{"id":40303,"date":"2026-09-10T14:56:39","date_gmt":"2026-09-10T06:56:39","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40303"},"modified":"2026-09-10T14:56:40","modified_gmt":"2026-09-10T06:56:40","slug":"rasa-dunia-jiwa-malaysia-sajikan-perhimpunan-bulanan-upsi-edisi-september","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/10\/rasa-dunia-jiwa-malaysia-sajikan-perhimpunan-bulanan-upsi-edisi-september\/","title":{"rendered":"\u201cRasa Dunia, Jiwa Malaysia\u201d Sajikan Perhimpunan Bulanan UPSI Edisi September"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Ainnur Shazleen<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 9 September 2026 \u2013 <\/strong>Kepelbagaian budaya, semangat kenegaraan dan nilai kebersamaan diketengahkan dalam Perhimpunan Bulanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Edisi September 2026 menerusi program bertemakan \u201cRasa Dunia, Jiwa Malaysia\u201d yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia (BSM) serta Pusat Antarabangsa, Mobiliti dan Pengembangan Pendidikan (IMAC) ini menggabungkan pengisian rasmi universiti dengan elemen kenegaraan dan kepelbagaian budaya, selaras dengan usaha memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Simbolik penyerahan Surat Tawaran Bersyarat Program Pengajian Siswazah oleh Naib Canselor UPSI, Yang Berbahagia Profesor Dato\u2019 Dr. Md Amin bin Md Taff, menjadi antara pengisian signifikan yang melambangkan peluang kepada pelajar Sarjana Muda UPSI untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian siswazah.<\/p>\n\n\n\n<p>Simbolik penyerahan surat tawaran tersebut diserahkan kepada Saudara Abbas Ali bin Iftikhar Hussain, penerima Tokoh Siswa UPSI 2025, yang mewakili para pelajar menerima Surat Tawaran Bersyarat Program Pengajian Siswazah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian tersebut turut disusuli tayangan montaj IPS sebelum warga UPSI mengikuti Sesi Interaktif Kenegaraan Malaysia MADANI bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang disampaikan oleh Pengarah AKM Negeri Pahang, Encik Mohd Kamal Bin Mohd Affandi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi berkenaan memberi ruang kepada warga UPSI mendalami aspek patriotisme, perpaduan nasional, pembentukan jati diri serta tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia dalam pembangunan negara, selaras dengan penghayatan nilai kenegaraan yang diketengahkan menerusi tema program.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Prof. Dato\u2019 Dr. Md Amin bin Md Taff dalam ucapannya berkata, kemerdekaan tidak seharusnya hanya dilihat sebagai pembebasan daripada penjajahan fizikal, sebaliknya semangat kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui keberanian untuk berfikir, berusaha dan menghasilkan sesuatu yang memberikan manfaat kepada masyarakat serta negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Semangat tersebut turut berkait rapat dengan peranan institusi pendidikan dalam melahirkan warga yang berdaya fikir, berdaya cipta dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tema \u201cRasa Dunia\u201d menjadi simbolik kepada keterbukaan warga UPSI terhadap kepelbagaian budaya, kesediaan untuk mengenali dan memahami masyarakat antarabangsa serta kedudukan UPSI sebagai sebuah universiti yang mempunyai jaringan global, termasuk komuniti pelajar dan kakitangan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Elemen ini diterjemahkan menerusi sajian makanan yang mengetengahkan cita rasa dari pelbagai negara, di samping dekorasi berkonsepkan negara-negara berbeza yang menghiasi ruang program. Kepelbagaian sajian dan dekorasi tersebut memberi peluang kepada warga UPSI menikmati pengalaman merentasi budaya dalam suasana yang lebih santai dan interaktif.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"731\" height=\"489\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-9.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40305\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-9.png 731w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-9-300x201.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-9-600x401.png 600w\" sizes=\"(max-width: 731px) 100vw, 731px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Pengetahuan IPS dan Kenegaraan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"693\" height=\"462\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-11.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40306\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-11.png 693w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-11-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-11-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 693px) 100vw, 693px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Profesor Dato\u2019 Dr. Md Amin bin Md Taff, menikmati pengalaman \u201cRasa Dunia\u201d menerusi kunjungan ke reruai yang menampilkan sajian dan dekorasi berkonsepkan pelbagai negara.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"720\" height=\"481\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40307\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-10.png 720w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-10-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-10-600x401.png 600w\" sizes=\"(max-width: 720px) 100vw, 720px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Profesor Dato\u2019 Dr. Md Amin bin Md Taff beramah mesra bersama wakil PETRONAS di reruai PETRONAS AutoExpert &amp; MotoExpert @ UPSI.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, reruai PETRONAS <em>AutoExpert &amp; MotoExpert<\/em> @ UPSI turut memeriahkan program menerusi pemeriksaan kenderaan dan motosikal secara percuma, promosi eksklusif produk PETRONAS, khidmat konsultasi pelincir serta pelbagai aktiviti interaktif dan cabutan bertuah. Bagi pemilik motosikal, turut disediakan pemeriksaan rantai dan servis minyak enjin.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran Perhimpunan Bulanan UPSI Edisi September memperlihatkan usaha universiti menjadikan perhimpunan bulanan bukan sekadar wadah penyampaian maklumat, malah sebagai platform untuk meraikan kepelbagaian budaya, memperkukuh semangat kenegaraan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi tema \u201cRasa Dunia, Jiwa Malaysia\u201d, kepelbagaian diketengahkan sebagai kekuatan dalam membentuk komuniti UPSI yang terbuka kepada dunia dan menghargai perbezaan budaya, namun tetap berteraskan nilai, jati diri serta semangat kecintaan terhadap Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ainnur Shazleen TANJONG MALIM, 9 September 2026 \u2013 Kepelbagaian budaya, semangat kenegaraan dan nilai kebersamaan diketengahkan dalam Perhimpunan Bulanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Edisi September 2026 menerusi program bertemakan \u201cRasa Dunia, Jiwa Malaysia\u201d yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, hari ini. Program anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS) dengan kerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40304,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[99],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40303"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40303"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40303\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40308,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40303\/revisions\/40308"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40304"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40303"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40303"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40303"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}