{"id":40418,"date":"2026-09-18T10:10:07","date_gmt":"2026-09-18T02:10:07","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40418"},"modified":"2026-09-18T10:10:08","modified_gmt":"2026-09-18T02:10:08","slug":"langkah-ke-menara-gading-e-perkasa-2-0-menyemai-nilai-menuai-kejayaan-suntik-semangat-calon-spm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/18\/langkah-ke-menara-gading-e-perkasa-2-0-menyemai-nilai-menuai-kejayaan-suntik-semangat-calon-spm\/","title":{"rendered":"LANGKAH KE MENARA GADING : E &#8211; PERKASA 2.0 MENYEMAI NILAI, MENUAI KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT CALON SPM"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Auni Insyirah Binti Aspar <em>(Timbalan Pengarah Program E-Perkasa 2.0)<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 6 September <\/strong>\u2013 Kolej Za\u2019ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Upsi Holding SDN. BHD (UHSB) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) telah berjaya menganjurkan Program E &#8211; Perkasa 2.0 Menyemai Nilai, Menuai Kejayaan bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah iaitu di Dewan Kolej Za\u2019ba UPSI. Program yang berprestij ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bertujuan untuk mewujudkan platform bengkel teknik menjawab subjek SPM sambil menyuntik semangat dan motivasi kepada 100 orang pelajar SPM ini untuk menyambung pengajian ke menara gading selepas SPM. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai institusi yang sentiasa berdiri di mata dunia dan melahirkan bakat yang cemerlang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi membantu pelajar-pelajar SPM yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi pelbagai bengkel teknik menjawab subjek SPM telah dijalankan di Dewan Kuliah Pusat, Kampus Sultan Azlan Shah dengan menjemput tenaga-tenaga pakar dari luar. Melalui bengkel teknik menjawab ini pelajar telah didedahkan dengan pelbagai tips dan langkah-langkah strategi berkesan untuk memahami kehendak soalan, menguruskan masa dengan cekap semasa berlangsungnya peperiksaan serta mengenali perangkap lazim yang sering menjadi punca kehilangan markah di saat-saat akhir.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"520\" height=\"295\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-26.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40420\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-26.png 520w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-26-300x170.png 300w\" sizes=\"(max-width: 520px) 100vw, 520px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Bengkel Teknik Menjawab subjek Bahasa Melayu di Dewan Kuliah Pusat, UPSI.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"550\" height=\"312\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-25.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40421\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-25.png 550w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-25-300x170.png 300w\" sizes=\"(max-width: 550px) 100vw, 550px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Aktiviti abseiling dan flying fox di UPSI Adventure Park<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"750\" height=\"422\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-26.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40422\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-26.png 750w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-26-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-26-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 750px) 100vw, 750px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Persembahan Tarian Kipas oleh pelajar semasa Malam Gala E &#8211; Perkasa<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain daripada pengisian akademik yang padat menerusi slot bengkel teknik menjawab peperiksaan di dalam bilik kuliah, para pelajar yang mengikuti program ini turut berpeluang menguji ketahanan mental dan fizikal menerusi pelbagai aktiviti rekreasi lasak yang mendebarkan di UPSI <em>Adventure Park<\/em>, antaranya termasuklah cabaran menuruni cerun curam secara <em>abseiling <\/em>serta meluncur merentasi ruang udara menerusi aktiviti <em>flying fox <\/em>yang pastinya menuntut semangat keberanian yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak kepada keseluruhan program ini diserikan dengan penganjuran majlis malam gala yang berprestij dan berjiwa patriotik, di mana para peserta tampil memeriahkan suasana bertemakan kemerdekaan, disusuli dengan pelbagai persembahan bertenaga dan penuh kreativiti daripada kalangan pelajar sendiri yang mempersembahkan bakat menerusi segmen lakonan teater yang bermakna, alunan nyanyian merdu, serta koreografi tarian yang memukau.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran malam gala bertemakan kemerdekaan ini bukan sahaja berfungsi sebagai kemuncak tirai program yang menghiburkan, malah ia membawa pelbagai faedah yang signifikan dalam pembangunan sahsiah pelajar, antaranya termasuklah menjadi wadah terbaik untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara melalui penghayatan tema kemerdekaan, disamping bertindak sebagai platform berkesan bagi mencungkil serta menyerlahkan bakat terpendam pelajar dalam bidang kesenian seperti teater, nyanyian, dan tarian<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan takut gagal, sebab itulah di UPSI tagline kami <em>Impossible Is Nothing <\/em>kalau kami gagal kami bangkit\u201d kata-kata motivasi daripada Profesor Datuk Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI semasa majlis penutupan E &#8211; Perkasa 2.0 di Dewan Muallim.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Auni Insyirah Binti Aspar (Timbalan Pengarah Program E-Perkasa 2.0) TANJUNG MALIM, 6 September \u2013 Kolej Za\u2019ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Upsi Holding SDN. BHD (UHSB) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) telah berjaya menganjurkan Program E &#8211; Perkasa 2.0 Menyemai Nilai, Menuai Kejayaan bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah iaitu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40419,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[95,188],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40418"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40418"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40418\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40423,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40418\/revisions\/40423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40419"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40418"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40418"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40418"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}