{"id":40440,"date":"2026-09-22T09:40:15","date_gmt":"2026-09-22T01:40:15","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40440"},"modified":"2026-09-22T09:40:17","modified_gmt":"2026-09-22T01:40:17","slug":"semarak-merdeka-siswa-kreativiti-dipacu-kesejahteraan-dikecapi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/22\/semarak-merdeka-siswa-kreativiti-dipacu-kesejahteraan-dikecapi\/","title":{"rendered":"SEMARAK MERDEKA SISWA: KREATIVITI DIPACU, KESEJAHTERAAN DIKECAPI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: PUI HOCK SIANG<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 16 SEPTEMBER 2026 \u2013 Semangat kemerdekaan bukan sekadar berkibar pada Jalur Gemilang, bukan hanya bergema melalui lagu-lagu patriotik dan bukan juga sekadar diraikan setiap kali tibanya bulan Ogos. Sebaliknya, semangat itu hidup melalui tindakan, kreativiti dan kesedaran setiap insan yang menghayati erti menjadi rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Berlandaskan semangat tersebut, Program Semarak Merdeka Siswa: Kreativiti Dipacu, Kesejahteraan Dikecapi telah dianjurkan oleh Exco Perpaduan dan Integrasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) Sidang 2026\/2027 bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung bermula 20 Ogos hingga 16 September 2026 secara dalam talian ini berjaya menghimpunkan hampir 300 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Siaran langsung program melalui YouTube dan media social KHAR turut merekodkan kemuncak tontonan sebanyak 109 penonton, manakala 133 peserta mengambil bahagian dalam Kuiz Kenegaraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut mendapat bimbingan Puan Norrulkamari binti Daud selaku penasihat dan perasmi program, manakala program ini diketuai oleh saudara Muhammad Hazim Syahmie bin Harun selaku Pengarah Program.<\/p>\n\n\n\n<p>Berteraskan semangat patriotisme dan perpaduan, program ini dilaksanakan bagi menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk menghayati nilai kecintaan terhadap negara, di samping menzahirkan kreativiti dan pengetahuan melalui aktiviti yang dekat dengan kehidupan generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam dunia mahasiswa yang sarat dengan tugasan, kuliah dan kesibukan kehidupan kampus, program seperti ini hadir sebagai satu ruang untuk berhenti seketika dan menghayati sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri. Kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dibaca dalam buku, tetapi sebuah warisan yang perlu difahami, dihargai dan diteruskan oleh generasi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, terdapat tiga pengisian utama diketengahkan, iaitu aktiviti Pertandingan Poster Kemerdekaan, Kuiz Kenegaraan dan Forum Kenegaraan. Setiap aktiviti membawa pendekatan dan fokus yang berbeza, namun mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu mendekatkan mahasiswa dengan semangat patriotisme, perpaduan dan kenegaraan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"350\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-29.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40442\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-29.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-29-300x137.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-29-600x273.png 600w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"766\" height=\"356\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-27.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40443\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-27.png 766w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-27-300x139.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-27-600x279.png 600w\" sizes=\"(max-width: 766px) 100vw, 766px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pertandingan Poster Kemerdekaan menjadi medan mahasiswa menuangkan idea dan kreativiti melalui karya visual yang sarat dengan mesej patriotisme. Setiap warna, susunan &nbsp;&nbsp;dan elemen yang diketengahkan membawa cerita tersendiri tentang bagaimana generasi muda melihat erti kemerdekaan. Daripada sekeping poster, lahir pelbagai tafsiran tentang sebuah negara, sebuah sejarah dan sebuah harapan untuk masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan ini bukan sahaja memberi ruang kepada mahasiswa untuk berkarya, malah membuktikan bahawa semangat patriotisme boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk. Kreativiti menjadi bahasa yang menghubungkan mahasiswa dengan nilai sejarah, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, aktiviti Kuiz Kenegaraan