjelaskan bahawa pengalaman pembelajaran berasaskan pengalaman (<em>experiential learning<\/em>) seperti ini membolehkan kanak-kanak membina pengetahuan melalui penglibatan aktif, sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna berbanding pembelajaran secara pasif di dalam bilik darjah. Melalui pengalaman sebenar, kanak-kanak lebih mudah menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian, seterusnya meningkatkan daya ingin tahu dan kemahiran membuat pemerhatian. Beliau turut menjelaskan bahawa program ini turut menyokong pembangunan holistik kanak-kanak dengan memberi penekanan kepada perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi secara seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan aktif ibu bapa dalam program ini turut menjadi salah satu kekuatan utama pelaksanaannya. Kehadiran mereka bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan program, malah mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan keluarga dalam menyokong perkembangan holistik kanak-kanak. Melalui pengalaman belajar bersama, ibu bapa dapat melihat sendiri potensi anak-anak serta memahami pendekatan pembelajaran yang diamalkan di NCDRC UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP) TASKA TADIKA NCDRC UPSI, En Zulkiffli Fahmi Bin Ambia menyifatkan program lawatan pendidikan ini sebagai platform terbaik dalam mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;<\/em>Penglibatan ibu bapa dalam program seperti ini bukan sekadar membantu melancarkan perjalanan aktiviti, malah membuka ruang kepada mereka untuk menjadi rakan pembelajaran kepada anak-anak. Apabila ibu bapa belajar, meneroka dan berinteraksi bersama anak-anak, pengalaman tersebut menjadi lebih bermakna serta mampu mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk meneroka persekitaran baharu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut berharap kerjasama erat antara pihak TASKA TADIKA dan ibu bapa akan terus diperkasakan bagi memastikan setiap program yang dilaksanakan dapat memberi impak positif terhadap perkembangan menyeluruh kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah Program Lawatan TASKA TADIKA NCDRC UPSI, Dr. Syazwani Aniyah binti Manja, pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak kerana mereka berpeluang melihat, menyentuh, mengalami dan memahami sesuatu konsep melalui pengalaman sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;<\/em>Kami percaya bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan apabila mereka diberi peluang untuk meneroka persekitaran sebenar. Lawatan pendidikan ini membuka ruang kepada kanak-kanak untuk membina pengetahuan melalui pengalaman secara langsung, berinteraksi dengan persekitaran, bertanya soalan, membuat pemerhatian dan mencuba sendiri perkara baharu. Pengalaman seperti ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan kekal dalam ingatan mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, setiap lokasi lawatan dipilih dengan teliti berdasarkan objektif pembelajaran yang telah dirancang agar dapat menyokong perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial dan emosi kanak-kanak mengikut peringkat umur masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain meningkatkan pengetahuan dan pengalaman baharu, lawatan pendidikan ini turut menyemai nilai murni seperti sikap bertanggungjawab, hormat terhadap makhluk hidup, kasih sayang terhadap alam sekitar, disiplin, keyakinan diri serta semangat bekerjasama. Nilai-nilai ini merupakan asas penting dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah mempunyai sahsiah yang tinggi dan prihatin terhadap masyarakat serta alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran Program Lawatan Pendidikan TASKA dan TADIKA NCDRC 2026 membuktikan komitmen berterusan NCDRC UPSI dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak melalui pengalaman pembelajaran yang autentik, menyeronokkan dan bermakna. Pendekatan yang menggabungkan pembelajaran, penerokaan, teknologi serta nilai kelestarian ini diharapkan dapat melahirkan generasi yang berani meneroka, gemar belajar dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan selaras dengan aspirasi universiti serta agenda pembangunan modal insan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Noor Sharizad Rohaizad dan Rozita Md Rosly TANJONG MALIM, 31 Julai \u2013 Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh komitmennya dalam menyediakan pengalaman pembelajaran berkualiti apabila menganjurkan Program Lawatan Pendidikan Tahunan TASKA dan TADIKA NCDRC 2026 yang berlangsung sepanjang 23 &#8211; 30 Julai 2026. Program ini melibatkan penyertaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39879,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39878"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39878"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39878\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39885,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39878\/revisions\/39885"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39879"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39878"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39878"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39878"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}