{"id":40690,"date":"2026-09-28T15:38:41","date_gmt":"2026-09-28T07:38:41","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=40690"},"modified":"2026-09-28T15:38:43","modified_gmt":"2026-09-28T07:38:43","slug":"agrisains-muda-farm-fresh-upm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/09\/28\/agrisains-muda-farm-fresh-upm\/","title":{"rendered":"AgriSains Muda @ Farm Fresh UPM"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Hafimuddin Amin<\/p>\n\n\n\n<p><strong>SERDANG, 27 September 2026<\/strong>&nbsp;\u2013 Suasana ceria dan penuh keterujaan menyelubungi rombongan seramai 38 orang peserta merangkumi Ahli Jawatankuasa (AJK) Exco Agrikultur dan Majlis Mahasisiwa Kolej serta penghuni Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena penganjuran Program AgriSains Muda @ Farm Fresh di Ladang 16 Farm Fresh @ UPM, Serdang pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan rombongan yang bermula seawal jam 8.00 pagi dari kolej kediaman menaiki bas UPSI berjalan lancar sebelum selamat tiba di lokasi lawatan pada jam 9.35 pagi. Ketibaan para peserta telah disambut mesra oleh pemandu pelancong bertugas, Puan Syikin, yang seterusnya membawa mahasiswa menerokai keunikan ladang seluas hampir 100 hektar berkenaan dengan menaiki traktor.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi sesi perkhidmatan pandu arah tersebut, para pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu baharu berkaitan pengurusan ternakan lembu tenusu, amalan agro-tani, serta strategi agropelancongan yang berkesan. Lebih menarik, pendedahan turut diberikan berkenaan perancangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&amp;D) ladang melibatkan pemakaian cip pintar pada haiwan ternakan bagi tujuan pemantauan secara digital, selari dengan perkembangan pesat teknologi pertanian pintar di negara China.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan diteruskan dengan penerokaan ke zon pemerahan susu lembu, pemprosesan sisa ternakan menjadi baja kompos, serta kawasan pertanian yang menempatkan tanaman seperti pisang, nanas, salad, labu dan tomato. Selain sektor tenusu, rombongan turut melawat kawasan ternakan lain merangkumi kandang kambing, rusa, reban ayam, dan zon arnab.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"610\" height=\"458\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-53.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40692\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-53.png 610w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-53-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/2-53-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 610px) 100vw, 610px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi lawatan berpandu menaiki traktor memberi peluang kepada peserta menerokai keseluruhan kawasan ladang berskala besar.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"547\" height=\"410\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-48.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40693\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-48.png 547w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/3-48-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 547px) 100vw, 547px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pendedahan pengurusan sisa ternakan yang dikitar semula menjadi baja kompos mesra alam<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"350\" height=\"252\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-44.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-40694\" style=\"width:274px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-44.png 350w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/4-44-300x216.png 300w\" sizes=\"(max-width: 350px) 100vw, 350px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi lawatan di sektor penternakan lembu dan kambing serta kawasan pertanian.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sesi lawatan berpandu bersama pemandu pelancong tamat kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebelum para pelajar diberikan masa bebas untuk menerokai kawasan sekitar bersama rakan-rakan di samping mendapatkan pelbagai hasil segar dari ladang serta cenderamata pada harga tawaran yang lebih murah. Program di Farm Fresh UPM berakhir sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan rombongan bertolak pulang sebelum selamat tiba semula di Kolej Aminuddin Baki pada jam 5.10 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Farm Fresh UPM atas kesudian menerima kunjungan serta memberikan pendedahan yang amat berharga sepanjang program berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara tuntasnya, Program AgriSains @ Farm Fresh telah berjaya mencapai objektif utamanya menerusi pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (<em>Experiential Learning<\/em>). Pendedahan secara langsung ini bukan sahaja memberi impak yang sangat positif dalam meluaskan pemikiran mahasiswa UPSI terhadap potensi sektor agroteknologi, malah menjadi penyuntik semangat buat generasi muda untuk terus peka terhadap isu keterjaminan makanan dan inovasi pertanian negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Hafimuddin Amin SERDANG, 27 September 2026&nbsp;\u2013 Suasana ceria dan penuh keterujaan menyelubungi rombongan seramai 38 orang peserta merangkumi Ahli Jawatankuasa (AJK) Exco Agrikultur dan Majlis Mahasisiwa Kolej serta penghuni Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena penganjuran Program AgriSains Muda @ Farm Fresh di Ladang 16 Farm Fresh @ UPM, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":40691,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[208,95,201],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40690"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40690"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40695,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40690\/revisions\/40695"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40691"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}