{"id":40234,"date":"2026-09-04T09:13:37","date_gmt":"2026-09-04T01:13:37","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40234"},"modified":"2026-09-04T09:13:39","modified_gmt":"2026-09-04T01:13:39","slug":"destar-limar-upsi-gegar-pentas-zapin-rangkul-dua-anugerah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/04\/destar-limar-upsi-gegar-pentas-zapin-rangkul-dua-anugerah\/","title":{"rendered":"Destar Limar UPSI Gegar Pentas Zapin, Rangkul Dua Anugerah"},"content":{"rendered":"\n<p>JOHOR, 27 Ogos 2026 \u2013 Kelab Destar Limar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar\u00a0 kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Tarian Kreasi Baharu Zapin\u00a0 sempena UniKL Arts Festival 2026 yang berlangsung di UniKL MITEC, Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan tersebut menjadi lebih bermakna apabila Destar Limar UPSI turut membawa pulang&nbsp; Anugerah Pengarah Tari Terbaik, sekali gus mencipta kemenangan berganda dalam pertandingan&nbsp; yang menghimpunkan bakat seni persembahan daripada pelbagai institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam persaingan sengit melibatkan 13 peserta, Destar Limar UPSI tampil unggul dengan\u00a0 persembahan yang menyerlah dari aspek kreativiti koreografi, penguasaan teknik, disiplin,\u00a0 ekspresi serta kesatuan persembahan. Kejayaan menewaskan 12 peserta lain membuktikan\u00a0 keupayaan pasukan dalam menghasilkan karya tari yang beridentiti, segar dan kompetitif, tanpa\u00a0 mengetepikan nilai serta jati diri tarian Zapin.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan ini turut diperkukuh melalui gandingan pengurusan dan kepimpinan yang tersusun.&nbsp; Penyertaan pertandingan ini mendapat sokongan penuh dan dorongan daripada Pengarah Pusat&nbsp; Kebudayaan, Puan Siti Salwa binti Jamaldin dengan kerjasama dari pihak Fakulti Muzik dan Seni&nbsp; Persembahan dan berada di bawah pengurusan Cik Norhafizza binti Mohd Noh, Pegawai&nbsp; Kebudayaan UPSI, serta En. Muhammad Alif bin Mohd Azizi, selaku Penasihat Kelab Destar Limar&nbsp; UPSI. Aspek koreografi pula digarap oleh En. Nasrul Nizam bin Nasir, yang memberikan sentuhan&nbsp; kreatif dan pendekatan koreografi baharu dalam menghasilkan persembahan yang berimpak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemenangan di UniKL Arts Festival 2026 ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Pusat\u00a0 Kebudayaan UPSI dalam memperkasa penglibatan mahasiswa dan kakitangan universiti dalam\u00a0 bidang seni dan budaya, di samping menyediakan ruang kepada bakat seni UPSI untuk\u00a0 berkembang dan bersaing di peringkat yang lebih luas.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"427\" height=\"320\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40236\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-2.png 427w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-2-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 427px) 100vw, 427px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Destar Limar UPSI diangkat sebagai Juara dan Anugerah Pengarah Tari Terbaik<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"541\" height=\"416\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40237\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-2.png 541w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-2-300x231.png 300w\" sizes=\"(max-width: 541px) 100vw, 541px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan Mahasiswa Kumpulan Tari Destar Limar<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pencapaian Johan Pertandingan Tarian Kreasi Baharu Zapin dan Anugerah Pengarah Tari Terbaik ini diharapkan menjadi pemangkin kepada Destar Limar UPSI untuk terus meneroka kreativiti&nbsp; baharu, menghasilkan karya seni yang berkualiti dan mengangkat seni tari Melayu agar terus&nbsp; berkembang, relevan serta dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahniah dan syabas kepada Kumpulan Tari Destar Limar UPSI, barisan pengurusan, kepimpinan,&nbsp; koreografer serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga pencapaian&nbsp; tersebut terus menjadi inspirasi untuk mengukir kecemerlangan dan mengharumkan nama UPSI&nbsp; melalui seni dan budaya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR, 27 Ogos 2026 \u2013 Kelab Destar Limar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar\u00a0 kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Tarian Kreasi Baharu Zapin\u00a0 sempena UniKL Arts Festival 2026 yang berlangsung di UniKL MITEC, Johor. Kejayaan tersebut menjadi lebih bermakna apabila Destar Limar UPSI turut membawa pulang&nbsp; Anugerah Pengarah Tari Terbaik, sekali gus mencipta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40235,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[182],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40234"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40234"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40234\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40238,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40234\/revisions\/40238"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40235"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}