{"id":40456,"date":"2026-09-22T09:51:28","date_gmt":"2026-09-22T01:51:28","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40456"},"modified":"2026-09-22T09:51:30","modified_gmt":"2026-09-22T01:51:30","slug":"kab-serlah-bakat-seni-dan-budaya-dalam-program-keretapi-sarong-sungai-petani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/22\/kab-serlah-bakat-seni-dan-budaya-dalam-program-keretapi-sarong-sungai-petani\/","title":{"rendered":"KAB SERLAH BAKAT SENI DAN BUDAYA DALAM PROGRAM KERETAPI SARONG SUNGAI PETANI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Isyraq Raqin Iqbal, Nur Fatihah Husna Iskandar Zulkarnain dan Muhammad Nur Syukur Dzahir<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sungai Petani, Kedah, 16 September 2026 <\/strong>\u2013 Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah menyertai program Keretapi Sarong Sungai Petani yang berlangsung di Dataran Jam Besar Sungai Petani, Kedah pada 16 September 2026. Penyertaan ini dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional oleh dua kumpulan tarian, iaitu Sempulang Gana dan Gensag Berjulag, di bawah pengurusan Exco Kesenian dan Kebudayaan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (MMKAB).<\/p>\n\n\n\n<p>Program Keretapi Sarong Sungai Petani 2026 telah mendapat sambutan yang amat meriah daripada masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai negeri dan latar belakang. Penganjuran program ini turut melibatkan kerjasama dengan beberapa organisasi dan rakan komuniti, termasuk Kolej Aminuddin Baki, dalam usaha menyemarakkan semangat perpaduan serta memartabatkan seni dan budaya tradisional.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum program berlangsung, kedua-dua kumpulan tarian, Sempulang Gana dan Gensag Berjulag, telah menjalani latihan secara intensif bagi memastikan setiap gerak tari dapat dipersembahkan dengan baik. Sempulang Gana mempersembahkan tarian Ngajat Tamu Menui (Ngajat Sambut Tetamu), manakala Gensag Berjulag mempersembahkan tarian<\/p>\n\n\n\n<p>Sewang. Latihan yang berterusan ini mencerminkan kesungguhan, disiplin dan komitmen para penari dalam membawa nama Kolej Aminuddin Baki ke pentas program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"447\" height=\"333\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-32.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40458\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-32.png 447w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-32-300x223.png 300w\" sizes=\"(max-width: 447px) 100vw, 447px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"443\" height=\"331\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-30.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40459\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-30.png 443w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-30-300x224.png 300w\" sizes=\"(max-width: 443px) 100vw, 443px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Kumpulan tarian Gensag Berjulag terdiri daripada pelajar Orang Asli yang merupakan kohort pertama Diploma Bahasa Etnik, di mana mereka mempersembahkan tarian Sewang yang merupakan persembahan warisan tradisi masyarakat Orang Asli. Manakala kumpulan Sempulang Gana pula dianggotai oleh pelajar Diploma daripada pelbagai kursus yang mempunyai bakat dalam seni tarian. Kumpulan ini menggabungkan beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar berbilang kaum, dan khusus untuk program ini, mereka telah membawakan keindahan tarian kebudayaan dari Borneo.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 15 September 2026, kedua-dua kumpulan tarian telah menjalani raptai ringkas di hadapan Majlis Tertinggi MMKAB. Raptai ini diadakan bagi memastikan kelancaran pergerakan, penyelarasan persembahan serta kesiapsiagaan para penari sebelum program sebenar berlangsung. Hasilnya, raptai tersebut berjalan dengan lancar dan memberikan keyakinan kepada para penari untuk tampil dengan lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Exco Kesenian dan Kebudayaan turut memainkan peranan dalam membantu kumpulan tarian Sempulang Gana menghasilkan terabai menggunakan bahan kitar semula. Usaha ini bukan sahaja memperlihatkan kreativiti ahli jawatankuasa, malah membuktikan bahawa semangat kerjasama dan kesungguhan mampu menghasilkan persiapan persembahan yang menarik. Barangan keperluan lain seperti pakaian, bakul dan aksesori persembahan pula disediakan oleh kedua-dua kumpulan tarian.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 16 September 2026, kedua-dua kumpulan tarian bersama Exco Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Tertinggi MMKAB serta ahli jawatankuasa yang terlibat telah bertolak ke Sungai Petani pada pukul 5:00 pagi dengan menaiki bas yang ditempah khas.