{"id":40391,"date":"2026-09-18T09:36:29","date_gmt":"2026-09-18T01:36:29","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40391"},"modified":"2026-09-18T09:36:32","modified_gmt":"2026-09-18T01:36:32","slug":"pendidikan-awal-bentuk-jati-diri-patriotisme-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/18\/pendidikan-awal-bentuk-jati-diri-patriotisme-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"Pendidikan awal bentuk jati diri, patriotisme kanak-kanak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid dan Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p>TANJUNG MALIM \u2013 Pendidikan yang berkualiti sejak peringkat awal usia berperanan penting dalam membentuk jati diri, emosi dan kemahiran sosial kanak-kanak selain menyokong perkembangan akademik mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB) menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026 sebagai wadah menyemai semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI itu melibatkan kanak-kanak taska dan tadika NCDRC serta murid SRSB, selain disertai pendidik, kakitangan, ibu bapa dan komuniti sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah NCDRC Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa berkata pendedahan kepada program berunsurkan patriotisme sejak usia awal dapat memberikan asas kepada kanak-kanak untuk memahami nilai kebersamaan, budaya dan identiti negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata walaupun kanak-kanak pada usia tersebut belum sepenuhnya memahami konsep politik atau sejarah yang kompleks, pengalaman menyertai sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia dapat membantu membentuk perkembangan diri mereka secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendidikan yang sempurna dan berkualiti memberi ruang yang besar dalam kemenjadian kanak-kanak, bukan sahaja dari aspek akademik dan prestasi, malah memberi impak besar terhadap pembentukan jati diri, emosi dan sosial mereka sejak peringkat awal usia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan kreativiti serta keyakinan diri, antaranya pertandingan mewarna, kolaj, sajak, pantun, persembahan nyanyian bertemakan Hari Kebangsaan dan peragaan pakaian Hari Kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang ibu, Nurizzati berkata beliau teruja dan terharu melihat keyakinan kanak-kanak menyertai program berkenaan, khususnya ketika memperagakan pakaian bertemakan kemerdekaan dan membuat persembahan di hadapan khalayak.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, penglibatan dalam aktiviti sedemikian bukan sahaja memberikan pengalaman menyeronokkan kepada kanak-kanak, malah membantu meningkatkan keberanian dan keyakinan diri mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemakai pakaian patriotik dan membuat persembahan di depan khalayak membantu membina keberanian dan keyakinan diri kanak-kanak,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, NCDRC menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara pendidik dan ibu bapa dalam membentuk perkembangan serta nilai diri kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama berkenaan penting kerana kanak-kanak cenderung memerhati dan mencontohi perkara yang ditunjukkan kepada mereka, sekali gus menjadikan program berunsurkan patriotisme sebagai medium pendidikan tidak formal untuk memperkenalkan budaya, kepelbagaian kaum dan nilai kehidupan bermasyarakat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"650\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-25.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40393\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-25.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-25-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-25-768x511.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/1-25-600x399.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila kanak-kanak terbiasa melihat bendera Jalur Gemilang dan mendengar lagu-lagu patriotik, rasa bangga terhadap tanah air akan mekar secara semula jadi dalam diri mereka.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"650\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-22.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40394\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-22.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-22-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-22-768x511.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-22-600x399.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">kanak-kanak sedang melakukan persembahan di atas pentas.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"885\" height=\"656\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-22.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40395\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-22.png 885w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-22-300x222.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-22-768x569.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-22-600x445.png 600w\" sizes=\"(max-width: 885px) 100vw, 885px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">pemenang bagi Pertandingan Kolaj kanak-kanak 1 Tahun Taska NCDRC.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program itu turut mencerminkan kepentingan penglibatan bersama ibu bapa, pendidik dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni serta menyokong perkembangan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis berkenaan dirasmikan Orang Besar 32 Perak YBhg. Dato\u2019 Haji Ahmad Faizel bin Dato\u2019 Haji Abdul Karim, yang turut dikenali sebagai YDH Toh Sakna Bongsu.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Pengarah NCDRC Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Muallim Mohd Irwan Manshur, Pengurus Besar UPSI Holdings Mohd Effendy Dato\u2019 Mohamad Zailani serta barisan pengurusan UPSI, wakil SRSB dan Parent Support Group (PSG).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Mohamad Nor Zakuan Abdul Rashid dan Bazli Razak TANJUNG MALIM \u2013 Pendidikan yang berkualiti sejak peringkat awal usia berperanan penting dalam membentuk jati diri, emosi dan kemahiran sosial kanak-kanak selain menyokong perkembangan akademik mereka. Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Sekolah Rendah Seri Budiman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40392,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40391"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40391"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40396,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40391\/revisions\/40396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40392"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}