{"id":39929,"date":"2026-08-10T14:31:12","date_gmt":"2026-08-10T06:31:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=39929"},"modified":"2026-08-10T14:31:14","modified_gmt":"2026-08-10T06:31:14","slug":"inisiatif-bersasar-dalam-usaha-melonjakkan-kebolehpasaran-graduan-dan-kualiti-pengajian-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/08\/10\/inisiatif-bersasar-dalam-usaha-melonjakkan-kebolehpasaran-graduan-dan-kualiti-pengajian-tinggi\/","title":{"rendered":"INISIATIF BERSASAR DALAM USAHA MELONJAKKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DAN KUALITI PENGAJIAN TINGGI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Khoirun Nisya Ruslan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM<\/strong> \u2014 Usaha memantau serta meningkatkan kebolehpasaran dan kualiti pengajian tinggi negara terus diperkasa menerusi pelaksanaan taklimat Jerayawara Survei Pengalaman Pelajar di Institusi (SPPdI), Sistem Kajian Pengesan Graduan (SKPG), dan SKPG 2.0. <\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini dijalankan secara atas talian sepenuhnya dari 29 Julai hingga 6 Ogos bagi memudahkan capaian para bakal graduan UPSI 2026. <\/p>\n\n\n\n<p>Siri perjumpaan maya yang disertai seramai 4801 pelajar keseluruhan ini dibahagikan mengikut slot berasaskan fakulti bermula dengan FSM dan FPE, seterusnya diikuti fakulti lain bagi memastikan penyampaian maklumat yang berfokus.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"477\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39931\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-3.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-3-300x152.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-3-768x389.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-3-600x304.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"462\" height=\"231\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/3-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39932\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/3-3.png 462w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/3-3-300x150.png 300w\" sizes=\"(max-width: 462px) 100vw, 462px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Menerusi sesi ini, pihak EDGE memberikan panduan teknikal langkah demi langkah mengenai pengisian SPPdI serta kaedah kemaskini data status pekerjaan di portal SKPG dan SKPG 2.0. <\/p>\n\n\n\n<p>Langkah pengasingan instrumen SPPdI dilakukan agar penilaian pengalaman institusi dapat dibuat semasa ingatan pelajar masih segar, manakala SKPG 2.0 difokuskan untuk kemaskini status pekerjaan secara berterusan selepas konvokesyen. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian instrumen digital tanpa kertas ini merupakan syarat wajib bagi pengambilan jubah konvokesyen dan pengesahan kelayakan penamatan pengajian. Pelajar turut diberi makluman jelas mengenai tarikh akhir SPPdI pada 21 Oktober dan fasa pengisian SKPG dari 2 November hingga 24 Februari.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelaskan kepentingan program ini, Timbalan Pengarah EDGE, Dr. Siti Shuhaida binti Shukor menekankan bahawa pengumpulan data berasaskan fakta amat kritikal bagi perancangan dasar masa hadapan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pelaksanaan jerayawara maya ini merupakan langkah strategik Pusat EDGE untuk memberi bimbingan lengkap agar pelajar memasukkan data yang sahih. Data SKPG ini turut dikongsi bersama agensi utama seperti SPA, SPP, PERKESO, dan IRDA bagi proses <em>crosscheck<\/em> latar belakang akademik graduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumat tepat daripada bakal pemimpin negara ini menjadi asas kepada KPT dalam merangka polisi pekerjaan yang berkesan, sekali gus melonjakkan kadar kebolehpasaran graduan (GE) UPSI ke tahap yang lebih cemerlang,&#8221; ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, pihak EDGE turut menyuntik kesedaran agar graduan bersikap proaktif, memanfaatkan kemudahan internet untuk mencari peluang kerjaya, serta tidak membataskan potensi diri dalam memohon kekosongan jawatan. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"437\" height=\"235\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/4-4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39935\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/4-4.png 437w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/4-4-300x161.png 300w\" sizes=\"(max-width: 437px) 100vw, 437px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"922\" height=\"462\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-39934\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5-2.png 922w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5-2-300x150.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5-2-768x385.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/5-2-600x301.png 600w\" sizes=\"(max-width: 922px) 100vw, 922px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Universiti turut komited memberikan sokongan padu menerusi penajaan yuran program penambahan kemahiran (<em>upskilling<\/em>) bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan. Pelajar juga diingatkan supaya berhati-hati semasa mengisi borang SKPG (Bahagian A\u2013F) kerana sistem dilengkapi fungsi <em>auto-save<\/em> tanpa butang navigasi ke halaman sebelumnya, di samping merujuk manual yang disediakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memastikan kebolehjejakan data secara menyeluruh dan tiada pelajar yang tercicir sebelum tarikh tutup, tindakan susulan dipantau rapat oleh Penasihat Akademik (PA) fakulti masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Peranan Penasihat Akademik amat penting dalam mengesan dan membantu pelajar melengkapkan borang kajian tepat pada waktunya. Sokongan padu daripada pelbagai pihak ini membuktikan komitmen UPSI dalam melahirkan graduan yang tidak hanya berdaya saing, malah bersedia mendepani cabaran pasaran kerjaya masa kini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Khoirun Nisya Ruslan TANJONG MALIM \u2014 Usaha memantau serta meningkatkan kebolehpasaran dan kualiti pengajian tinggi negara terus diperkasa menerusi pelaksanaan taklimat Jerayawara Survei Pengalaman Pelajar di Institusi (SPPdI), Sistem Kajian Pengesan Graduan (SKPG), dan SKPG 2.0. Program anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini dijalankan secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":39930,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[107,194],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39929"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39929"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39929\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39936,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39929\/revisions\/39936"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39930"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39929"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39929"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39929"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}