menjadi ruang untuk mahasiswa menguji pengetahuan berkaitan sejarah dan kenegaraan Malaysia. Dengan penyertaan seramai 133 orang peserta, aktiviti ini bukan sekadar menguji sejauh mana peserta mengingati fakta sejarah, tetapi turut membuka peluang untuk mereka kembali mengenali perjalanan negara yang telah dilalui oleh generasi terdahulu. Dalam suasana yang santai dan interaktif, setiap soalan menjadi satu peluang untuk mengimbas kembali sejarah negara, manakala setiap jawapan membawa peserta lebih dekat kepada kisah dan identiti Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Program turut diserikan dengan Forum Kenegaraan, yang menjadi ruang kepada mahasiswa untuk menghayati makna kemerdekaan, perpaduan dan tanggungjawab generasi muda daripada sudut pandang yang lebih luas.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum ini menampilkan dua panel, iaitu saudara Shivendren A\/L Selvakumar, <em>Presiden Young Counseling Scholars<\/em>, dan saudari Syarfa Aliah binti Syaiful Azhar, Yang-Dipertua Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas 2025\/2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih daripada sekadar perkongsian, forum ini membuka ruang kepada mahasiswa untuk mendengar pandangan, menilai persoalan dan memahami bahawa kemerdekaan bukan hanya tentang apa yang telah dicapai oleh generasi terdahulu, tetapi juga tentang apa yang perlu dilakukan oleh generasi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKemerdekaan bukan hanya tentang bebas daripada penjajahan, tetapi juga tentang bagaimana kita sebagai generasi muda menggunakan kebebasan itu untuk membina diri, menghormati orang lain dan menyumbang kepada masyarakat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerpaduan bermula apabila kita belajar untuk menerima perbezaan dan melihat kepelbagaian sebagai kekuatan. Sebagai mahasiswa, kita mempunyai peranan untuk memastikan nilai tersebut terus hidup dalam kehidupan seharian.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian program turut disempurnakan oleh Puan Norrulkamari binti Daud, yang menzahirkan harapan agar program tersebut bukan sekadar menjadi pengisian sambutan Bulan Kebangsaan, malah mampu menjadi medan kepada mahasiswa untuk menghayati nilai patriotisme, perpaduan dan jati diri sebagai rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemoga semangat kemerdekaan yang kita raikan hari ini terus diterjemahkan melalui tindakan, kepimpinan dan sumbangan positif dalam kehidupan bermasyarakat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Harapan tersebut selari dengan usaha program yang bukan sekadar mengajak mahasiswa meraikan kemerdekaan, tetapi turut menggalakkan mereka untuk memahami makna kemerdekaan dan menterjemahkannya melalui tindakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesungguhnya, kemerdekaan yang diwarisi bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Ia hadir bersama tanggungjawab untuk menghargai perbezaan, menjaga keharmonian dan memainkan peranan sebagai generasi yang akan mencorakkan wajah Malaysia pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Setinggi-tinggi tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa program atas perlaksanaan program yang bermanfaat ini. Diharapkan pada masa akan datang pelbagai pengisian melalui program sebegini dapat ditonjolkan secara bersemuka untuk memberi keberkesanan yang lebih berimpak kepada mahasiswa\/i.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: PUI HOCK SIANG TANJONG MALIM, 16 SEPTEMBER 2026 \u2013 Semangat kemerdekaan bukan sekadar berkibar pada Jalur Gemilang, bukan hanya bergema melalui lagu-lagu patriotik dan bukan juga sekadar diraikan setiap kali tibanya bulan Ogos. Sebaliknya, semangat itu hidup melalui tindakan, kreativiti dan kesedaran setiap insan yang menghayati erti menjadi rakyat Malaysia. Berlandaskan semangat tersebut, Program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40441,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[176,200,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40440"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40440"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40440\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40444,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40440\/revisions\/40444"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40441"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40440"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40440"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40440"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}