{"id":40600,"date":"2026-09-24T10:35:22","date_gmt":"2026-09-24T02:35:22","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40600"},"modified":"2026-09-24T10:35:23","modified_gmt":"2026-09-24T02:35:23","slug":"komik-bahasa-tamil-upsi-cetus-minat-membaca-dalam-kalangan-pelajar-sekolah-menengah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/24\/komik-bahasa-tamil-upsi-cetus-minat-membaca-dalam-kalangan-pelajar-sekolah-menengah\/","title":{"rendered":"Komik Bahasa Tamil UPSI Cetus Minat Membaca dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>TELUK INTAN, 22 September 2026<\/strong> \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi inisiatif <em>Service Learning Malaysia \u2013 University for Society<\/em> (SULAM) memperkasa pembelajaran Bahasa Tamil dalam kalangan pelajar sekolah menengah melalui penggunaan buku komik sebagai bahan sokongan pembelajaran kemahiran membaca.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif yang melibatkan guru pelatih Bahasa Tamil, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI itu memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di universiti dalam situasi pembelajaran sebenar bersama komuniti sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Kursus Kemahiran Membaca Bahasa Tamil, Dr. Kaaminy a\/p Kanapathy berkata, inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha untuk menghubungkan pembelajaran di universiti dengan keperluan komuniti, khususnya dalam memperkayakan bahan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui projek ini, kami mahu memastikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari oleh guru pelatih dapat diterjemahkan kepada bahan pembelajaran yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa yang sama, guru pelatih dapat memahami keperluan sebenar pelajar sebelum merancang dan menghasilkan sesuatu bahan pengajaran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c Para guru pelatih menghasilkan buku komik berasaskan unit-unit dalam buku teks Bahasa Tamil Tingkatan 1 dan 2 dengan kandungan pembelajaran diolah dalam bentuk cerita bergambar yang menggabungkan teks, ilustrasi, watak, dialog dan elemen visual.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan tersebut memberikan alternatif kepada bahan bacaan berbentuk teks semata-mata, selain mewujudkan pengalaman membaca yang lebih menarik dan interaktif kepada pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memastikan bahan yang dihasilkan dapat digunakan dalam situasi pembelajaran sebenar, guru pelatih UPSI turut menjalankan sesi pengajaran selama 30 minit bersama pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony dan SMK Seri Kandi, Teluk Intan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi tersebut mendapat respons positif daripada pelajar sekolah yang menyatakan minat untuk membaca buku cerita komik yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr. Kaaminy, pengalaman berinteraksi secara langsung dengan komuniti sekolah turut memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang kepentingan menghasilkan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap, keperluan dan minat pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGuru pelatih bukan sahaja belajar menghasilkan bahan, tetapi mereka perlu memikirkan bagaimana kandungan dalam buku teks boleh disampaikan dalam bentuk yang sesuai dan menarik kepada pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengalaman bersama komuniti sekolah membolehkan mereka melihat sendiri respons pelajar terhadap bahan yang dihasilkan dan memahami kepentingan menyesuaikan bahan pengajaran dengan pengguna sebenar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam projek ini, guru pelatih terlibat dalam merancang kandungan, membina jalan cerita, menghasilkan dialog Bahasa Tamil serta menentukan elemen visual yang sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Kaaminy berkata penggunaan komik bukan bertujuan menggantikan buku teks, sebaliknya menjadi bahan sokongan yang boleh digunakan bersama bahan pengajaran sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKomik boleh menjadi salah satu alternatif bahan bacaan yang membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Pendekatan ini juga boleh dikembangkan kepada pelbagai tema dan tahap pembelajaran berdasarkan keperluan pelajar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan inisiatif ini turut menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui SULAM dalam menghubungkan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi dengan keperluan serta manfaat kepada komuniti.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"643\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-40.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40602\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-40.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-40-300x197.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-40-768x505.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-40-600x395.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Guru pelatih UPSI bersama dengan pengetua, guru Bahasa Tamil dan para pelajar Sekolah Menengah SMK Seri Kandi, Teluk Intan dengan dalam sesi Projek Sulam UPSI iaitu pembelajaran menggunakan buku komik Bahasa Tamil sebagai bahan sokongan kemahiran membaca.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"550\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-37.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40603\" style=\"width:416px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-37.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-37-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-37-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-37-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Buku komik Bahasa Tamil yang dihasilkan oleh guru pelatih UPSI berdasarkan kandungan buku teks Bahasa Tamil Tingkatan 1 dan 2.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Melalui pendekatan tersebut, UPSI bukan sahaja memberi ruang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu dalam konteks sebenar, malah turut menyumbang kepada pengayaan bahan sokongan pembelajaran Bahasa Tamil untuk komuniti sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini memperlihatkan hubungan dua hala antara universiti dan komuniti apabila pelajar sekolah mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih kreatif, manakala guru pelatih UPSI memperoleh pengalaman sebenar dalam merancang, menghasilkan dan menggunakan bahan pengajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha tersebut diharapkan dapat terus menyumbang kepada pengayaan bahan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah, di samping menyokong usaha memupuk minat dan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah menengah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TELUK INTAN, 22 September 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi inisiatif Service Learning Malaysia \u2013 University for Society (SULAM) memperkasa pembelajaran Bahasa Tamil dalam kalangan pelajar sekolah menengah melalui penggunaan buku komik sebagai bahan sokongan pembelajaran kemahiran membaca. Inisiatif yang melibatkan guru pelatih Bahasa Tamil, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI itu memberi peluang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40601,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40600"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40600"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40600\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40604,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40600\/revisions\/40604"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40601"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40600"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40600"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40600"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}