{"id":40662,"date":"2026-09-25T15:51:23","date_gmt":"2026-09-25T07:51:23","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40662"},"modified":"2026-09-25T15:51:24","modified_gmt":"2026-09-25T07:51:24","slug":"teater-baloo-jejak-sang-mimpi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/25\/teater-baloo-jejak-sang-mimpi\/","title":{"rendered":"Teater Baloo: Jejak Sang Mimpi"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nurulhuda Dini Muhammad Yusuf\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 18 September 2026. Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi saksi kepada sebuah persembahan teater hasil karya mahasiswa Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) Semester 4. <\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan yang sarat dengan gelak tawa, tangisan, kejutan dan pelbagai emosi ini dipentaskan menerusi kursus KAQ1063 Muzik dan Pergerakan Kreatif. Produksi Citra Pentas telah membawakan teater bertajuk \u201cBaloo: Jejak Sang Mimpi\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan ini bukan sekadar sebuah pementasan, tetapi menjadi ruang kepada mahasiswa untuk menampilkan kreativiti, bakat dan kemahiran yang dipelajari sepanjang proses penghasilan teater. Pengalaman ini turut memberikan pelbagai pembelajaran dan kenangan bermakna kepada para mahasiswa serta penonton yang hadir.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis juga aturut dihadiri oleh Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah National Child Development (NCDRC) Dr. Nor Mashitah binti Mohd Radzi, Timbalan Dekan Jaringan Industri Dan Pengkomersilan, FPM, Prof Madya Dr. Abdul Halim Bin Masnan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni FPM, Dr. Anis Norma Binti Mohamad Jaafar Ketua Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Dr. Hazhari Bin Ismail, Penyelaras Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Turut hadir Penasihat Teater, Puan Farhana Nohrin binti Mohd Anuar, yang menjadi tunjang dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang persiapan teater ini. Program yang diketuai oleh Pengarah Teater, Mark Emanuel Anak Mintel dan Nur Farisha Hakimi Binti Rosli, berjaya menarik kehadiran lebih 920 penonton yang terdiri daripada pensyarah, pelajar, ibu bapa serta masyarakat sekitar Tanjong Malim dan Slim River yang hadir bagi menyaksikan hasil kerja seni mahasiswa\/i UPSI.\u00a0\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan selama 13 minggu ini bukan sebuah perjalanan yang mudah, banyak suka duka dan pahit manis yang telah dihadapi bersama bagi memastikan sebuah teater itu dipersembahkan dengan sempurna. Tanpa kerjasama daripada ramai pihak sebuah teater agung ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik tirai persembahan \u201cBaloo: Jejak Sang Mimpi\u201d, tersimpan sebuah perjalanan yang penuh dengan cabaran, pengorbanan dan kenangan yang sukar dilupakan. Sebuah persembahan yang hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat dan memerlukan usaha yang panjang daripada seluruh warga produksi. Setiap babak, pergerakan, dialog, muzik, kostum, prop, set dan susunan pentas melalui proses yang berulang kali perlu diperbaiki dan ianya bukanlah suatu perkara yang mudah. Pada awalnya, mungkin perjalanan ini hanya dilihat sebagai sebuah tugasan dan persembahan, tetapi ianya juga memerlukan komitmen, disiplin dan kerjasama daripada setiap individu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang proses tersebut, pelbagai cabaran telah ditempuhi oleh para mahasiswa. Kesibukan dengan tuntutan akademik, kekangan masa latihan, jadual latihan, perubahan tempat latihan, perubahan perancangan serta kesilapan ketika latihan menjadi antara perkara yang menguji ketahanan diri. Terdapat juga situasi yang memerlukan penyesuaian segera dan perbincangan bersama bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai. Keadaan ini membentuk nilai kesabaran, disiplin dan komitmen yang tinggi daripada setiap individu yang terlibat dalam produksi.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"435\" height=\"291\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-50.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40664\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-50.png 435w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-50-300x201.png 300w\" sizes=\"(max-width: 435px) 100vw, 435px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"639\" height=\"360\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-45.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40665\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-45.png 639w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-45-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-45-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 639px) 100vw, 639px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"512\" height=\"291\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-40.