{"id":40669,"date":"2026-09-28T08:12:56","date_gmt":"2026-09-28T00:12:56","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40669"},"modified":"2026-09-28T08:12:57","modified_gmt":"2026-09-28T00:12:57","slug":"smart-hafazan-thalatha-tisa-di-tunas-istimewakemas-buka-sinar-baharu-anak-autisme","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/28\/smart-hafazan-thalatha-tisa-di-tunas-istimewakemas-buka-sinar-baharu-anak-autisme\/","title":{"rendered":"SMART HAFAZAN THALATHA TIS\u2019A DI TUNAS ISTIMEWA@KEMAS BUKA SINAR BAHARU ANAK AUTISME"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Norazilawati Abdullah<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bagan Datuk<\/strong> &#8211; Enam kanak-kanak dalam spektrum autisme berusia lima dan enam tahun menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mula menghafaz al-Quran selepas sembilan bulan mengikuti Program Rintis Smart Hafazan TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS Bagan Datuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Pencapaian itu direkodkan hasil pelaksanaan program yang dibangunkan melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan pasukan perunding Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sekali gus membuka ruang baharu terhadap penggunaan pendekatan hafazan al-Quran dalam menyokong perkembangan kanak-kanak autisme.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan perunding UPSI terdiri daripada Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr Sakinah Salleh; Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr Norazilawati Abdullah; serta Pengarah CIRCLE, Dr Hasrul Hosshan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program berkenaan bermula pada Januari 2026 di TABIKA Tunas Istimewa Smart Hafazan, Bagan Datuk selepas dua siri latihan guru dilaksanakan pada 2025 menggunakan Kurikulum dan Modul Thalatha Tis\u2019a.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil pemantauan selama dua hari mendapati enam kanak-kanak berkenaan bukan sahaja mula menguasai hafazan, malah turut menunjukkan perkembangan positif dari aspek komunikasi dan tingkah laku dengan bimbingan dua guru KEMAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Sakinah berkata, dapatan pemerhatian serta temu bual bersama guru dan ibubapa menunjukkan pendekatan yang digunakan memberi kesan positif terhadap perkembangan kanak-kanak terbabit. Dalam pemerhatian ini juga, pasukan perunding menekankan bahawa komunikasi antara guru dan ibu bapa perlu berterusan untuk menyokong inisiatif ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih meyakinkan apabila ibu bapa turut menyatakan rasa syukur dan melihat sendiri perubahan positif pada anak masing-masing. Kejayaan ini amat berkait dengan kesinambungan bimbingan antara guru dan keluarga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Hasrul pula berkata, inisiatif berkenaan mempunyai potensi besar untuk diteroka secara lebih sistematik sebagai pendekatan sokongan pendidikan berasaskan hafazan al-Quran kepada kanak-kanak autisme sejak usia awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan projek rintis ini sebelum ia diperluaskan pada tahun 2027 turut disaksikan pegawai KEMAS peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah, antaranya En Noor Azman Ab Rahman, Puan BB Suhaila Salleh dan En Azril Yazan Samsudin.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini diharapkan dapat diperluaskan ke lebih banyak TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS serta disokong dengan penyelidikan berterusan bagi menilai impaknya secara lebih menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"706\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-51.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40671\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-51.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-51-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-51-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-51-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"522\" height=\"391\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-46.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40672\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-46.png 522w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-46-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 522px) 100vw, 522px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"533\" height=\"320\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-41.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40673\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-41.png 533w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-41-300x180.png 300w\" sizes=\"(max-width: 533px) 100vw, 533px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Lebih penting, kejayaan enam kanak-kanak ini membawa mesej bahawa anak autisme juga mempunyai potensi besar untuk berkembang apabila diberikan pendekatan, masa, bimbingan dan sokongan yang bersesuaian. Hafazan al-Quran diharap bukan sahaja menjadi medium pembelajaran, tetapi turut membuka ruang kepada perkembangan komunikasi, pembentukan tingkah laku positif dan pengukuhan hubungan antara anak, guru serta ibu bapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini juga diharap menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk melihat kemampuan anak-anak autisme daripada sudut potensi, bukan keterbatasan, serta bersama-sama membina ekosistem pendidikan yang lebih inklusif, penyayang dan memberi harapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Norazilawati Abdullah Bagan Datuk &#8211; Enam kanak-kanak dalam spektrum autisme berusia lima dan enam tahun menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mula menghafaz al-Quran selepas sembilan bulan mengikuti Program Rintis Smart Hafazan TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS Bagan Datuk. Pencapaian itu direkodkan hasil pelaksanaan program yang dibangunkan melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan pasukan perunding Universiti Pendidikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40670,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40669"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40669"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40669\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40674,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40669\/revisions\/40674"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40669"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40669"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40669"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}