{"id":40412,"date":"2026-09-18T10:05:54","date_gmt":"2026-09-18T02:05:54","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40412"},"modified":"2026-09-18T10:05:55","modified_gmt":"2026-09-18T02:05:55","slug":"pusat-ict-upsi-terima-kunjungan-delegasi-mmu-perkasa-perkongsian-kepakaran-ict","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/18\/pusat-ict-upsi-terima-kunjungan-delegasi-mmu-perkasa-perkongsian-kepakaran-ict\/","title":{"rendered":"Pusat ICT UPSI Terima Kunjungan Delegasi MMU: Perkasa Perkongsian Kepakaran ICT"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh : <\/strong>Yasmin Ahmad<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Photo :<\/strong> Yasmin Ahmad<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM<\/strong> \u2013 Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat ICT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima Lawatan Penanda Aras <em>Campus Management System<\/em> (CMS) daripada delegasi Multimedia University (MMU) yang bertujuan memperkukuh perkongsian kepakaran dalam pembangunan sistem, pengurusan infrastruktur ICT serta transformasi digital institusi pengajian tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi MMU yang diketuai oleh General Manager, Support Services Office (SSO), Dr. Syed Sham bin Syed Ja&#8217;afar bersama wakil daripada Support Services Office (SSO), Network &amp; Intelligent Campus Ecosystems (NICE) dan Facilities Management Department (FMD). Kehadiran mereka disambut oleh Ketua Pegawai Digital UPSI, Ts. Dr. Megat Azrin bin Ahmad bersama barisan pengurusan tertinggi dan pegawai Pusat ICT UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, perkongsian antara kedua-dua institusi melalui lawatan tersebut dapat memberi nilai tambah dalam usaha mengenal pasti pendekatan serta amalan yang boleh dipertimbangkan bagi memperkukuh pengurusan dan penyampaian perkhidmatan ICT.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setiap institusi mempunyai pengalaman dan kekuatan yang berbeza. Melalui perkongsian seperti ini, kita bukan sahaja berkongsi amalan yang telah dilaksanakan, malah dapat bertukar idea dan mempelajari pendekatan baharu yang mampu memperkukuh penyampaian perkhidmatan ICT,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam mesyuarat tersebut, sesi perkongsian diteruskan dengan beberapa pembentangan yang memfokuskan kepada reka bentuk dan pembangunan Sistem Maklumat dan Rekod Pelajar (MySIS), pengalaman pelaksanaan projek migrasi Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) daripada platform berasaskan produk Oracle kepada teknologi sumber terbuka (<em>open source<\/em>), pembangunan sistem secara <em>in-house<\/em>, pengurusan infrastruktur ICT dan pusat data.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi tersebut, Pn. Firdaus binti Rapani turut berkongsi pengalaman sepanjang penglibatan beliau dalam pelaksanaan migrasi SMBU serta perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan proses peralihan sistem dapat dilaksanakan dengan teratur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelaksanaan migrasi SMBU perlu dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan pihak pengguna sistem bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar tanpa menjejaskan operasi universiti,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"437\" height=\"329\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-25.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40414\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-25.png 437w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-25-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 437px) 100vw, 437px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">\u00a0<br>Ketua Pegawai Digital UPSI, Ts. Dr. Megat Azrin bin Ahmad menyampaikan ucapan alu-aluan dan berkongsi peranan Pusat ICT dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan ICT universiti.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"662\" height=\"372\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-25.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40415\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-25.png 662w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-25-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-25-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 662px) 100vw, 662px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pn. Firdaus binti Ahmad Rapani, Ketua Unit Aplikasi dan Akademik ketika sesi perkongsian berkaitan pengalaman dan pelaksanaan migrasi SMBU.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"662\" height=\"375\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40416\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-3.png 662w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-3-300x170.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/5-3-600x340.png 600w\" sizes=\"(max-width: 662px) 100vw, 662px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ketua Delegasi MMU, Dr. Syed Sham bin Syed Ja&#8217;afar berkongsi pandangan mengenai objektif lawatan penanda aras serta potensi kerjasama berterusan antara MMU dan UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Ketua Delegasi MMU, Dr. Syed Sham bin Syed Ja&#8217;afar menzahirkan rasa gembira kerana objektif lawatan penanda aras ini tercapai serta memberi peluang kepada pihak MMU memahami pendekatan yang dilaksanakan oleh UPSI dalam mengurus operasi ICT secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan penanda aras ini mencerminkan komitmen UPSI dan MMU dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus berkembang menerusi pelbagai inisiatif kolaboratif yang menyokong transformasi digital serta mempertingkat kecemerlangan penyampaian perkhidmatan ICT di antara IPTA dan IPTS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Yasmin Ahmad Photo : Yasmin Ahmad TANJONG MALIM \u2013 Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat ICT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima Lawatan Penanda Aras Campus Management System (CMS) daripada delegasi Multimedia University (MMU) yang bertujuan memperkukuh perkongsian kepakaran dalam pembangunan sistem, pengurusan infrastruktur ICT serta transformasi digital institusi pengajian tinggi. Delegasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40413,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[241],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40412"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40417,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40412\/revisions\/40417"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40413"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}