{"id":40255,"date":"2026-09-08T10:04:25","date_gmt":"2026-09-08T02:04:25","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40255"},"modified":"2026-09-08T10:04:26","modified_gmt":"2026-09-08T02:04:26","slug":"udec2026-himpun-77-penyertaan-pacu-inovasi-pendidikan-digital-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/08\/udec2026-himpun-77-penyertaan-pacu-inovasi-pendidikan-digital-upsi\/","title":{"rendered":"UDEC2026 Himpun 77 Penyertaan, Pacu Inovasi Pendidikan Digital UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Dr. Ahmad Wiraputra Selamat<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 27 Ogos 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh agenda transformasi pendidikan digital menerusi penganjuran Karnival Pendidikan Digital UPSI 2026 (UDEC2026) yang berjaya menghimpunkan sebanyak 77 penyertaan daripada warga universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Karnival anjuran Pusat Pembangunan Akademik (PPA) itu melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutup dan Pengumuman Keputusan UDEC2026 yang berlangsung sepenuhnya secara dalam talian pada 27 Ogos 2026. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun serta disertai barisan pengurusan universiti, dekan, pengarah pusat tanggungjawab, ahli jawatankuasa, peserta dan warga UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis tersebut turut menampilkan sesi ucaptama oleh Profesor Dr. Bahbibi Rahmatullah dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi dengan kupasan yang bertajuk \u201cAlgorithma Manusia bagi Masa Depan Pendidikan Digital : Geseran Kognitif atau Jalan Pintas?\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>UDEC2026 merupakan platform rasmi peringkat universiti untuk mengetengahkan inovasi, amalan terbaik dan pencapaian warga UPSI dalam bidang e-pembelajaran serta pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjurannya turut membuka ruang kepada ahli akademik, kakitangan dan pelajar untuk berkongsi idea serta mempamerkan aplikasi dan bahan pembelajaran digital yang berpotensi meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pendidikan digital tanggungjawab teras UPSI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Dr. Raja Nor Safinas menegaskan bahawa perubahan landskap pendidikan menuntut institusi pengajian tinggi memberikan perhatian yang lebih serius terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTransformasi digital pendidikan bukan lagi agenda sampingan, tetapi menjadi tanggungjawab teras UPSI,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengingatkan bahawa transformasi pendidikan digital tidak seharusnya difahami sebagai sekadar menukar kuliah bersemuka kepada kelas dalam talian, memuat naik nota atau menggunakan aplikasi digital yang sedang popular.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, transformasi sebenar berlaku apabila teknologi digunakan untuk membentuk pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna, memperluas akses, mempercepat maklum balas, menyokong kepelbagaian pelajar dan menghasilkan bukti pembelajaran yang lebih jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPedagogi mesti mendahului teknologi,\u201d tegas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan bahawa penggunaan teknologi mestilah bertanggungjawab dan berpusatkan manusia, khususnya dalam menghadapi perkembangan pesat AI generatif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPPA boleh memainkan peranan sebagai penghubung dengan menyediakan klinik reka bentuk pembelajaran, komuniti amalan, ruang perkongsian, sokongan dokumentasi dan persediaan untuk menyertai pertandingan pada peringkat lebih tinggi.\u201d ujar Prof. Dr. Raja Nor Safinas lagi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pelbagai kategori pendidikan digital<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan UDEC2026 mengetengahkan lima kategori utama, iaitu Aplikasi Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan, Aplikasi Gamifikasi, Aplikasi Realiti Terimbuh dan Realiti Maya, Aplikasi atau Platform Digital Pendidikan serta e-Penilaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga anugerah khas turut dipertandingkan, merangkumi Anugerah Trendsetter e-Pembelajaran UPSI, Anugerah Micro-Credential \/ MOOC Terbaik dan Anugerah Bahan Pembelajaran Digital atau Sumber Pendidikan Terbuka Terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan tertinggi direkodkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, diikuti Fakulti Sains Kemanusiaan, Fakulti Pembangunan Manusia, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi serta Fakulti Sains dan Matematik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan itu membuktikan bahawa inovasi pendidikan digital tidak hanya tertumpu kepada bidang teknologi, malah semakin diterima dan diterapkan merentasi pelbagai disiplin ilmu di universiti.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pengiktirafan kepada inovator pendidikan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah PPA, Profesor Madya Dr. Normah Jusoh berkata penganjuran UDEC2026 mencerminkan komitmen UPSI dalam menyediakan ekosistem yang menggalakkan warga universiti untuk terus berkarya, bereksperimen dan berkongsi amalan terbaik dalam pendidikan digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain hadiah wang tunai, para peserta turut menerima e-sijil dan e-pingat sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan serta pencapaian mereka.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"552\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/udec20262-1024x552.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40257\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/udec20262-1024x552.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/udec20262-300x162.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/udec20262-768x414.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/udec20262-1536x828.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/udec20262-600x323.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/udec20262.jpeg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun, menyampaikan ucapan sebelum merasmikan penutupan UDEC2026 secara dalam talian<br><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Bagi kategori anugerah khas, Dr. Muhamad Hariz Muhamad Adnan mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat pertama bagi Anugerah Micro-Credential\/MOOC Terbaik serta Anugerah Trendsetter e-Pembelajaran UPSI. Sementara Dr. Priyalatha a\/p Govindasamy dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pembangunan Sumber Pendidikan Terbuka (OER) Terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori pertandingan inovasi turut menerima tajaan bernilai RM500 untuk menyertai pertandingan inovasi UM MINT x IUCEL 2026 di Kuala Lumpur.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Normah turut menyatakan produk yang dipertandingkan tidak seharusnya berakhir selepas pengumuman keputusan. Sebaliknya, inovasi berpotensi boleh terus diperkemas, diuji dari segi impak dan dikembangkan penggunaannya kepada kumpulan pelajar atau institusi yang lebih luas.<\/p>\n\n\n\n<p>UDEC2026 diharapkan dapat diteruskan dengan penambahbaikan dari tahun ke tahun dan berkembang menjadi platform yang lebih besar untuk membudayakan inovasi, memperluas perkongsian ilmu serta meningkatkan keterlihatan UPSI sebagai universiti pendidikan yang menerajui transformasi pengajaran dan pembelajaran digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Dr. Ahmad Wiraputra Selamat TANJONG MALIM, 27 Ogos 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh agenda transformasi pendidikan digital menerusi penganjuran Karnival Pendidikan Digital UPSI 2026 (UDEC2026) yang berjaya menghimpunkan sebanyak 77 penyertaan daripada warga universiti. Karnival anjuran Pusat Pembangunan Akademik (PPA) itu melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutup dan Pengumuman Keputusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40256,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[150],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40255"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40255"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40255\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40258,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40255\/revisions\/40258"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40256"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40255"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40255"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40255"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}