{"id":40224,"date":"2026-09-02T16:37:22","date_gmt":"2026-09-02T08:37:22","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40224"},"modified":"2026-09-02T16:37:24","modified_gmt":"2026-09-02T08:37:24","slug":"upsi-raih-tempat-ketiga-pertandingan-perbarisan-hari-kebangsaan-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/02\/upsi-raih-tempat-ketiga-pertandingan-perbarisan-hari-kebangsaan-perak\/","title":{"rendered":"UPSI raih tempat ketiga pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan Perak"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>IPOH, 31 Ogos 2026\u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih tempat ketiga dalam Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT)\/Sekolah pada Pertandingan Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan itu membabitkan pasukan perbarisan dan kawad kaki UPSI yang terdiri daripada 55 anggota kakitangan universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata pencapaian berkenaan membuktikan komitmen, disiplin dan semangat juang warga universiti dalam membawa nama UPSI di pentas negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya amat berbangga dengan pencapaian pasukan Perbarisan dan Kawad Kaki UPSI yang berjaya membawa pulang tempat ketiga. Ini bukan sekadar kemenangan dalam pertandingan, tetapi cerminan disiplin, kesungguhan dan semangat kebersamaan warga UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya merakamkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota pasukan serta Bahagian Komunikasi dan Korporat (BKK) yang sentiasa komited sebagai urus setia dan bertungkus-lumus dari awal hingga akhir bagi memastikan penyertaan UPSI saban tahun terus cemerlang dan memburu podium,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kejayaan itu juga selari dengan semangat Sambutan Hari Kebangsaan yang menuntut warga universiti terus memupuk nilai patriotisme, kesetiaan dan kecintaan terhadap negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTeruskan semangat juang ini. Kita bawa nama UPSI dengan penuh kebanggaan, bukan sekadar di medan perbarisan, tetapi dalam setiap ruang dan usaha yang kita lakukan demi universiti dan negara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Komandan Kawad UPSI, Hussaini Hussin berkata kejayaan tersebut hasil komitmen dan kerjasama erat semua 55 anggota pasukan yang memberikan sepenuh tenaga sepanjang menjalani latihan dan persiapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai ketua komandan, saya amat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian ini. Setiap anggota memberikan komitmen yang tinggi dan sanggup berkorban masa untuk memastikan persembahan pasukan berada pada tahap terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTempat ketiga ini menjadi pembakar semangat untuk kami memperbaiki kelemahan dan kembali dengan persediaan yang lebih mantap pada pertandingan akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Taayah dinobatkan sebagai juara Kategori IPT\/Sekolah, diikuti Sekolah Izzuddin Shah di tempat kedua, manakala UPSI di tempat ketiga.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan berkenaan merupakan antara acara yang berlangsung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang menyaksikan penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan pertandingan diumumkan pada Majlis Penyampaian Hadiah Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berkenan bercemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Bazli Razak IPOH, 31 Ogos 2026\u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih tempat ketiga dalam Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT)\/Sekolah pada Pertandingan Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh, baru-baru ini. Kejayaan itu membabitkan pasukan perbarisan dan kawad kaki UPSI yang terdiri daripada 55 anggota [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40225,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[149],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40224"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40224"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40224\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40226,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40224\/revisions\/40226"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40225"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}