{"id":40567,"date":"2026-09-23T09:38:32","date_gmt":"2026-09-23T01:38:32","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40567"},"modified":"2026-09-23T09:38:33","modified_gmt":"2026-09-23T01:38:33","slug":"kuo-waspada-membongkar-ancaman-memperkasa-keselamatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/23\/kuo-waspada-membongkar-ancaman-memperkasa-keselamatan\/","title":{"rendered":"KUO Waspada: Membongkar Ancaman, Memperkasa Keselamatan\u00a0"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Qamarina Ahmad Fatdhly dan Floria Ivy Jupilin<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim \u2013 Dalam usaha memperkukuh tahap kepekaan dan keupayaan warga kolej dalam menghadapi situasi kecemasan, Exco Jaringan Komuniti dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menganjurkan Tactical Respond: The First Response Initiative. Program ini memberi pendedahan berkaitan pertolongan cemas, khususnya kaedah pengurusan kecederaan akibat patukan ular serta tindakan awal yang wajar diambil sementara menunggu bantuan perubatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi perkongsian yang disampaikan oleh KAPT. (PA) Shahrizal bin Hussin, Penolong Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Muallim, para peserta didedahkan kepada kaedah bantuan awal perubatan yang betul sebagai tindakan awal sekiranya berlaku kejadian kecemasan serta kaedah mengendali haiwan berbisa.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Penekanan diberikan kepada teknik bantuan awal perubatan memfokuskan kaedah balutan kecemasan serta kaedah dan tekanan yang sesuai bagi membantu mempertahankan penyebaran bisa, di samping memastikan anggota yang tercedera dapat dikendalikan dengan lebih selamat sementara menunggu mangsa menerima rawatan perubatan. Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan untuk mengenal pasti spesies ular berdasarkan ciri-ciri tertentu, khususnya dalam membezakan ular berbisa seperti tedung selar dan ular kapak dengan ular tidak berbisa seperti ular sawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian turut disertakan dengan demonstrasi praktikal berkaitan kaedah penggunaan <em>bandage<\/em> pada bahagian yang tercedera. Demonstrasi ini membantu peserta memahami langkah-langkah balutan dengan lebih jelas, termasuk cara membalut anggota yang tercedera secara teratur dan tidak terlalu longgar atau ketat. Pendedahan secara praktikal tersebut penting bagi memastikan peserta bukan sahaja memahami aspek teori, malah mampu mengaplikasikan tindakan pertolongan awal dengan lebih tenang dan tepat ketika berhadapan situasi kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1008\" height=\"756\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-2.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40569\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-2.jpeg 1008w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-2-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-2-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-2-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1008px) 100vw, 1008px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh KAPT. (PA) Shahrizal bin Hussin.<br><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1008\" height=\"756\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-3.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40570\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-3.jpeg 1008w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-3-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-3-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-3-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1008px) 100vw, 1008px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Para peserta memberikan tumpuan terhadap taklimat yang disampaikan.<br><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1008\" height=\"756\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-4.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40571\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-4.jpeg 1008w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-4-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-4-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Gambar-4-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1008px) 100vw, 1008px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Para peserta mempelajari dan mempraktikkan teknik balutan asas yang betul dengan bimbingan anggota APM.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, Mohamad Hafiz Saffar, menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang terjalin antara pihak Kolej Ungku Omar dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam menjayakan program ini. Beliau turut menyatakan komitmen pihak kolej untuk terus memperkukuh dan memperluas jaringan kerjasama bersama APM pada masa akan datang menerusi pelaksanaan pelbagai program yang memberi manfaat kepada warga kolej, khususnya dalam aspek keselamatan dan pengurusan kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Tactical Respond: The First Response Initiative berjaya meningkatkan pengetahuan serta kemahiran asas MMK KUO dalam memberikan pertolongan awal, khususnya melalui penggunaan <em>bandage<\/em> yang betul ketika berhadapan kecederaan serta pengendalian haiwan berbisa. Pendedahan berkaitan keselamatan dan pengurusan haiwan liar turut melengkapkan peserta dengan pengetahuan untuk bertindak secara lebih berhati-hati, tenang dan teratur ketika menghadapi situasi kecemasan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Qamarina Ahmad Fatdhly dan Floria Ivy Jupilin Tanjong Malim \u2013 Dalam usaha memperkukuh tahap kepekaan dan keupayaan warga kolej dalam menghadapi situasi kecemasan, Exco Jaringan Komuniti dan Antarabangsa, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menganjurkan Tactical Respond: The First Response Initiative. Program ini memberi pendedahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40568,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[207,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40567"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40567"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40567\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40572,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40567\/revisions\/40572"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40568"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40567"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40567"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40567"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}