<\/p>\n\n\n\n<p>Rombongan selamat tiba di destinasi pada pukul 9:45 pagi. Setibanya di lokasi, para peserta mengambil kesempatan untuk berehat dan membuat persiapan diri di belakang pentas sebelum persembahan bermula. Walaupun perjalanan mengambil masa yang panjang, semangat dan keterujaan para peserta tetap membara demi menjayakan program yang telah dirancang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu persembahan bermula, kedua-dua kumpulan tarian berjaya mempersembahkan tarian tradisional dengan penuh bertenaga dan keyakinan. Setiap gerak tari yang dipersembahkan mencerminkan keindahan warisan budaya serta kesungguhan para penari dalam mengangkat nama Kolej Aminuddin Baki.<\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan yang menarik itu turut menerima sorakan dan sokongan yang meriah daripada para penonton. Suasana tersebut menjadikan program semakin ceria dan bermakna, di samping memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan persembahan ini menjadi satu kebanggaan buat seluruh warga Kolej Aminuddin Baki. Perasaan bangga dan terharu jelas dirasai apabila segala usaha, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para penari, Exco Kesenian dan Kebudayaan serta semua pihak yang terlibat membuahkan hasil yang membanggakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Exco Kesenian dan Kebudayaan KAB, Isyraq Raqin, beliau amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan tarian dalam menjayakan persembahan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan tarian dalam menjayakan persembahan ini. Penyertaan KAB dalam program Keretapi Sarong Sungai Petaling bukan sahaja mengangkat seni dan budaya tradisional, malah memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan tenaga dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Yang di-Pertua MMKAB, Syukur Dzahir, turut menegaskan bahawa pihak Majlis Mahasiswa KAB sentiasa komited dalam mencungkil serta mengetengahkan bakat unik yang dimiliki oleh setiap pelajar di kolej tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selaku Yang di-Pertua Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, menjadi hasrat utama saya untuk sentiasa mencungkil dan mengetengahkan pelbagai bakat terpendam yang ada pada setiap pelajar di KAB. Di samping itu, pihak kolej berhasrat untuk membantu semampu mungkin dalam memartabatkan seni warisan serta memperagakan kekayaan kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia. Menerusi platform seperti ini, kita bukan sahaja mahu menyemarakkan budaya tempatan, malah bertekad untuk membawa kebudayaan etnik Orang Asli agar lebih dikenali, dihargai, dan dibanggakan oleh masyarakat luas,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, rombongan KAB turut berkesempatan untuk bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari, serta penganjur utama program, Encik Azad Ashraf. Pertemuan ringkas ini memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra sekali gus mendapat sokongan serta dorongan moral daripada pihak kepimpinan dan penganjur atas usaha memartabatkan seni budaya warisan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, penyertaan KAB dalam program Keretapi Sarong Sungai Petaling bukan sahaja membuka ruang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat seni dan kebudayaan, malah mengeratkan hubungan kerjasama antara warga kolej dengan komuniti luar. Semoga penglibatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk kecintaan terhadap warisan budaya serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Isyraq Raqin Iqbal, Nur Fatihah Husna Iskandar Zulkarnain dan Muhammad Nur Syukur Dzahir Sungai Petani, Kedah, 16 September 2026 \u2013 Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah menyertai program Keretapi Sarong Sungai Petani yang berlangsung di Dataran Jam Besar Sungai Petani, Kedah pada 16 September 2026. Penyertaan ini dimeriahkan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40457,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[208,95,201],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40456"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40456"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40456\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40460,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40456\/revisions\/40460"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40457"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40456"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40456"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40456"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}