{"id":40573,"date":"2026-09-23T12:00:37","date_gmt":"2026-09-23T04:00:37","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40573"},"modified":"2026-09-23T12:00:39","modified_gmt":"2026-09-23T04:00:39","slug":"program-sangkutan-ulul-albab-upsi-perkukuh-jalinan-pendidikan-malaysia-thailand","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/23\/program-sangkutan-ulul-albab-upsi-perkukuh-jalinan-pendidikan-malaysia-thailand\/","title":{"rendered":"PROGRAM SANGKUTAN ULUL ALBAB UPSI PERKUKUH JALINAN PENDIDIKAN MALAYSIA-THAILAND"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Siti Nur Hidayati Syed Aziz dan Nor Hayati Aziz<\/p>\n\n\n\n<p><strong>PATTANI, THAILAND, 18 &#8211; 19 September 2026<\/strong> \u2013 Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jalinan pendidikan dan pertukaran budaya antara Malaysia dengan Thailand menerusi pelbagai pengisian berteraskan ilmu, pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung dari 15 hingga 19 September 2026 itu menghimpunkan peserta UPSI bersama warga sekolah di beberapa institusi pendidikan di bawah Yayasan Assalam Network, Selatan Thailand menerusi pendekatan pembelajaran interaktif dan perkongsian pengalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pengisian utama yang diketengahkan ialah Unleash The Hero, Back to Allah: The Journey of a Broken Heart, Learning, Exploring &amp; Navigating South-East Asian Country (L.E.N.S.): Malaysia Focus serta Chao Wisdom Challenge: Unlocking The Ijtihadik Mind.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan berkenaan bukan sahaja memberi ruang kepada peserta berkongsi ilmu dan pengalaman, malah menjadi wadah memperkenalkan identiti, bahasa, budaya dan warisan Malaysia kepada pelajar Thailand dalam suasana pembelajaran yang lebih santai, interaktif dan bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 16 September 2026, bersempena sambutan Hari Malaysia, rombongan memulakan pengisian di Sekolah Islam Bachok, Yala, yang disambut oleh Pengarah Sekolah, Encik Muhammad Mae. Pengisian di sekolah berkenaan mengetengahkan empat elemen utama Ulul Albab, iaitu Quranik, Ensiklopedik, Ijtihadik dan Ice Breaking, dengan setiap modul dirangka bagi membina pemikiran, sahsiah dan kreativiti pelajar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131115_374.jpg-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40575\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131115_374.jpg-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131115_374.jpg-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131115_374.jpg-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131115_374.jpg-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131115_374.jpg.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131710_878.jpg-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40576\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131710_878.jpg-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131710_878.jpg-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131710_878.jpg-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131710_878.jpg-600x338.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_131710_878.jpg.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_134130_712.jpg-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-40577\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_134130_712.jpg-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_134130_712.jpg-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_134130_712.jpg-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_134130_712.jpg-600x338.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/IMG_20260922_134130_712.jpg.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Modul Ijtihadik menekankan kepentingan amalan menabung serta pengurusan kewangan secara bertanggungjawab, manakala modul Quranik menerusi tema <em>Back to Allah: The Journey of a Broken Heart<\/em> membawa pelajar melalui lima elemen HEART, iaitu <em>Hurt, Empty, Aware, Return<\/em> dan <em>Trust<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Modul tersebut mengajak pelajar melakukan refleksi terhadap pengalaman hidup, memahami proses kesedaran diri, kembali kepada Allah dan membina kepercayaan kepada-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, modul Ensiklopedik mengetengahkan identiti, bahasa, budaya dan warisan Malaysia melalui aktiviti interaktif seperti mencipta bendera, mempelajari Bahasa Melayu, <em>tongue twister<\/em> serta menyanyikan lagu rakyat <em>Lagu Tiga Kupang<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan itu secara tidak langsung membuka ruang kepada pelajar Thailand untuk mengenali persamaan dan keunikan budaya kedua-dua negara, sekali gus memperlihatkan pendidikan sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat merentas sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 17 September 2026, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bagi meneruskan pengisian di Sekolah Salihiyyah dan Sekolah Jariya Islam Pattanakarn, Pattani.