{"id":40013,"date":"2026-08-14T11:06:30","date_gmt":"2026-08-14T03:06:30","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40013"},"modified":"2026-08-14T11:06:32","modified_gmt":"2026-08-14T03:06:32","slug":"merentasi-tembok-dan-jeriji-ptb-sumbang-269-naskhah-buku-ke-penjara-kluang-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/08\/14\/merentasi-tembok-dan-jeriji-ptb-sumbang-269-naskhah-buku-ke-penjara-kluang-johor\/","title":{"rendered":"Merentasi Tembok dan Jeriji: PTB Sumbang 269 Naskhah Buku ke Penjara Kluang, Johor"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjong Malim, 12 Ogos 2026 \u2013<\/strong> Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah memperluas akses kepada ilmu menerusi penghantaran sumbangan buku ke Penjara Kluang, Johor. Bahan bacaan tersebut akan dimanfaatkan oleh para pelajar Program Diploma Keusahawanan Pelita Suluh Budiman (PSB) Kohort 2 di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Koleksi buku ini merupakan salah satu sumber sokongan kepada proses pembelajaran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumbangan kali kedua ini mencerminkan peranan PTB yang melangkaui sempadan fizikal perpustakaan dalam memastikan akses kepada ilmu dan sumber maklumat dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Bagi PTB, peluang untuk menimba ilmu sewajarnya diberikan kepada semua tanpa mengira latar belakang, kedudukan mahupun batasan persekitaran seseorang.<\/p>\n\n\n\n<p>Koleksi yang disalurkan merangkumi pelbagai bidang seperti ekonomi, keusahawanan, motivasi dan bacaan ringan. Pada kali ini, PTB turut menyumbangkan bahan bacaan keagamaan termasuk al-Quran untuk dimanfaatkan sebagai sumber pembelajaran dan rujukan di sekolah tahfiz yang turut beroperasi di Penjara Kluang. Keseluruhan jumlah buku yang disumbangkan adalah sebanyak 269 naskhah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ketua Pustakawan PTB, Pn. Noriha Muhammad, perpustakaan akan terus memberikan sokongan dalam memastikan para pelajar Program Pelita Suluh Budiman memperoleh akses kepada sumber ilmu yang berkualiti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-14-at-10.33.34-1-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40015\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-14-at-10.33.34-1-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-14-at-10.33.34-1-225x300.jpeg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-14-at-10.33.34-1-600x800.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-14-at-10.33.34-1.jpeg 810w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun pembelajaran mereka berlangsung di sebalik tembok dan jeriji besi, hak mereka sebagai pelajar untuk memperoleh ilmu dan mengakses sumber maklumat tidak seharusnya dibatasi. Saya percaya bahawa ilmu mampu membuka ruang kepada perubahan, membina keyakinan dan memberikan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini turut memperlihatkan bahawa fungsi perpustakaan bukan sekadar menyediakan bahan bacaan kepada komuniti kampus, malah berperanan sebagai jambatan ilmu yang menghubungkan pendidikan dengan masyarakat tanpa mengira sempadan. Melalui usaha berterusan seperti ini, PTB berharap dapat menyumbang kepada pembentukan graduan Program Pelita Suluh Budiman yang berilmu, berdaya tahan dan bersedia membina kehidupan yang lebih bermakna apabila kembali kepada masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim, 12 Ogos 2026 \u2013 Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah memperluas akses kepada ilmu menerusi penghantaran sumbangan buku ke Penjara Kluang, Johor. Bahan bacaan tersebut akan dimanfaatkan oleh para pelajar Program Diploma Keusahawanan Pelita Suluh Budiman (PSB) Kohort 2 di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Koleksi buku ini merupakan salah satu sumber sokongan kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40014,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[78],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40013"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40013"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40013\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40016,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40013\/revisions\/40016"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40014"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40013"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40013"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40013"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}