{"id":40683,"date":"2026-09-28T15:31:15","date_gmt":"2026-09-28T07:31:15","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40683"},"modified":"2026-09-28T15:31:17","modified_gmt":"2026-09-28T07:31:17","slug":"gerakan-generasi-madani-sekolahku-universitiku-19-0-suntikan-motivasi-pembinaan-sahsiah-untuk-pelajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/28\/gerakan-generasi-madani-sekolahku-universitiku-19-0-suntikan-motivasi-pembinaan-sahsiah-untuk-pelajar\/","title":{"rendered":"GERAKAN GENERASI MADANI : SEKOLAHKU UNIVERSITIKU 19.0 \u2013 SUNTIKAN MOTIVASI &#038; PEMBINAAN SAHSIAH UNTUK PELAJAR"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nur Athirah Marjuhum <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Lenggong, 18 September<\/strong> \u2013 Majlis Mahasiswa Kolej Za&#8217;ba (MMKZ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah Lenggong, Perak telah menganjurkan program Sekolahku Universitiku 19.0: Pembinaan Karakter Generasi Madani yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini merupakan sebuah amanat daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semua institusi di bawah KPM dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki jati diri yang kukuh serta berupaya mendepani cabaran global selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. <\/p>\n\n\n\n<p>Program berkampung selama tiga hari dua malam dari 18 hingga 20 September 2026 ini melibatkan seramai 100 orang pelajar sekolah berkenaan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dirancang khusus sebagai sebuah platform pembangunan diri berasaskan pengalaman (<em>experiential learning<\/em>) bagi membentuk serta memperkukuh sahsiah, jati diri, disiplin dan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi pendekatan yang interaktif, penganjuran program ini bermatlamat untuk menyerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam 6 Teras Malaysia Madani seperti hormat-menghormati, toleransi, kesaksamaan, rasa bertanggungjawab, prihatin dan semangat kebersamaan dalam kehidupan seharian para peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini menekankan pembangunan sahsiah dan sosial yang menyeluruh dengan memberi ruang kepada murid untuk berkomunikasi secara berkesan, bekerjasama dalam kumpulan, menyelesaikan masalah serta menghormati perbezaan sesama rakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain menyokong kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi pelajar melalui aktiviti pembelajaran tidak formal, program ini turut menjadi wadah strategik untuk mengeratkan hubungan mesra antara UPSI dengan pihak sekolah. <\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan aktif universiti dalam program komuniti sebegini sekaligus menaikkan nama baik UPSI sebagai institusi unggul yang diterajui oleh bakal-bakal pendidik yang berkaliber.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai pengisian modul yang dinamik dan menyeluruh bagi mencungkil potensi fizikal, emosi, dan kepimpinan secara menyeluruh. Permulaan program menerusi <em>Slot 1: Let&#8217;s Join Me<\/em> dan <em>Slot 2: Akar Madani<\/em> berjaya menyemai asas nilai Madani, di mana para peserta diajar membina persekitaran yang saling menyokong, memupuk semangat toleransi, serta mengukuhkan ukhuwah sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kecemerlangan kepimpinan para pelajar seterusnya diuji dalam <em>Slot 3: Am I a Good Leader?<\/em> yang mengasah kemahiran berkomunikasi, keupayaan membuat keputusan, dan keyakinan diri semasa mengendalikan tugasan berkumpulan. Cabaran diteruskan lagi menerusi <em>Slot 4: Misi Satu Hati (Explorace)<\/em> yang menuntut ketahanan mental, fizikal, dan kesepaduan kerja berpasukan dalam menyelesaikan pelbagai tugasan eksplorasi interaktif.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak kepada penganjuran program ialah penganjuran <em>Slot 5: Malam Serumpun Madani (Malam Kebudayaan)<\/em> yang berlangsung meriah pada malam hari kedua. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"487\" height=\"295\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-52.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40685\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-52.png 487w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-52-300x182.png 300w\" sizes=\"(max-width: 487px) 100vw, 487px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Slot Aktiviti di Dewan Terbuka SMK Sultan Azlan Shah Lenggong, Perak<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"439\" height=\"308\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-47.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40686\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-47.png 439w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-47-300x210.png 300w\" sizes=\"(max-width: 439px) 100vw, 439px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Aktiviti Malam Kebudayaan Pelajar<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"591\" height=\"362\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-43.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40688\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-43.png 591w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-43-300x184.png 300w\" sizes=\"(max-width: 591px) 100vw, 591px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Sesi Bergambar bersama Semua Peserta<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pentas kebudayaan ini bukan sekadar bertindak sebagai acara hiburan semata-mata, malah berfungsi sebagai platform berkesan bagi mencungkil dan menyerlahkan bakat terpendam para pelajar dalam bidang kesenian seperti lakonan teater dan persembahan tarian. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui tema yang diketengahkan iaitu kaum-kaum yang ada di Malaysia, penganjuran malam kebudayaan ini turut menjadi wadah terbaik dalam menyemai semangat patriotisme, memupuk cintakan negara, serta mengukuhkan semangat perpaduan dan nilai-nilai murni Generasi Madani dalam diri setiap peserta<\/p>\n\n\n\n<p>Program diakhiri dengan slot ceramah motivasi kepada pelajar dan Majlis Penutupan rasmi. Melalui pendedahan sepanjang program ini, para pelajar bukan sahaja dapat membina keyakinan diri dan kemahiran insaniah, malah menyuntik semangat baharu untuk memasang cita-cita tinggi melangkah ke menara gading pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Athirah Marjuhum Lenggong, 18 September \u2013 Majlis Mahasiswa Kolej Za&#8217;ba (MMKZ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah Lenggong, Perak telah menganjurkan program Sekolahku Universitiku 19.0: Pembinaan Karakter Generasi Madani yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Program ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40684,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[95,188],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40683"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40683"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40683\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40689,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40683\/revisions\/40689"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40684"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40683"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40683"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40683"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}