{"id":40354,"date":"2026-09-18T08:33:37","date_gmt":"2026-09-18T00:33:37","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40354"},"modified":"2026-09-18T08:33:38","modified_gmt":"2026-09-18T00:33:38","slug":"bestari-2026-susun-langkah-satukan-hala-tuju-mmkhar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/18\/bestari-2026-susun-langkah-satukan-hala-tuju-mmkhar\/","title":{"rendered":"BESTARI 2026: SUSUN LANGKAH, SATUKAN HALA TUJU MMKHAR"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: MUHAMMAD HAZIM SYAHMIE HARUN<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM \u2013 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR) Sesi 2026\/2027 telah menganjurkan Program BESTARI: Bengkel Selaras Takwim dan Hala Tuju Kolej Harun Aminurrashid 2026\/2027 yang telah berlangsung selama tiga hari, bermula dari 7 hingga 9 September 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang diadakan di Dewan Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini memberi tumpuan kepada persediaan barisan MMK dalam menyusun takwin dan hala tuju serta persediaan untuk menyambut kedatangan pelajar baharu bagi sesi 2026\/2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program yang merangkumi sesi suai kenal, latihan dalam kumpulan, perkongsian kepimpinan, penyelarasan takwim, bengkel pengurusan acara serta sesi refleksi. Program ini memberi peluang kepada barisan MMKHAR untuk saling mengenali dan membina keserasian antara satu sama lain serta\u00a0 pengisian berkaitan Takwim 26\/27 dan hala tuju MMKHAR.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan berkaitan hala tuju MMKHAR bagi sesi 2026\/2027 ini memberi ruang kepada ahli untuk memahami perancangan yang perlu dilaksanakan sepanjang sesi. Perbincangan ini&nbsp; turut membantu ahli mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang tanggungjawab yang bakal dipikul serta persediaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti kolej.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, pengisian Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan\u00a0 untuk memberi peluang kepada ahli untuk berbincang dan merancang idea berkaitan pelaksanaan program. Aktiviti secara berkumpulan ini menggalakkan ahli untuk berkongsi pandangan serta mencari kaedah yang sesuai bagi memastikan sesuatu perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui aktiviti ini diharapkan ahli MMK turut dapat membina kerjasama dan komunikasi antara satu sama lain dan memberi peluang kepada ahli untuk melihat sesuatu perancangan daripada pelbagai sudut sebelum dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain perancangan aktiviti, Program BESTARI turut memberi perhatian kepada aspek pembangunan diri dan kepimpinan. Salah satu pengisian pada hari pertama ialah sesi perkongsian berkaitan Anugerah Tokoh Siswa (ATS) yang disampaikan oleh Abbas Ali bin Iftikhar Hussain, penerima Anugerah Tokoh Kelestarian Siswa Negara 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada barisan MMK tentang pengalaman serta persediaan yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dalam membina pencapaian diri. Pengalaman yang dikongsikan turut memberi gambaran kepada ahli tentang kepentingan penglibatan aktif, usaha yang berterusan dan keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel MMK ini diisi dengan penyelarasan perancangan aktiviti bagi sesi 2026\/2027. Barisan MMKHAR membentangkan kertas kerja dan takwim yang telah dirancang untuk dibincangkan bersama Felo Penasihat Dan Pengetua Kolej Harun Aminurrashid.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi pembentangan tersebut memberi ruang kepada ahli untuk mendapatkan pandangan dan membuat penambahbaikan terhadap perancangan yang telah disediakan. Perkara berkaitan jadual pelaksanaan, keperluan aktiviti serta anggaran perbelanjaan turut dibincangkan bagi memastikan perancangan dapat disusun dengan lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyelarasan takwim juga membantu barisan MMKHAR melihat keseluruhan perancangan aktiviti sepanjang sesi dengan lebih jelas. Perancangan yang dibuat lebih awal membolehkan persediaan dilakukan dengan lebih teratur sebelum setiap aktiviti dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian bengkel ini juga menyentuh berkaitan pengurusan acara untuk&nbsp; memberi pendedahan kepada ahli tentang perkara asas dalam mengendalikan sesebuah program. Antaranya termasuk penyediaan dokumen, tatacara majlis, perjalanan acara serta persediaan yang diperlukan sebelum sesuatu program dilaksanakan. Diharapkan barisan Kepimpinan MMKHAR dapat pemahaman yang lebih jelas tentang pengurusan dan pelaksanaan acara sepanjang sesi 2026\/2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian berkaitan perancangan dan pengurusan program turut memberi ruang kepada barisan MMK untuk berkongsi pandangan menerusi sesi resolusi, soal jawab dan refleksi. Sesi ini memberi peluang kepada ahli untuk menyuarakan harapan dan pandangan terhadap perjalanan MMK sepanjang sesi baharu. Antara perkara yang diberi perhatian ialah berkaitan Adab dan Akhlak sebagai pemimpin dan peranan pemimpin sebagai <em>role model.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi penyediaan untuk\u00a0 menyambut pelajar Baharu pada 12-14 September 2027. MMKHAR\u00a0 sudah mengenalpasti sukarelawan yang bersedia\u00a0 utk berkhidmat sepanjang kehadiran pelajar baharu nanti. Persediaan dan pembahagian tugas dan peranan setiap sukarelawan\u00a0 dibincang secara bersama demi melancar proses pendaftaran pelajar di KHAR nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi amanat pada hari terakhir, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr Haji Che Anuar bin Che Abdullah, turut menyampaikan amanat kepada barisan MMKHAR. \u00a0<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"556\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-19.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40356\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-19.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-19-300x177.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-19-768x454.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-19-600x355.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Sesi suai kenal barisan MMKHAR<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"627\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-17.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40357\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-17.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-17-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-17-768x512.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-17-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Aktiviti LDK Rancang, Bina, Laksana<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"514\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40358\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-1.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-1-300x164.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-1-768x420.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-1-600x328.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Slot <em>Event Management<\/em><\/strong><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Amanat tersebut memberi penekanan kepada kepentingan menjaga Adab dan Akhlak ketika menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin mahasiswa. Ahli MMKHAR turut diingatkan supaya menjaga hubungan dengan rakan, felo, pihak pengurusan serta seluruh warga kolej. Penekanan terhadap ukhuwah turut menjadi antara perkara yang diberi perhatian supaya barisan MMK dapat bergerak bersama dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dengan baik agar\u00a0 gerak kerja sepanjang sesi dapat berjalan dengan lancar.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu Pengetua juga menekankan aspek persiapan untuk menyambut pelajar baharu sidang 2026\/2027 yang akan mendaftar diri Di UPSI pada 12-14 September ini harus dirancang dengan baik agar imej UPSI dan KHAR dapat dijaga dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan berakhirnya Program BESTARI, barisan MMKHAR Sesi 2026\/2027 diharapkan untuk lebih\u00a0 bersedia meneruskan gerak kerja berdasarkan perancangan yang telah disusun. Semangat kerjasama, ukhuwah dan tanggungjawab yang diterapkan sepanjang program diharapkan dapat terus dibawa dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang sesi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: MUHAMMAD HAZIM SYAHMIE HARUN TANJONG MALIM \u2013 Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR) Sesi 2026\/2027 telah menganjurkan Program BESTARI: Bengkel Selaras Takwim dan Hala Tuju Kolej Harun Aminurrashid 2026\/2027 yang telah berlangsung selama tiga hari, bermula dari 7 hingga 9 September 2026. Program yang diadakan di Dewan Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40355,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[176,200,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40354"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40354"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40354\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40359,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40354\/revisions\/40359"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40355"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40354"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40354"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40354"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}