{"id":40063,"date":"2026-08-18T15:25:12","date_gmt":"2026-08-18T07:25:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40063"},"modified":"2026-08-18T15:25:14","modified_gmt":"2026-08-18T07:25:14","slug":"jalinan-ikbn-peretak-dan-upsi-perkukuh-penghayatan-ibadah-belia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/08\/18\/jalinan-ikbn-peretak-dan-upsi-perkukuh-penghayatan-ibadah-belia\/","title":{"rendered":"Jalinan IKBN Peretak dan UPSI Perkukuh Penghayatan Ibadah Belia"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Samsuddin Abdul Hamid dan Nor Hayati Aziz<\/p>\n\n\n\n<p>KUALA KUBU BHARU, SELANGOR, 16 Ogos 2026 \u2014 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Selangor terus memperkukuh usaha pembentukan sahsiah dan penghayatan agama dalam kalangan belia melalui jalinan kerjasama bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Ulul Albab UPSI, Persatuan Turath Islami dan I-Furqan UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama tersebut direalisasikan melalui Program Latihan Citra Ibadah: Cintai Solat &amp; Al-Quran yang berlangsung selama tiga hari, dari 14 hingga 16 Ogos 2026, dengan penyertaan seramai 114 orang peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini memberi penekanan kepada penguasaan, pemahaman dan penghayatan ibadah secara menyeluruh melalui pendekatan pembelajaran yang sistematik, praktikal dan berorientasikan amalan. Antara pengisian utama yang dilaksanakan termasuk pengukuhan bacaan al-Quran, asas hukum tajwid dan makhraj huruf, penghayatan surah-surah pilihan serta pemantapan kefahaman berkaitan pelaksanaan ibadah, khususnya solat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"874\" height=\"656\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/1-16.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40065\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/1-16.png 874w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/1-16-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/1-16-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/1-16-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 874px) 100vw, 874px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Aktiviti perbincangan dalam kumpulan<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"706\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-15.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40066\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-15.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-15-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-15-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/2-15-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penceramah sedang menyampaikan perkongsian berkaitan solat<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Seramai tiga orang penceramah terlibat dalam menjayakan program ini, iaitu Dr. Samsuddin bin Abd Hamid, Dr. Muhammad Nazirul bin Mohd Sabri dan Encik Ah-Luqman Al-Hakim bin Che\u2019 Zahari. Kelancaran pelaksanaan program turut diperkukuh dengan penglibatan 10 orang fasilitator daripada Persatuan Turath Islami dan I-Furqan UPSI yang memberikan bimbingan serta membantu peserta sepanjang sesi pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak, Encik Shahdan bin Zainal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa penghayatan ibadah perlu diterapkan secara berterusan dalam kehidupan pelajar dan tidak hanya terbatas kepada aspek pengetahuan teori.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenghayatan ibadah bukan hanya tentang mengetahui cara melaksanakannya, tetapi memahami, menghayati dan membudayakannya dalam kehidupan seharian. Usaha seperti ini penting dalam membentuk pelajar yang bukan sahaja berkemahiran, tetapi turut mempunyai sahsiah dan jati diri yang kukuh.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI, Dr. Sakinah Salleh, berkata kerjasama strategik antara UPSI dan IKBN Peretak merupakan satu platform penting dalam memperluas peranan institusi pendidikan tinggi dalam membangunkan generasi belia yang seimbang dari aspek ilmu, kemahiran, sahsiah dan kerohanian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPusat Ulul Albab UPSI melihat program seperti ini sebagai satu wadah untuk menterjemahkan ilmu kepada amalan. Penghayatan al-Quran dan ibadah bukan sekadar penguasaan teori, sebaliknya perlu dibentuk melalui kefahaman, latihan dan pembudayaan dalam kehidupan seharian.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami berharap jalinan ini bukan hanya berakhir melalui satu program, tetapi dapat menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih luas antara UPSI dan IKBN Peretak dalam bidang pembangunan sahsiah, kerohanian, kepimpinan dan pembinaan karakter belia.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Jalinan strategik antara IKBN Peretak dan UPSI ini turut mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperluas peranan pendidikan yang bukan sahaja berteraskan pembangunan kemahiran, malah turut menitikberatkan aspek pembentukan akhlak, nilai dan jati diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama seumpama ini diharapkan dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang melalui pelbagai program pembangunan sahsiah dan kerohanian, sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi belia yang berilmu, berkemahiran, berakhlak serta mampu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Samsuddin Abdul Hamid dan Nor Hayati Aziz KUALA KUBU BHARU, SELANGOR, 16 Ogos 2026 \u2014 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Selangor terus memperkukuh usaha pembentukan sahsiah dan penghayatan agama dalam kalangan belia melalui jalinan kerjasama bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Ulul Albab UPSI, Persatuan Turath Islami dan I-Furqan UPSI. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40064,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40063"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40063"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40063\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40067,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40063\/revisions\/40067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40064"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40063"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40063"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40063"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}