{"id":40464,"date":"2026-09-22T10:00:42","date_gmt":"2026-09-22T02:00:42","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40464"},"modified":"2026-09-22T10:00:45","modified_gmt":"2026-09-22T02:00:45","slug":"program-bermalam-di-muzium-2026-peringkat-kebangsaan-dekatkan-generasi-muda-dengan-warisan-pendidikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/22\/program-bermalam-di-muzium-2026-peringkat-kebangsaan-dekatkan-generasi-muda-dengan-warisan-pendidikan\/","title":{"rendered":"Program Bermalam di Muzium 2026 Peringkat Kebangsaan Dekatkan Generasi Muda dengan Warisan Pendidikan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Nur Syahirah Hanim Zulkifly<\/p>\n\n\n\n<p>Gambar : Mohd Halimi Miswuan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 16 September 2026<\/strong> \u2013 Seramai 102 peserta daripada enam buah sekolah sekitar daerah Muallim menyertai Program Bermalam di Muzium 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari, dari 15 hingga 16 September 2026, bertempat di Muzium Pendidikan Nasional (MPN), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran MPN UPSI itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Bermalam di Muzium yang melibatkan penyertaan 32 buah di seluruh Malaysia dengan penyertaan seramai 2262 orang. Pelaksanaannya bertujuan mendekatkan generasi muda dengan institusi muzium, di samping meningkatkan penghayatan terhadap sejarah, warisan dan ilmu pengetahuan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Program turut mendapat kerjasama dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang diwakili oleh Penolong Pegawai Latihan, Pn. Rosirmawati binti Abu Bakar dan Pn. Hazami binti Hussin bagi pengisian aktiviti yang memberi penekanan terhadap nilai kenegaraan, jati diri dan pembentukan sahsiah peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Kurator disampaikan oleh tiga orang Penolong Kurator MPN, iaitu Ahmad Faizal bin Ahmad Zawawi, En. Ahmad Nazri bin Ismail dan Adi Ratna binti Mohammed Nor yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai bidang permuziuman, peranan kurator serta pengalaman dalam pengurusan koleksi, artifak dan pameran.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi Program Kurator Muda, peserta ditugaskan menghasilkan Kolaj Rempah bertemakan Tokoh Pendidikan Negara menggunakan rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam dan turut membentangkan sumbangan setiap tokoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Peserta turut menyertai Eksplorasi Muzium dengan meneroka 21 galeri dalam Muzium Pendidikan National bagi menelusuri perkembangan sejarah pendidikan di Malaysia berdasarkan soalan yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"420\" height=\"237\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-33.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40466\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-33.png 420w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-33-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 420px) 100vw, 420px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Senaman turut diadakan di Dataran Budaya<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"491\" height=\"327\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-29.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40467\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-29.png 491w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-29-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 491px) 100vw, 491px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi bergambar bersama-sama para peserta selepas selelsai Slot bersama AKM, turut hadir Pengarah ,Institut Peradaban Melayu, Prof. Dr. Tajul Shuhaizam Said, (kanan), Timbalan Pengarah Dr. Md Zahril Nizam Yusoff (kiri) dan Pn. Hazami Hussin, dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) (tengah).<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"487\" height=\"325\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40468\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/13.png 487w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/13-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 487px) 100vw, 487px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Dr. Tajul Shuhaizam bin Said, Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM), menyampaikan Sijil Penghargaan kepada fasilitator dan sukarelawan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Majlis Penutupan Program Bermalam di Muzium 2026 Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan secara dalam talian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri bin Mat Daud.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Prof. Dr. Tajul Shuhaizam bin Said turut menasihati peserta agar terus menjadikan ilmu pengetahuan, sejarah dan budaya sebagai asas dalam membentuk generasi masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDunia hari ini bergerak pantas dengan teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Namun, ilmu pengetahuan yang berteraskan sejarah dan budaya adalah jiwa kepada kemajuan tersebut. Saya menasihati anda agar tidak berhenti menuntut ilmu. Jadilah generasi yang sentiasa bertanyakan \u2018mengapa\u2019 dan \u2018bagaimana\u2019, seperti mana anda meneroka galeri-galeri muzium ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyeru para peserta agar terus memelihara hubungan silaturahim dan menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan dalam membina perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSuburkanlah tali silaturahim ini. Perpaduan inilah benteng terbesar negara kita. Jangan biarkan perbezaan memisahkan kita, sebaliknya jadikan ia kekuatan untuk saling melengkapi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Bermalam di Muzium 2026 di MPN UPSI bukan sahaja memberikan pengalaman bermalam di muzium, malah membuka ruang kepada peserta untuk belajar, meneroka, berkomunikasi dan menghayati sejarah pendidikan melalui pengalaman secara langsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan 102 peserta daripada enam buah sekolah tersebut turut memperkukuh peranan MPN sebagai ruang pembelajaran yang menghubungkan warisan, pendidikan dan generasi masa hadapan, selaras dengan usaha memperkasa muzium sebagai institusi pendidikan yang dinamik serta dekat dengan masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Syahirah Hanim Zulkifly Gambar : Mohd Halimi Miswuan TANJONG MALIM, 16 September 2026 \u2013 Seramai 102 peserta daripada enam buah sekolah sekitar daerah Muallim menyertai Program Bermalam di Muzium 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari, dari 15 hingga 16 September 2026, bertempat di Muzium Pendidikan Nasional (MPN), Universiti Pendidikan Sultan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40465,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[154],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40464"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40464"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40464\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40469,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40464\/revisions\/40469"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40465"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40464"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40464"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40464"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}