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40666\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-40.png 512w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-40-300x171.png 300w\" sizes=\"(max-width: 512px) 100vw, 512px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Namun begitu, setiap cabaran yang dilalui turut disertai dengan pengalaman yang bermakna. Proses latihan telah banyak&nbsp; membuka ruang kepada para mahasiswa untuk saling mengenali, berkongsi idea dan membantu antara satu sama lain. Betullah kata orang, \u201ctak kenal maka tak cinta\u201d. Kesalahan yang berlaku semasa latihan menjadi peluang untuk melakukan penambahbaikan, manakala setiap kejayaan kecil pula memberikan motivasi untuk terus memperbaiki mutu dan kualiti persembahan yang dipersembahkan agar penonton seronok dan terhibur. Pengalaman seperti ini membentuk satu perjalanan yang seimbang antara cabaran dan kepuasan dalam menghasilkan sebuah karya seni persembahan dan ia juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli produksi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan produksi turut diperkukuhkan melalui bantuan dan bimbingan daripada individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang teater dan persembahan. Antara individu yang turut sama membantu dalam menjayakan teater ini ialah saudara Muhammad Syah Arridha Bin Irman Syah dan saudara Muhammad Nur Afif Hakim bin Joha. Nasihat serta teguran yang diberikan menjadi panduan kepada para mahasiswa dalam memperbaiki aspek lakonan, tarian, pergerakan, penyampaian emosi, pengurusan pentas dan disiplin sepanjang latihan. Bimbingan tersebut membantu para mahasiswa memahami bahawa kejayaan sesebuah pementasan bergantung kepada persediaan yang sistematik dan kerjasama yang berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman ini juga telah banyak memberikan impak yang besar terhadap perkembangan diri para mahasiswa. Penglibatan dalam produksi teater membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan kebolehan bekerja dalam kumpulan. Para mahasiswa turut berpeluang mengembangkan kemahiran kepimpinan, pengurusan masa, penyelesaian masalah dan pengurusan tanggungjawab. Kemahiran tersebut mempunyai nilai yang penting dalam kehidupan akademik dan kerjaya, khususnya bagi mahasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang bakal berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan kreativiti, komunikasi dan kerjasama.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, penglibatan dalam teater turut memberikan impak terhadap perkembangan kreativiti dan ekspresi diri. Proses menghasilkan sesuatu persembahan memerlukan individu untuk berfikir secara kreatif, memahami emosi, menjiwai watak serta menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah. Pengalaman ini secara tidak langsung membantu membentuk individu yang lebih berani untuk menyampaikan idea dan lebih terbuka menerima pandangan serta teguran daripada orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut pendidikan awal kanak-kanak, pengalaman dalam bidang teater turut memberikan pendedahan yang relevan kepada bakal pendidik. Teater merupakan salah satu medium yang berpotensi digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak bagi merangsang perkembangan bahasa, komunikasi, kreativiti, sosial dan emosi. Melalui pengalaman sebagai pelakon dan ahli produksi, para mahasiswa dapat memahami kepentingan seni persembahan sebagai satu pendekatan pembelajaran yang menarik dan bermakna kepada kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada akhirnya, \u201cBaloo: Jejak Sang Mimpi\u201d bukan sekadar sebuah pementasan yang dipersembahkan kepada penonton. Proses penghasilannya menjadi satu pengalaman pembelajaran yang memperkayakan pengetahuan, kemahiran dan perkembangan peribadi para mahasiswa. Setiap cabaran, teguran, bantuan, pengorbanan dan pencapaian sepanjang perjalanan produksi menjadi sebahagian daripada proses pembentukan diri. Walaupun tirai persembahan telah ditutup, pengalaman yang diperoleh akan terus menjadi bekalan dalam membentuk mahasiswa yang lebih yakin, bertanggungjawab, kreatif dan mampu bekerja secara profesional dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nurulhuda Dini Muhammad Yusuf\u00a0 TANJONG MALIM, 18 September 2026. Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi saksi kepada sebuah persembahan teater hasil karya mahasiswa Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) Semester 4. Persembahan yang sarat dengan gelak tawa, tangisan, kejutan dan pelbagai emosi ini dipentaskan menerusi kursus KAQ1063 Muzik dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40663,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112,212],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40662"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40662"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40662\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40667,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40662\/revisions\/40667"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40662"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40662"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40662"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}