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Sekolah Salihiyyah, rombongan disambut oleh Pengetua Sekolah, Dr. Abdulloh Yeeloh sebelum peserta dibahagikan kepada kumpulan yang mengendalikan pengisian untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 200 pelajar sekolah rendah dan 300 pelajar sekolah menengah menyertai modul Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik yang dilaksanakan secara interaktif.<\/p>\n\n\n\n<p>Cabaran perbezaan bahasa tidak menjadi penghalang kepada pelaksanaan program, sebaliknya mendorong para peserta mengadaptasi strategi komunikasi dan pendekatan pedagogi yang bersesuaian bagi memastikan penyampaian ilmu berlangsung secara berkesan dan bermakna.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua modul Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik dapat disampaikan dengan lancar, selain memberi peluang kepada peserta UPSI berinteraksi secara langsung dengan pelajar serta berkongsi pengalaman dalam suasana pembelajaran yang lebih terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 18 September 2026, pelaksanaan Program Sangkutan Ulul Albab diteruskan menerusi pengisian berteraskan perkongsian ilmu, pembinaan sahsiah dan pertukaran budaya di Sekolah Hatyai Wittayakarn, Songkhla serta Sekolah Sasnupatham Pakpayun Mulniti, Patthalung.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Sekolah Hatyai Wittayakarn, peserta mengendalikan modul Ice Breaking dan Ijtihadik dalam Bahasa Inggeris bagi disesuaikan dengan kelas <em>Comprehensive English<\/em> yang sedang diikuti oleh para pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Program berkenaan turut mendapat sokongan Mahroso Doloh, M.Pd., Ketua Jabatan Bahasa Asing, yang hadir menyambut rombongan serta mengikuti pelaksanaan pengisian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, seramai sembilan peserta bersama seorang urus setia meneruskan perjalanan ke Sekolah Sasnupatham Pakpayun Mulniti dan disambut mesra oleh warga sekolah menerusi pengumuman selamat datang serta alunan lagu <em>Jalur Gemilang<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan turut dihadiri Pengarah Sekolah, Mr. Preecha Sangkhaw, bersama Mr. Rinaldo dan Miss Solihah Sa-ad daripada Jabatan Bahasa Antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengisian disesuaikan mengikut peringkat umur. Murid sekolah rendah mengikuti modul Ice Breaking, manakala pelajar sekolah menengah menyertai modul L.E.N.S.<strong> <\/strong>(Malaysia Focus) menerusi aktiviti mereka bentuk bendera kumpulan dan pembentangan menggunakan Bahasa Inggeris serta Bahasa Thai.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, interaksi antara peserta UPSI dan warga sekolah tidak terhenti pada sesi akademik apabila mereka turut berpeluang mengikuti kelas penyediaan makanan tradisional Somtam.<\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti tersebut memberi pengalaman langsung kepada peserta untuk mengenali budaya masyarakat tempatan sebelum menikmati hidangan bersama ayam panggang secara tradisional.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat 3 memperlihatkan bahawa pendidikan bukan sekadar proses penyampaian ilmu, sebaliknya mampu menjadi medium pembinaan insan, pertukaran budaya dan pengukuhan hubungan antara masyarakat serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program di beberapa institusi pendidikan di selatan Thailand turut memberi pengalaman kepada peserta UPSI untuk menyesuaikan kaedah penyampaian mengikut latar belakang, tahap umur dan keperluan pelajar setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, para pelajar Thailand berpeluang mengenali Malaysia bukan sahaja melalui bahasa dan budaya, malah melalui nilai pendidikan, kreativiti, pemikiran kritis serta penghayatan Islam yang diterapkan menerusi pendekatan Ulul Albab.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif seumpama ini selari dengan usaha memperluas jaringan pendidikan antarabangsa dan memperkukuh peranan institusi pendidikan tinggi dalam membina hubungan serantau yang berteraskan ilmu, budaya, nilai dan kemanusiaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Siti Nur Hidayati Syed Aziz dan Nor Hayati Aziz PATTANI, THAILAND, 18 &#8211; 19 September 2026 \u2013 Program Sangkutan Ulul Albab Peringkat 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jalinan pendidikan dan pertukaran budaya antara Malaysia dengan Thailand menerusi pelbagai pengisian berteraskan ilmu, pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai Islam. Program yang berlangsung dari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40574,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40573"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40573"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40573\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40578,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40573\/revisions\/40578"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40574"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40573"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40573"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40573"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}