{"id":40022,"date":"2026-08-17T08:48:04","date_gmt":"2026-08-17T00:48:04","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40022"},"modified":"2026-08-17T08:48:05","modified_gmt":"2026-08-17T00:48:05","slug":"danish-iftikhar-pertahan-gelaran-raja-pecut-sukma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/08\/17\/danish-iftikhar-pertahan-gelaran-raja-pecut-sukma\/","title":{"rendered":"Danish Iftikhar Pertahan Gelaran Raja Pecut SUKMA"},"content":{"rendered":"\n<p>SERDANG, 16 Ogos \u2013 Pelari pecut Johor, Danish Iftikhar Mohd Roslee, membuktikan statusnya sebagai raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA) apabila sekali lagi meraih pingat emas acara 100 meter (m) lelaki pada SUKMA Selangor 2026, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Atlet berusia 19 tahun itu mencatat masa 10.27 saat dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olahraga Universiti Putra Malaysia (UPM), sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada SUKMA Sarawak 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Danish menampilkan larian bertenaga untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama, manakala pelari Kedah, Mohd Umaira Subri, meraih pingat perak dengan catatan 10.31s.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi wakil Kedah, Dzul Danish Jamari, melengkapkan podium dengan pingat gangsa selepas mencatat 10.37s.<\/p>\n\n\n\n<p>Catatan 10.27s itu turut menjadi catatan terbaik musim Danish, sekali gus memberikan suntikan keyakinan kepada pelari muda negara berkenaan selepas melalui tahun yang cukup mencabar di pentas antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum turun di SUKMA Selangor, Danish terlebih dahulu mencuri perhatian apabila mencipta sejarah mara ke final 100m lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2026 di Oregon, Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia menamatkan saingan final kejohanan dunia itu di tempat kelapan, selepas sebelum itu melayakkan diri ke final dengan catatan 10.36s di separuh akhir.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-16-at-18.15.49-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40024\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-16-at-18.15.49-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-16-at-18.15.49-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-16-at-18.15.49-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-16-at-18.15.49-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/WhatsApp-Image-2026-08-16-at-18.15.49.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Danish turut mempunyai rekod peribadi 10.18s dalam acara 100m yang dicatat pada Sukan SEA 2025, selain pernah menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen negara pada temasya berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan di Selangor itu melengkapkan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan karier Danish yang kini dilihat antara prospek utama olahraga negara dalam acara pecut.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan usia yang masih muda serta pengalaman bertanding di pentas Asia dan dunia, kejayaan mempertahankan emas SUKMA ini menjadi bukti konsistensi Danish untuk terus berada dalam kelompok pelari pecut terbaik negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SERDANG, 16 Ogos \u2013 Pelari pecut Johor, Danish Iftikhar Mohd Roslee, membuktikan statusnya sebagai raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA) apabila sekali lagi meraih pingat emas acara 100 meter (m) lelaki pada SUKMA Selangor 2026, hari ini. Atlet berusia 19 tahun itu mencatat masa 10.27 saat dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olahraga Universiti Putra [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40023,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[179],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40022"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40022"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40022\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40025,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40022\/revisions\/40025"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40023"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}